Sunday, September 28, 2008

Dari FK kepada FKAB

Pertumbuhan Fakulti Kejuruteraan di Malaysia sekarang cukup banyak sekali. Ini menunjukkan bidang ini yang sememangnya sangat diperlukan terutama untuk menjadi negara maju. Tetapi kenapa UKM tudak menubuhkan Fakulti Kejuruteraan di awal penubuhannya. Semasa UKM ditubuhkan hanya Fakuti Sains, Perubatan, Sastra, Ekonomi dan Pengajian Islam sahaja yang dtubuhkan. Dekan pertama Fakulti sains ialah Allahyarham Prof. Dato' Dr. Ghazali Abdul Rahman dan kemudiannya Dato' Dr. Noramly Muslim, Prof. Ishak Tambi Chik (pernah menjadi NC USM selepas Tan Sri Musa). Pada tahun 1970 iaitu tahun UKM ditubuhkan hanya ada 3 universiti sahaja UM, USM dan UKM. Di Jalan Gurney terdapat maktab teknik yang dinaikkan taraf kepada institut iaitu Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia(UTM), manakala di Serdang terdapat Institut Pertanian yang dinaikan traf universiti dan tukar nama Universiti Pertanian Malaysia(UPM). Fakulti Pertanian di UM ditutup dan dipindahkan ke UPM.
UKM tidak dibenarkan mempunyai Fakulti Kejuruteraan kerana UTM sudah mempunyai Fakulti Kejuruteraan selain UM. Penubuhan terlalu banyak fakulti kejuruteraan dikhuatiri tidak dapat cukup pelajar terutama kaum Bumiputra. Fakulti Kejuruteraan UM mempunyai kapasiti 200 kemasukan pelajar sahaja.
Walau bagaimanapun UKM memang mempunyai hasrat untuk mempunyai Fakulti Kejuruteraan. Jabatan Fizik dan Jabatan Kimia telah menjadi tempat di mana pensyarah bidang kejuruteraan diambil. Di Jabatan Fizik terdapat Dr. Zawawi Ismail, Dr. Zainul Abidin Shariff dan Dr. Hamid, di Kimia terdapat Dr. Arifin Aton, Dr. Tusirin, Dr. Salleh Suwandi dan Dr. Akram Che Ayob. Kemudianya dua unit ditubuhkan iaitu Unit Elektronik dan Unit Teknologi Kimia yang menjadi sebahagian dari Fakulti Sains. Dekan Fakulti Sains ketika itu ialah Prof. Dr. Zawawi Ismail. Kemudian, Fakulti Sains telah distruktur semula yang melahirkan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat dan Pusat Pengajian Kuantitatif. Dekan FSFG yang pertama ialah Prof. Dato' Dr. Zawawi Ismail dan kemudian Dato' Ariffin Aton. Unit Elektronik telah ditukar menjadi Jabatan Elektronik dan Unit Teknologi Kimia kepada Jabatan Teknologi Kimia. Pada tahun 1984 Fakulti Kejuruteran diluluskan penubuhanya dengan 4 jabatan iaitu Jabatan Kej. Elektrik, Elektronik dan Sistem, Jabatan Kej. Kimia dan Proses, Jabatan Kej. Mekanik dan Bahan serta Jabatan Kej. Awam dan Struktur. Penubuhan jabatan ketika itu disyaratkan supaya tidak bertindih dengan bidang kejuruteraan di UM dan UTM. Itulah sebabnya kenapa nama jabatan sebegitu rupa. Dekan pertama ialah Prof. Dato' Dr. Ariffin Aton (berjawatan Prof. Madya ketika itu).
Dr. Mahathir telah mengilhamkan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa semasa mula menjadi Perdana Menteri dah telah menugaskan Sdr. Anwar Ibrahim untuk melaksanakannya memandangkan beliau merupakan aktivis Islam yang terkenal ketika itu. UIAM mempunyai Fakulti Kejuruteraannya sendiri, tapi universiti baru yang lain masih belum boleh. UUM ditubuhkan tanpa fakulti kejuruteraan. UUM ditubuhkan dengan menumpuka kepada bidang ekonomi dan perniagaan. Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Awang Had Salleh telah dambil untuk menjadi NC yang pertama.
Atas keperluan semasa dan sebab-sebab politik pada thaun 1992 UNMAS dan UMS ditubuhkan dengan membenarkan penubuhan fakulti kejuruteraan. Dekan FK yang kedua Prof. Zawawi Ismail yang kemudianya merupakan TNC UKM telah diberi tugas untuk membangunkan UNIMAS, manakala Prof. Dato' Dr. Abu Hassan Osman yang juga merupakan TNC UKM telah ditugaskan untuk membangunkan UMS.
Fakulti Kejuruteraan UKM telah berkembang pesat. Pada tahun 1995/96 semasa itu dekannya ialah Prof Dr. Halim Shamsuddin dan saya merupakan salah seorang timbalan bersama Prof. Wan Ramli Wan Daud dan Prof. Rakmi Abdul Rahman. Penyusunan semula fakulti-fakulti di UKM telah dicadangkan, dan FK dicadangkan bergabung dengan FTSM sebagai Fakulti Kejuruteraan dan Sains Komputer. Tapi cadangan tersebut telah tidak dipersetujui oleh Dekan FK kerana mahu mempertahankan keiktisasannya. Salah satu fakulti yang menyahut cadangan bergabung ialah FST. Maka tiada lagi Fakulti Sains Fizis dan Gunaan(FSFG), Fakulti Sains Hayat(FSH) dan Pusat Pengajian Kuantitatif(PPK).
Apabila Jabatan Senibina ditubuhkan pada November 2002 (sama tahun dengan penubuhan IMEN), FK telah mempunyai satu jabatan yang bukan bidang kejuruteraan tetapi merupakan bidang iktisas(profesional). Oleh tu nama fakulti perlu ditukar untuk memperlihatkan yang kewujudan bidang senibina. Maka, setelah lama berhujah, nama baru untuk fakulti telah diputuskan dan telah mendapat kelulusan dari KPT pada Julai 2008. Nama baru ialah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Ringkasnya, evolusi FKAB adalah seperti berikut,
Unit di Fakulti Sains ---> Jabatan di Fakulti Sains Fizis dan Gunaan --> Fakulti Kejuruteraan --> Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Friday, September 26, 2008

UKM - dari Kampung ke Kemuncak ....


Dulu orang sering memberi jolokan kepada UKM dengan nama yang kurang baik seperti, Universiti kampung Malaysia, Universiti Kuat Mesyuarat, Universiti Kuat Makan, Unversiti Kecil, Universiti Kancil Malaysia(kereta Perodua Kancil), Universiti Kurang Menyerlah, dan lain-lain lagi. Pada awal penubuhan UKM dipandang sebagai universiti kelas dua. Pelajar UKM pernah tunjuk perasaan ketika itu membantah ucapan Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mengatakan orang Melayu yang masuk UKM kerana tak dapat masuk UM. Kalau masuk UKM masa itu orang kata jaaadi lah asalkan masuk universiti. banyak orang yang merasakan apabila keluar dari UKM tak boleh kerja di luar negara kerana tak boleh cakap oghang putih. Demikian lah tanggapan masyarakat ketika itu kerana UKM menggunakan Bahasa Melayu. Siapa yang menggunakan Bahasa Melayu dianggap tidak boleh maju, itu sebab bila bercakap kena selit-selit Bahasa Inggeris seperti, husband I, darling I, father I .. begitu kuatnya Imperalisma Bahasa pada Orang Melayu dan Orang Malaysia.
Oleh sebab UKM sering dipandang rendah maka pihak UKM termasuk pelajarnya berusaha untuk membuktikan yang mereka sebenarnya setaraf dengan keluaran universiti lain. Peningkatan demi peningkatan telah tertonjol dari masa ke semasa. UKM telah dikenali diperingkat antarabangsa. Anugerah Kualiti Perdana Menteri, pernah menduduki ranking di bawah 200 di dunia mengatasi UM, nombor 8 di kalangan negara OIC pada 2007 berbanding UM pada nombor 12 dan banyak lagi. Pendidikan Kejuruteraan adalah yang tertinggi di Malaysia dari segi kualiti mengatasi universiti lain. dan banyak lagi kejayaan UKM yang cukup membanggakan sehingga graduan sekarang tidak segan silu malah bangga mengatakan dia dari UKM. Pimpinan UKM yang sentiasa dinamik melonjakkan lagi nama UK di persada dunia. UKM sekarang terus bergerak menuju kemuncak.

Demikianlah serba ringkas sejarah perubahan UKM dari sebuah Universiti Kampung Malaysia kepada Universiti Kemuncak ..Malaysia.

Thursday, September 25, 2008

Aura









Serba sedikit mengenai warna-warna aura. Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.
Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Tuesday, September 16, 2008

Tiada peralihan kuasa hari ini - Sasaran Anwar meleset

Hari ini Salasa 16 September 2008 tarikh yang dijanjikan untuk mengambil alih Putrajaya oleh Anwar Ibrahim nampaknya tidak berlaku. Mungkin tarikh lain lain pula dijanjikan kerana PR belum boleh menarik seramai lebih 30 orang wakil rakyat BN berpindah parti. Beberapa alasan akan diberikan nanti. Sebenarnya kita sudah muak dengan kegiatan yang membuang masa dan merugikan rakyat. Anwar memang suka kegiatan seumpama ini sejak zaman pelajar lagi yang saya juga merupakan peminatnya ketika itu. Kelebihan beliau memang teserlah apabila berhadapan dengan lautan manusia, kata-katanya boleh memukau, itu kelebihanya. Tiada pemimpin lain yang sepertinya di Malaysia. Apa sahaja yang diperkatanya olehnya dirasakan "betul" kalau kita tidak berfikir secara kritikal. Imejnya ketika itu amat berbeza dengan sekarang. Saya menghormati dan mengkagumi beliau di zaman itu dan pernah bertugas sebagai guru di Yayasan Anda di mana beliau adalah Guru Besarnya.
Sekarang bagi saya, beliau tidak penting, yang penting adalah rakyat Malaysia seramai lebih dari 25 juta orang. Perjuangan seharusnya untuk rakyat bukan untuk beliau. Adakah beliau boleh menguruskan Malaysia dengan baik, saya rasa kurang yakin terhadapnya. Kemampuannya menguruskan Negara belum jelas, hatta semasa beliau dalam kerajaaan dulu. Apa yang berlaku sekarang amat tidak menyihatkan terutama orang Melayu yang sebetulnya belumlah maju lagi. Orang sudah semakin berani mempertikaikan perkara-perkara yang sensitif, Institusi Raja dan agama sudah berani dipertikaikan. Semuanya atas nama kebebasan dan hak asasi. Fikir-fikirkan lah...

Monday, September 8, 2008

16 September 2008

Tarikh 16 September 2008 adalah tarikh yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan Pakatan rakyat memerintah. Tetapi untuk semua itu berlaku ia memerlukan 30 wakil rakyat BN melompat dari BN ke PR. Soalnya adakah wajar melompat sedangkan kemenangan mereka adalah atas kehendak pengundi yang mengundi mereka jadi wakil rakyat BN. Kalau tradisi melompat ini dibenarkan berlaku, maka tak gunakan sistem pemilihan oleh rakyat dan tak adalah demokrasi. Walaupun belum ada undang-undang untuk menyekat perkara itu berlaku, tatapi ianya adalah tidak beretika. Saya pun keliru dengan orang-orang politik ni.

Mandat rakyat mestilah diperolehi jika mahu berpindah parti. Sekarang seolah-olah rakyat diajar supaya tidak beretika. Kalau mahu tukar pemerintahan sepatutnya melalui pem,ilihan. Dan jika pemilihan sudah dibuat ianya harus dihormati. Oleh itu kalau Anwar Ibrahim nak jadi PM tunggulah piliharaya akan datang jika menang. Tapi bukan dengan minta belas kasehan wakil rakyat sedia ada untuk lompat parti.
Tak tahu apalah nak jadi,

Eloklah tak jadi oarang politik, duduk di universiti buat kerja yang jauh lebih interesting dan menjana ilmu. Tapi tak ambil tahu pun, susah juga sebab mereka yang menentukan dasar. Berubah menteri berubah dasar. Lainlah kalau menteri bukan orang politik seperti di Indonesia, Iran dan lain2.

USM - Universiti APEX

Akhirnya debaran di kalangan calon-calon universiti APEX terjawab apabila pengumuman dibuat dua hari selepas pembentangan bajet 2009 pada 29 Ogos 2008. USM telah dipilih sebagai universiti APEX, setinggi tahniah diucapkan kepada USM. Ini bermakna USM telah diberi autonomi dalam semua segi seperti pengambilan pelajar, pensyarah, dan bajet universiti. Pensyarah dan kakitangan universiti APEX akan mendapat gaji betaraf dunia. Maknanya jika perrlu mengambil pensyarah luar yang hebat memang tidak menjadi masalah. Kualiti pelajar yang baik termasuk dari luar negara juga tidak menjadi masalah kerana mempunyai tarikan yang lebih. Yang penting kecemerlangan akademik dapat dicapai dan mencapai rangking dunia. NUS Singapura memang terkenal dengan kemampuan mererka menarik ramai tenaga akademik dari negara luar yang hebat-hebat, dan mereka berjaya menghasilkan penerbitan yang berkelas dunia. Tetapi Singapura saya rasa tidak melahirkan rakyatnya yang hebat. Bagi Singapura yang penting negaranya terkenal di seluruh dunia kerana itu adalah keperluan negara pulau tersebut. Apakah Malaysia begitu? tidak.....
Dalam tempoh sehingga 2025 USM disasarkan seharusnya berada pada ranking ke 100 di dunia. Tiada alasan boleh diberikan jika tidak boleh capai kerana segala keperluan telah diberikan. Pengiktirafan kepada USM telah membuat 3 universiti utama yang lain terutamanya Universiti Malaya terkedu. Salah satu kriteria yang digunakan ialah, universiti berkenaan mestilah sanggup mermbuat transformasi untuk menjadi cemerlang di dunia. Memang sepatutnya UM dilihat akan menjadi universiti APEX memandangkan ia adalah universiti yang tertua di Malaysia. Tetapi, menurut pengamatan saya UM sebenaranya sentiasa pasif dan selalu merasakan mereka berada dipuncak dan tidak merasakan perlu melakukan trfasfotmasi sejak dahulu lagi. UM bangga dengan banyak melahirkan tokoh-tokoh tanah air, termasuk beberapa Perdana Menteri, menteri2 dan Ketua Pembangkag di parlimen sekarang yang dahulu tidaklah begitu cemerlang dari segi akademiknya kecuali dari segi gerakan perlajar. UM sebelum ini sentiasa tidak siaga dan ridak begitu menyerlaah. Kebanyakan penyarahnya banyak mengasilkan penerbitan secara masing-masing demi memenuhi keperluan sebagai seorang pensyarah. Memang dari bilangan penerbitan UM adalah terbanyak tetapi kualiti penyelidikan tidaklah begitu baik, sehingga UKM yang bilangan penerbitannya lebih sedikit dari UM berada pada rangking ke-8 berbanding UM 12 dalam negara OIC pada tahun 2007.
Memang ramai yang tidak mersa terkejut jika UM menjadi APEX, tetapi apabila USM terpilih UKM dan UPM turut merasa terkedu. USM memang mempunyai perancangan yang baik dan sentiada proaktif dalam hal tersebut. UKM mempunyai presentasi yang terbaik semasa penilaian tetapi mungkin ada faktor-faktor lain yang membuat pemilihannya tertunda. Elok juga UKM tidfak terpillih untuk yang petama kerana ini memberi peluang untuk melihat apakah USM benar-benar bersedia dan dapat membuat persediaan selanjutnya untuk 2015.
Sebagai universiti APEX, aspek kecermerlangan adalah paling utama, pensyarah yang kurang produktif akan diberi ingatan dan boleh dinasihatkan berhenti. Maka banyaklah permohonan darai USM memasuki universiti lain kerana tak mampu menanggung beban. Tetapi baginyang aktif ini adalah yang ditunggu-tunggukan. Soalnya berapa ramai yang aktif dan berapa yang pasif. Agenda untuk mendidik anak bangsa juga mungkin kurang menjadi keutamaan apalagi mendaulatkan Bahasa Melayu seperti yang dibanggakan oleh UKM.
Saya merasakan strategi UKM mengutamakan Bahasa Malaysia juga mungkin dibimbangkan tidak mampu untuk membuat transformasi, kerana ianya selalu menjadi kekangan. Tesis kita tidak dirujuk oleh orang luar kecuali yang membuat Pengajian Melayu. Walaupun kita boleh menghujah pandangan ini tetapi itu adalah hakikatnya.
Samada kita APEX atau tidak tidak, UKM harus terus meluncur ke hadapan dan saya mempunyai keyakinan UKM mampu melakukannya, kerana UKM adalah universiti Perdana.