Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina: Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".
Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu.
MAKNA HAIWAN
KEPERIBADIAN TIKUS (yang lahir pada tahun tikus)
Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai dengan angka.
TAHUN TIKUS
Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu baik bagi berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi simpan untuk tahun yang datang.

KEPERIBADIAN LEMBU
Dapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak mahu berkongsi. Tidak gemerlapan tetapi kuat dan teguh.
TAHUN LEMBU
Tahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh menghilangkan peluang.

KEPERIBADIAN HARIMAU
Bersaing, pemimpin, berani, ghairah.
TAHUN HARIMAU
Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu matlamat dengan garang. Bukan waktu baik bagi berjudi. Berjaga-jaga kemalangan.

KEPERIBADIAN ARNAB
Ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat.
TAHUN ARNAB
Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik bagi hal memperanakkan. Tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berjaga-jaga terlalu turutan kendak dan kelengahan.

KEPERIBADIAN NAGA
Seorang extrovert, berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu di lampu tumpu.
TAHUN NAGA
Waktu baik bagi rancangan boros dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-gala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.

KEPERIBADIAN ULAR
Halus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai memungut maklumat and mengunakannya dengan cerdik. Iri hati.
TAHUN ULAR
Tahun gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perundingan rahsia.

KEPERIBADIAN KUDA
Ramah mesra, sportif, gemar bercakap, seorang penzamin (terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966).
TAHUN KUDA
Tahun kestabilan politik dan memperkuatkan posisi anda. Perjalanan. Berjaga-jaga untuk pembaziran.

KEPERIBADIAN KAMBING
Tidak mementingkan diri sendiri, penuh kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik.
TAHUN KAMBING
Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan, cinta.

KEPERIBADIAN MONYET
Suka menciptakan hal baru, cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan.
TAHUN MONYET
Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertengkaran politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan mata wang. Baik bagi spekulasi.

KEPERIBADIAN AYAM JAGUH
Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, terus terang. Sering mengambil terlalu tanggunjawab. Lurus hati dan cekap.
TAHUN AYAM JAGUH
Tahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam cinta. Perasaan nasionalis naik dan pelampauan.

KEPERIBADIAN ANJING
Setia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan bagus, sportif, berjuang.
TAHUN ANJING
Tahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik bagi kesihatan.

KEPERIBADIAN BABI
Suka rumah, bersahaja, murah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya.
TAHUN BABI
Tahun baik bagi perhimpunan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan
.
TAHUN CINA
Tikus 1936 1948 1960 1972 1984 1996 2008
Lembu 1937 1949 1961 1973 1985 1997 2009
Harimau 1938 1950 1962 1974 1986 1998 2010
Arnab 1939 1951 1963 1975 1987 1999 2011
Naga 1940 1952 1964 1976 1988 2000 2012
Ular 1941 1953 1965 1977 1989 2001 2013
Kuda 1942 1954 1966 1978 1990 2002 2014
Kambing1943 1955 1967 1979 1991 2003 2015
Monyet 1944 1956 1968 1980 1992 2004 2016
Ayam 1945 1957 1969 1981 1993 2005 2017
Anjing 1946 1958 1970 1982 1994 2006 2018
Babi 1947 1959 1971 1983 1995 2007 2019
Dari jadual di atas kita boleh mengetahui pada tahun apa kita dilahirkan, dan apakah keperibadian kita mengikut tahun tersebut mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Wednesday, January 21, 2009

Kenangan bersama Dr. Hajime Takakubo dan di SHONO Lab. Tokyo - IP-PO-IP-PO

Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian saya dalam bidang mikroelektronik sedikit sebanyak adalah berkait rapat dengan Shono Lab. di Sophia University, Tokyo dan juga inspirasi setelah selesai PhD dari Durham University di akhir 1988 di bawah bimbingan Dr. Morant. Sebenarnya saya telah bercita-cita untuk mewujudkan makmal semikonduktor (cleanroom) di UKM selepas mendapat MSc pada 1980 dalam bidang mikroelektronik dari University College of Wales, (sebahagian dari University of Wales).

'Kampai', Takakubo dengan bakal isterinya Sakine yang juga merupakan pelajar Prof. Shono semasa meraikan kedatangan kami ke makmalnya di sebuah restoran di Tokyo. (1991)

Pada 1991 saya mendapat peluang ke Jepun di bawa biaya Asian Development Bank(ADB) dan memilih Sophia University setelah berjumpa Prof. Shono di Malaysia ketika beliau menghadiri persidangan anjuran MIMOS. Untuk mewujudkan makmal mikroelektronik, terutama proses adalah terlalu mahal, tetapi Prof. Shono telah berkata kepada saya dalan Bahasa Jepun, "ip-po-ip-po" atau step by step. jadi, apa yang terdapat sekarang adalah kerana ip-po-ip-po, jika tidak saya dah tukar ke bidang lain yang lebih murah untuk menghasilkan paper untuk kerjaya akademik.

Di Sophia University, nama makmal adalah nama profesor, jadi saya bekerja di makmal Shono yang kesemua pelajarnya ada di situ bersamanya. Pada mulanya saya berasa janggal kerana duduk sebilik dengan profesor dan pelajar-pelajarnya. Keadaan di dalam bilik(makmal) tersebut senyap dengan masing-masing bauat kerja sendiri kecuali ada panggilan telefon atau ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Jika ada panggilan telefon hanya research assistant yang merupakan pembantu kepada Prof. Shono yang bercakap, yang lain tak ambil tahu. Apabila Shono pulang atau ada meeting, tidak ada pelajarnya yang akan ke mejanya nak cari rahsia bosnya. Apabila sampai masa minum, tanpa disuruh ada pelajarnya yang sukarela buatkan kopi untuknya. Ketika saya di sana Prof. Shono mancapai usia 59 tahun, yang memeranjatkan secara tiba-tiba terdapat sekumpulan pelajarnya membawa kek harijadi dan mengucapkan selamat harijadi kepadanya dalam upacara yang ringkas. Tidak seperti di sini bila sampai harijadi (jka mereka tahu) biasanya pelajar akan tanya bila nak belanja atau bila nak buat jamuan.
Sebenarnya apa yang nak saya ceritakan di sini ialah berita dukacita iaitu salah seorang pelajar Shono telah mati dibunuh pada 15 Januari 2009. Terdapat beberapa pelajar PhD di bawah Prof. Shono yang saya ingat dan pernah berurusan langsung, yang paling rapat ialah Akihiro Hasegawa, Hajime Takakubo, Akiyama, Katsumasu, Sakine, Phang (dari Vietnam), Chong(dari Taiwan) dan Kang(sebagai Reseach Assistant dari Korea).

Selesai PhD dari Shono Lab. Dr. Takakubo bertugas sebagai pensyarah di Chuo University, Tokyo sehinggalah menjadi seorang profesor. Pada pagi 15 Januari saya dapat e-mail dari Dr. Hasegawa memberitahu yang Prof. Dr. Takakubo telah dijumpai mati terbunuh di tandas berdekatan dengan pejabatnya. Mistri pembunuhan beliau masih menjadi tanda tanya kerana Takakubo yang saya kenal dan mengikut laporan polis Jepun juga adalah seorang yang baik dan tidak punyai musuh. Beliau telah ditikam sebanyak 10 kali mengikut laporan Asahi Shinbun. Kematian beliau pada umur 45 tahun adalah sangat mengejutkan dan menyedihkan. Saya pernah bekerja agak rapat dengan Dr. Takakubo di Shono lab. semasa lawatan kedua saya pada awal 1993. Kalau dulu, membunuh diri (Harakiri) adalah biasa di Jepun, tetapi membunuh orang di zaman moden ini adalah perkara di luar dugaan. Saya juga bimbang perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.

Friday, January 16, 2009

Aida Juara Gadis Melayu

Pencarian siapa yang akan dinobatkan sebagai Gadis Melayu telah terjawab semalam apabila Khairul Noormaidah Zali atau lebih senang dengan panggilan Aida terpilih sebagai Gadis Melayu anjuran TV9. Penampilan dan kepetahannya menjawab soalan Prof. Dato' Nik Sapiah dengan dimulai dengan pantun memang memukau. Sebelum keputusan memang saya sudah memberikan kemenangan. Sebenarnya saya buka TV9 secara kebetulan dan ternampak mukanya. Saya memang tak tahu rancangan tersebut. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepadanya dan kedua ibu bapa beliau.
Sebenarnya Aida adalah anak kepada anak saudara saya Yamani binti Yahya dan Zali. Dari segi pangkat Aida merupakan cucu saudara iaitu datuknya Yahya Yeop Majlis merupakan abang saya yang belum tua lagi! (baru ~75).

Sunday, January 11, 2009

IMEN, UKM dan ISRC, SNU

Pagi ini saya pergi bersarapan di Restoran Pelita Nasi Kandar di Kuala Lumpur. Semasa makan saya teringat janji untuk menceritakan sedikit tentang research center di Seoul National University. Tulisan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang apa yang diamalkan di sana yang mungkin boleh dijadikan perbandingan untuk melihat di mana kita dalam bidang ini dan sebagai pengajaran untuk penambah baikan. Selain dari Korea sebenarnya saya telah melawat beberapa pusat penyelidikan di Germany, United Kingdom, Japan, Switzerland, Taiwan dan Singapore.
United Kingdom
1. GEC Marconi, 1997
2. MMIC Design Lab. and Optoelectronics Lab, Kings College, London, Jun 1997.
3. Cavendish Lab, Cambridge, UK, 10 September 1999
4. Fabrication Facilities
at Southampton University, 13 September 1999
Japan:
1. Shono Laboratory, 1992,1993
2. Semiconductor Laboratory, Osaka University, Japan.1994
3. Semiconductor Laboratory, Kyoto University, Japan. 1994
4. Tokyo Institute of Technology, 2001
5. Niigata Sanyo Electronics Co. Ltd, Japan, 7 August 2003
Germany:
1. Microelectronics Center, Duisburg University, 2004
2. Fraunhufer Institute, 2004
Holland
1. Delf Institute of Microtechnology, 2004
Switzerland:
1. Institute of Microtechnology, University of Newchatel, Switzerland, 1995
Korea
1. Intervarsity Semiconductor Research Centre(ISRC), National Seoul University, Dec 2004
2. Kyungpook National Seoul University, August 2007
Taiwan:
1. Micro/nano Fabrication Center, National Cheng Kung University, Tainan, 2002
2. Wing Semiconductor, 2005
3. Microelectronics Centre, National Chiao Tung University, 2005
Singapore:
1. Centre for Integrated Circuit Failure Analysis and Reliability, NUS, ,Nov 1991.
2. Microelectronic Centre, Nan Yang Technological University, Singapore, July, 1997
3. IMRE, 2001
4. Institute of Bioengineering and Nanotechnology(IBN), Singapore, 6 Dec 2007.
Saya juga pernah mengikut latihan dalam reka bentuk dan proses fabrikasi selama 9 bulan di GEC Marconi, UK. pada 1997.
Semasa menjadi profesor pelawat di SNU, saya telah berkesempatan meninjau beberapa pusat kecemerlangan penyelidikan(PKP) yang betaraf institut di SNU. Bilangan PKP hampir 70 sedangkan UKM hanya ada 14 sahaja. Terdapat PKP yang besar dan kecil bergantung pada keadaaan penyelidikan dan sokongan kewangan.

Bersama Prof. Lee dan Pengarah Institute of New Media and Communication Prof. Kwang Bok Lee

Bersama Pengarah Institute of Molecular Biology and Genetics A.P Dr. Junho Lee

PKP tersebut mewakili beberapa kelompok pengajian seperti, kejuruteraan, kemanusian, perubatan dan sebagainya. Bagi kelompok kejuruteraan terdapat 14 PKP iaitu yang paling banyak. PKP tersebut adalah,

1. Inter-University Semiconductor Research Center(ISRC)
2. Research Institute of Engineering Science
3. Center for Advanced Material Research
4. Automation and Systems Research Institute
5. Research Institute of Advanced Computer Technology
6. Institute of Advanced Machinery and Design
7. Institute of New Media and Communications
8. Research Institute of Energy and Resources
9. Research Institute of Marine Systems Engineering
10. Institute of Chemical Processes
11. Institute of Advanced Aerospace Technology
12. Advanced Institute of Convergence Technology
13. Integrated Research Institute of Construction and Environmental Engineering

14. Advanced Automotive Research Center

Terdapat 7 PKP bagi kelompok Sains Tulen iaitu,
1. Research Institute of Basic Sciences
2. Institute of Molecular Biology and Genetics
3. Research Institute of Oceanography
4. Center for Theoretical Physics
5. Institute of Microbiology
6. Research Institute of Mathematics
7. Korea Bio-MAX Institute

Kebanyakan PKP in mempunyai bangunan sendiri, tetapi terdapat juga yang hanya terdiri dari pengarah dan setiausaha sahaja di mana para penyelidiknya datang dari fakulti semuanya. Tetapi kebanyakan PKP darai bidang sains dan kejuruteraan mempunyai bangunan sendiri dan mempunyai peruntukan yang besar. ISRC merupakan PKP yang paling besar dan termahal kerana mempunyai kemudahan tercanggih.

ISRC yang diasaskan oleh Prof. J.D. Lee pada tahun 1985 dibangunkan untuk menjadikan pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik antara universiti yang pertama di SNU dan Korea. Mikroelektronik merupakan bidang yang memerlukan peralatan - peralatan yang canggih dan kritikal. Untuk sesuatu makmal fabrikasi semikonduktor memerlukan banyak peralatan yang khusus dan mesti di tempatkan di dalam cleanroom iaitu makmal bebas habuk dan prasarana lain seperti air ternyah ion (deionized water) dan sistem gas yang sangat khusus. Adalah tidak murah untuk mempunyai makmal sebegini dan biasanya tidak semua universiti mampu mempunyainya.Kemudahan ini dibangunkan dengan kos dalam julat ratusan juta ringgit. Dari segi kecanggihan makmal, di Malaysia hanya MIMOS yang mempunyai kemudahan hampir seperti ISRC tetapi sayangnya MIMOS tidak bersifat penyelidikan diawal penubuhannya. Ini kerana semasa ditubuhkan Malaysia tidak memunyai foundri pemprosesan semikonduktor, yang ada cuma industri pempakejan bagi IC yang diproses di US atau Jepun. ISRC mendapat kerjasama dari industri semikonduktor di Korea yang banyak memberikan dana. Samsung merupakan industri yang paling besar memberikan dana penyelidikan sehingga mempunyai bangunan tersendiri di dalam ISRC. Prof. J.D. Lee telah mewujudkan anugerah penyelidikan dan sokongan penyelidikaj kepada profesor dan kakitangannya. Beliau telah menggunakan wang gajinya untuk anugerah tersebut bagi membeli emas bernilai W15,000, 000 atau RM40,000 setahun.

Untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan, pihak universiti memberikan bajet kepada institut-institut mengikut keperluan masing-masing. Oleh sebab ISRC dibangunkan bukan sahaja untuk SNU, universiti lain di Korea boleh menghantar resepi mereka untuk diproses di ISRC dengan membayar yuran pemprosesan. Adalah jauh lebih murah bagi sesuatu universiti membayar yuran pemprosesan daripada mempunyai kemudahan makmal yang lengkap.

ISRC mempunyai empat pusat penyelidikan lagi iaitu, Microsystem Technology, Display Technology, System Engineering Design, dan Nano Bioelectronics and System. Keempat-empat pusat ini mempunyai ketuanya dan makmal masing-masing, tetapi untuk tujuan proses kesemuanya akan menggunakan kemudahan fabrikasi yang sama. Terdapat pusat yang besar dan yang kecil bergantung pada aktiviti dan dana penyelidikan masing-masing. Display technology misal mempunyai bangunan sendiri di ISRC kerana mendapat sumbangan dari Syarikat Samsung. Sebahagian dari cleanroom dipunyai oleh Microsystem Technology (MEMS) disamping mempunyai makmal lain yang bukan cleanroom di ISRC dan juga di fakulti.

Kelihatan seolah-olah, ISRC adalah sama seperti IMEN di UKM tetapi mereka jauh lebih besar. Semasa penubuhan IMEN di akhir 2002 saya belum kenal lagi tentang ISRC, jadi IMEN tidak meniru ISRC, cuma kebetulan sahaja mempunyai kesamaan. Bezanya ISRC mendapat sokongan dari pihak industri dan Kerajaan Korea. Sedangkan IMEN tiada sokongan kewangan industri kerana di Malaysia kebanyakan industri elektronik bukan hak milik Kerajaan. IMEN juga tidak mendapat sokongan kewangan yang khas dari Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membolehkan kemudahan dikongsikan dengan universiti lain seperti di ISRC. IMEN dibangunkan dengan peruntukan penyelidikan yang diusahakan sendiri oleh beberapa profesor khususnya saya sendiri yang mendapat dana besar dari Telekom Malaysia dan dana penyelidikan yang besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebanyak RM38 juta bagi membangunkan penyelidikan MEMS yang pertama di Malaysia. Boleh saya katakan di sini aktiviti mikroelektronik di UKM sebenarnya telah mendapat pengiktirafan dari bahagian R&D Telekom sejak 1994 daripada industri elektronik multinasional.

Malaysia boleh mempelajari pengalaman dari Korea untuk menjadi satau atau dua universiti sebagai pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik(nanoelektronik) dengan sokongan kewangan tetap untuk membolehkan IPTA lain turut mempunyai ekses seperti di Korea, Jepun, Taiwan. MIMOS akan terus sebagai institusi penyelidikan yang melihat keperluan pasaran sahaja.