Tuesday, August 10, 2010

Bulan Kemerdekaan dalam Bulan Ramadhan: Staf IMEN sambut lebih awal

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Bulan Ogos disebut sebagai bulan kemerdekaan yang sambutannya telah pun bermula sehinggalah ke tarikh keramat 31hb Ogos 2010. Pada tahun ini dan tahun lepas hari kemerdekaan jatuh dalam bulan puasa. Oleh itu sambutannya agak sederhana.
IMEN telah pun menyambut bulan kemerdekaan pada 5 Ogos sekaligus dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Oleh sebab saya juga dilahir pada bulan Ogos maka saya mengambil kesempatan untuk turut meraikan lebih awal dengan menyumbang kek harijadi yang sederhana, kecil tetapi impaknya besar. Memang saya tidak mahu menggunakan peruntukan pejabat untuk tujuan ini, iaitu tiada makan dan minum disediakan kerana acaranya cuma sebentar. Tetapi, rupa-rupa beberapa staf yang lain juga turut mengambil peluang untuk menyumbang makanan bagi meraikan hari tersebut termasuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Semua orang telah diberikan bendera kecil yang telah dibeli oleh salah seorang staf tanpa disuruh. Ketika itu UKM belum lagi mengedarkan Jalur Gemilang yang biasanya diedar kepda semua jabatan. Pada 9 Ogos sempena majlis penutup Pesta Konvokesyen, jalur Gemilang telah diedarkan.
Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negara Ku, Ucapan Pengarah mengenai perkembangan IMEN, persembahan video IMEN yang dibuat sendiri oleh pelajar IMEN pada tahun 2004 (boleh dimuat turun dari homepage IMEN http://www.ukm.my/imen) dan seterusnya kesemua orang menyanyikan lagi patriotik WAWASAN 2020, Kerana Mu Malaysia dan Jalur Gemilang. Staf yang tidak faham Bahasa Malaysia juga turut bersama menyanyi dengan lirik yang diberikan. Begitulah semangat yang telah ditunjukkan oleh staf IMEN, walaupun kecil tetapi semangatnya kuat.