Friday, February 27, 2009

Di Persada Antarabangsa

Semasa mendapat dana yang besar pada tahun 2002 untuk penyelidikan MEMS, banyak orang mengatakan saya mempunyai rangkaian(network) dengan orang politik atau dengan menteri. Orang tidak mengatakan yang kejayaan itu kerana kemampuan dan kebolehan untuk merperoleh dana tersebut. Sedangkan saya tidak mempunyai hubungan atau kenal langsung dengan orang politik. Saya juga sehingga kini belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik. Begitu juga apabila dahulu seseorang itu berjaya dalam peperiksaan, orang akan tanya pakai bomoh mana. Apabila mendapat anugerah, orang akan tanya, ada cable ke. Itulah sifat orang kita yang tidak mempercayai atau mengiktiraf kejayaan seseorang. Seorang ulama pernah berkata, apabila kita mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang, Tandanya kita bersyukur. Tetapi jika kita berkata, aah tak lah bagus sangat atau memperlekeh sebarang kejayaan, sebenarnya secara tak sedar kita dengki.

Networking
Dengan dana penyelidikan yang besar sehingga tertubuhnya IMEN pada November 2002, usaha membuat rangkaian diperingkat antarabangsa turut dilakukan. Semenjak projek MEMS saya telah terlibat dengan beberapa persidangan dan lawatan kerjasama di peringkat antarabangsa. Di antara negara yang di kunjungan samaada membentangkan kertas kerja atau lain-lain adalah, Indonesia, Singapura, Thailand, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China, Iran, United Kingdom, Sepanyol, Switzland, Jerman, Holand, Autralia. Negara Timur Tengah tidak bergiat banyak dalam bidang teknologi mikroelektronik, oleh itu saya belum pernah berpeluang ke sana dalam tempoh penyelidikan yang lepas. Tetapi InsaAllah dalam masa terdekat ini akan terdapat kemungkina saya ke sana setelah beberapa kunjungan dari Universiti dari Negara-Negara Arab seperti Al-Taibah, Madina, Saudi Arabia, King Saod, Riyad dan Bahrain ke Malaysia khususnya IMEN.
IMEN juga telah menanda tangani LOI dengan beberapa buah universiti di Korea, Singapura dan Indonesia serta MOU dengan MEMS Technology Sdn Bhd. LOI yang paling baru ialah dengan Dr. Munetaka Oyama, Intitute of Nanotechnology, Kyoto, Japan, ketika beliau menjadi profesor pelawat di IMEN. Baru - baru ini pada 18 Februari, IMEN telah dikunjungi oleh Dr. Shahrizad Hussain dari National University of Science and Technology, Rawalpindi, Pakistan untuk mencari peluang bekerjasama dalam penyelidikan.
Sekarang IMEN sudah mempunyai ramai rakan di luar negara dan tempatan. Rakan luar nega sedia untuk berkejasama kerana kita juga menjalankan penyelidikaan yang tidak jauah berbeza atau sama taraf denga mereka. Rakan tempatan atau rakan dari negara yang kurang maju pula mahu mencari peluang untuk bekerjasama. Terdapat profesor dari luar yang mahu menjadi visiting profesor, Prof. Jong Duk Lee darai Seoul National University. Sekarang terdapat profesor dari negara maju Austria yang bertugas sebagai profesor di IMEN. Prof. Dr. Ille Gebeshuber adalah seorang profesor dari Vienna University of Technology Institut für Allgemeine Physik &Austrian Center of Competence for Tribology sekarang bertugas sebagai profesor kontrak di IMEN dalam bidang fizik nanoteknologi dan biomimetik. Beliau menjadi staf UKM untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Prof. Ille Gebeshuber is number 10 in the category Science&Research in the Ranking of the 333 most important women in Austria.

Saturday, February 21, 2009

Kilauan Emas dan Perak di Malaysia Technology Expo(MTE2009)

Malaysia Technology Expo 2009 telah berlansung di PWTC dar 19 hingga 21 Februari 2009. MTE telah disertai oleh hampir kesemua universiti dan swasta juga beberapa sekolah. UKM telah menghantar 56 projek untuk dipertandingkan. IMEN telah menghantar 4 projek yang kesemuanya adalah dari projek kumpulan saya sendiri. Keputusan dari penghakiman telah diumumkan semalam dan 4 medal telah dimenangi dengan 1 emas serta 3 perak. Ini bermakna kemenangan 100%.
Keempat-empat projek yang dipertandingkan adalah merupakan hasil penyelidikan peringkat MSc dan PhD. Kesemuanya telah dan sedang dipatenkan.
Projek-projek yang dipamer dan pertandingkan adalah seperti berikut,


1. CMOS-MEMS Presure Sensor for Glaucoma Analysis - Silver
BYM, Mohd Ramdzan dan Norazreen
2. Micropump for Precise Liquid Handling - Gold
BYM, Juliana Johari, Jumril Yunas dan Azrul Azlan Hamzah
3. MEMS Tactile Pressure Sensor Array for Finger print Imaging - Silver
BYM, Mitra Damghanian
4. MEMS Speaker for Hearing Aids - Silver
BYM, Fatima Lina Ayatollahi

Bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dr. Rahmah Mohammad dan Mitra pelajar PhD
Kemenangan kali (semuanya dapat medal) sangat memberangsangkan kesemua pelajar (MSc dan PhD) di bawah penyeliaan saya sedang berada dalam semangat serta motivasi yang tinggi.

Sehubungan dengan itu juga kulaiti penyelidikan di IMEN telah dinilai dan telah mencapai markah penyelidikan bertaraf dunia.

Joging Santai di Taman Cempaka Bangi

Bandar Baru Bangi mempunyai satu taman yang dibina untuk tujuan riadah. Joging track yang baik yang mencukup dan menarik untuk mengeluarkan peluh, tempat untuk buat senaman poco-poco dan juga tai chi. Kalau tak mahu joging, santai pun boleh, kadang-kadang ada pertandingan memancing. Berjoging di situ ada kemungkinan akan bertembung dengan staf UKM, bekas Pendaftar UKM Hj. Baharudin Alang Ishak yang walaupun sudah berusia hampir 70 tahun tapi masih berlari dengan laju, Prof. Dato' Dr. Yusof Othman dan ramai yang lagi.
Kedudukan Taman Cempaka adalah cukup strategik kerana berdekatan dengan kemudahan awam seperti perpustakaan awam dan pusat beli belah. Bagi kanak-kanak yang paling seronoknya Mc Donald seolah terletak dalam taman, jadi kalau nak ajak pergi joging boleh cakap pergi Mc Donald. Walaupun ada kempen-kempen nak boikot Mc Donald tapi kanak-kanak dan kadang2 opah tak faham perkara itu.
Itulah sedikit gambaran tentang pembangunan Bandar Baru Bangi yang berkembang pesat yang dibangunkan sebagai Bandar Ilmu. Kalau 25 tahun dahulu orang Bangi tak mengaku dia dari Bangi sebaliknya dia kata, datang dari Kajang sebab semua orang tahu sate kajang. Sekarang orang Kajang pula akan kata dia datang dari Bangi (sebenarnya Bandar Baru Bangi), sebab Bangi sudah dikenali sehingga peringkat antarabangsa melalui UKM. Di Bangi, terletaknya rumah BYM, UKM, Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR), Maktab Perguruan Islam, Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, UNITEN, ILKAP, NIOSH bersebelahan dengan UPM, MARDI, PORIM, Putrajaya, MMU, USIM dan hanya setengah jam ke KLIA.

Negeri Perak berusaha menjadi terus popular

Apa yang berlaku akhir-akhir ini nampaknya seolah-olah Perak mahu terus kekal sebagai Negeri paling popular tahun 2009. Saya sangat mengharapkan agar usaha untuk membangunkan negara diberikan tumpuan tetapi bukannya berpolitik semata-mata. Kita memilih pemimpin untuk mentadbir negeri bukan parti.

Thursday, February 5, 2009

Perak negeri paling popular tahun 2009

Saya tidak akan membincangkan soal politik kepartian dalam blog ini. Tetapi, saya hanya menyebut soal Kerajaan yang dibentuk tanpa melihat dari mana parti yang diwakili. Kenapa soal ini saya ingin sentuh, kerana Perak adalah negeri asal saya dan perkara yang berlaku sekarang agak menarik perhatian bukan sahaja dari segi politik.
Selepas apa yang berlaku dalam tempoh seminggu ini, Kerajaan Negeri Perak mencatat sejarah kerana akan dipimping oleh orang yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu adalah seorang bekas Hakim Negara yang menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada tahun 1983. Anakanda baginda Raja Dr. Nazrin yang merupakan Raja Muda Perak mempunyai ijazah PhD. Raja Dr. Nazrin mempunyai ijazah bacelor dalam bidang Philosophy, Politics and Economics dari Oxford University, ijazah Master dalam Public Administration dari Kennedy School of government, Harvard; and Ph.D in Political Economy and Government from Harvard University.
Perak akan mempunyai seorang Menteri Besar yang juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi apabila Dato Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada 3.30 petang hari Jumaat 6 Februari 2009 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Dato' Dr. Zambry mempunyai ijazah bacelor ekonomi, Master dalam pengajian Islam dan PhD dalam bidang ekonomi politik. Dato Dr. Zambry merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor tempat di mana perjanjian Pangkor ditanda tangani.
Perak merupakan negeri pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia dan adalah negeri terkaya sebelum kejatuhan harga bijih timah di awal 1960han. Ipoh adalah bandar terbersih ketika itu. Perak juga mempunyai sekolah-sekolah yang terkenal sebelum kewujudan Sekolah Menengah Sains di seluruh negara, yang terkenal termasuk pusat pengajian tinggi iaiti Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI, sekarang UPSI) yang banyak melahirkan pemimpin negara di zaman itu. Bolehlah dikatakan pusat pengajian tinggi yang pertama di Malaysia adalah di Perak sebelum Universiti Malaya.
Tetapi, kebelakangan ini Perak seolah-olah tertinggal berbanding Negeri-Negeri lain di Malaysia kerana untuk memajukan negeri-negeri lain memandangkan Perak ketika itu sudah dianggap maju kerana mempunyai lombong bijih dan ladang getah.
Diharap dapat dibangunkan semula Negeri Perak untuk kembali bangkit.
Orang Perak tidak sangat mempunyai sifat kenegerian, mungkin kerana tiada loghat negeri kecuali loghat daerah Parit, itupun tidak dituturkan dalam perbualan serius apabila orang Perak berjumpa. Orang Perak juga adalah yang membunuh Residen British J.W.W. Birch di Pasir Salak. Di UKM misalnya orang Perak tidak bertutur loghat Perak antara mereka kecuali nak buat jenaka. Terdapat banyak orang Perak di UKM tetapi tidak diketahui kecuali jika bersoreh. Pernah suatu ketika Fakulti Kejuruteraan dipimpin oleh tiga orang Perak (Dekan dan dua Timbalannya) tanpa disedari. Prof. Dr. Halim Shamsuddin, Prof. Dr. Ir. Hj. Wan Ramli Wan Daud dan saya sendiri adalah orang Perak ketika memimpin Fakulti Kejuruteraan pada tahu 1994-1997.

Sunday, February 1, 2009

Fakulti Kejuruteraan UKM berusia 25 tahun

Tahun 2009 Fakulti Kejuruteraan UKM telah mencapai umur 25 tahun. Suatu tempoh yang secara relatif masih dianggap muda berbanding dengan UM dan UTM. Tetapi dalam usia 25 tahun, menurut Dekan Prof. Dr. Marzuki Mustafa fakulti telah mencapai banyak kejayaan dan telah memintas kedudukan universiti lain di Malaysia. Nama fakulti pun telah ditukar kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).
Pada 31 Jan 2009 telah berlansungnya Majlis Makan Malam tahunan yang ke 20 lebih, di Menara PJH Putarajaya. Majlis untuk tahun 2008 tersebut terpaksa ditunda ke tahun 2009 kerana terlalu banyak aktiviti diakhir tahun 2008). Saya yang sudah hampir 7 tahun tidak sepenuhnya dengan fakulti kecuali di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem kerana sibuk dengan tugas di IMEN merasa agak hampir asing kerana ramai staf baru yang saya tidak kenal, walaupun IMEN berada di bawah satu bumbung dengan fakulti. Saya tidak pasti sama ada mereka yang baru-baru kenal saya atau tidak. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Shahabuddin Naib Canselor UKM seta suami dan dihiburkan dengan aritis jemputan Nazrey bekas penyanyi RAIHAN dan diacarakan oleh Nordin Md. Salleh dari Radio KL FM. Seperti biasa di majlis tersebut beberapa anugerah telah disampaikan kepada kakitangan yang memberi sumbangan dalam tahun tersebut 2008. Salah satu anugerah yang disampaikan ialah "Anugerah jasa mu dikenang" kepada mereka yang telah bersara wajib pada tahun 2008. Prof. Dr. Kasmiran Jumari telah dianugerahkan bersama dengan Pn Noraini bekas kakitangan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur.
Mengimbas kembali kenangan semasa Majlis makan Malam ke - 4 yang diadakan di Hotel Crown Plaza K.L. pada 1992 di mana saya adalah pengacara majlis(MC). Masa itu tak cukup peruntukan untuk jemput pengacara luar. Dekan pada masa itu ialah Ir. Prof. Dato' Dr. Zainul Abidin Shariff. Kebetulan semasa membersihkan fail-fail lama pagi ini saya terjumpa teks semasa menjadi MC Majlis Makan Malam tersebut yang saya sediakan dalam bentuk pantun dan seloka. Saya turunkan di sini di antara semoga menjadi ingatan dan bahan menungan bersama,

Selamat datang ke Majlis Makan Malam yang ke empat
Yang dihadiri oleh tetamu-tetamu hebat
Mewakili universiti, industri dan juga pejabat
Yang datang dari jauh dan dekat
Kerana jalinan hubungan sudah terikat
Kita lupakan pangkat dan juga darjat
Tidak seperti kitika di pejabat
Supaya hubungan menjadi rapat
Semoga semuanya mendapat berkat

Majlis makan malam kegiatan tahunan
Usahan Fakulti menjadi kebanggaan
Kejayaan pelajar dan kakitangan mendapat pengiktirafan

Kehadiaran tuan/puan sangat dialukan
bukan sekadar untuk makan
tetapi untuk meraikan mahasiswa dan graduan kejuruteraan
serta kakitangan yang cemerlang dan yang masuk ke alam persaraan

Kejayaan fakulti mengeluarkan graduan
menjadi kebanggaan dan mendapat sokongan
Dari swasta dan juga Kerajaan
Untuk memenuhi impian dan wawasan
tahun 2020 jauh di hadapan
Menjadikan Malaysia Negara Perindustrian

Sebelum impian menjadi kenyataan
terlebih dahulu dibuat persiapan
Di sini peranan Fakulti Kejuruteraan

Jika dipanjang umur dan dijaga kesihatan
dui waktu intu ada yang sudah mennjadi jutawan.
.... dan banyak lagi..

Masa itu yang bersara ialah Tn. Hj. Abdul Rauf Hj Hassan pembantu makmal kanan JKKP. Prof. Dr. Mohd. Zawawi Ismail telah mendapat cendera hati dari Dekan FK kerana dianugerahkan bintang DPSK dari Sultan Kelantan yang membawa gelaran Dato'.
Siapakah Prof. Kasmiran, mungkin staf baru-baru tidak banyak yang mengenalnya. Prof. Dr. Kasmiran merupakan Ketua Jabatan Elektronik yang ke-4 (sekarang yang ke - 12) dan bekas Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) yang ke - 2 (sekarang yang ke- 6) sebelum beliau dilantik menjadi pengarah Pusat Komputer sejak 1995 sehingga tahun 2006. Beliau bertanggung jawab membangunkan sistem rangkaian di UKM.
Prof. Kasmiran mempunyai kepakaran dalam mikrporessor dan Software Engineeing. Beliau mempunyai minat dalam elektronik secara hands on semasa menjadi pelajar UKM sekitar tahun 1974 - 1977. Tahun 1974 merupakan tahun demonstrasi pelajar di UM dan UKM dan Kasmiran yang tinggal di Kolej pertama di Kampus Jalan Pantai Baru telah membuat sistem radio (hobinya) yang dapat menerima perbualan walkie-talkie polis ketika itu dan memberi tahu pelajar lain di Kolej. Jadi beliau menjadi popular dan dikenali oleh semua orang yang seangkatan dengannya. Sifat hands-on beliau telah menggiatkan aktiviti dalam elektronik terutamanya yang berkait dengan mikroprosesor di Jabatan Elektronik sejak 1981 lagi iaitu semasa saya mula menjadi pensyarah dan di tahun yang sama juga Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mengantikan Tun Hussein Onn.
Semoga Prof. Dr. Kasmiran akan terus menyumbang tenaga dan pengalaman dalam pembangunan anak bangsa melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi di FKAB khususnya.