Saturday, September 26, 2020

Cuti Hari Malayia

Sempena cuti Hari Malaysia ambil kesempatan bersiar-siar di Kuala Lumpur. Walaupun sudah biasa tetapi banyak perubahan pada image KL sejak 20 tahun dahulu.  Bangunan-bangunan bersejarah sudah diperkemas dan terjaga dengan rapi, saya merasa seilah berada di laur negara Eropah semasa singgah di lapangan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.. Biasnya kita yang memangnya tinggal di Kuala Lumpur tidak sedar akan perubahan yang berlaku.  Kawasan sekitarnya cantik dan bermakna.  Sekarang sudah terdapat Galeri Kuala Lumpur







Thursday, July 21, 2016

Masuk Parit sampai berLumut



Sudah menjadi kelaziman saya  apabila cuti balik kampung ke Parit saya mesti berjalan-jalan ke Lumut yang jaraknya lebih kurang 37km dari Parit. 
Parit merupakan pekan kecil yang suatu ketika dahulu adalah tempat tumpuan orang daerah Parit dan Kampung Gajah untuk segala urusan membeli belah. Pekan Parit terkenal semasa zaman British dan jaraknya dari Bandar Ipoh hanyalah 30 km.

Friday, December 31, 2010

Hubungan IMEN dengan Inter varsity Semiconductor Research Center, SNU dan Institute of semiconductor Fusion Technology, KNU Korea semakin erat.

Bulan Disember 2010 merupakan bulan paling sibuk kerana berbagai aktiviti berlangsung sebelum melangkah ke tahun 2011. Korea - Malaysia joint Workshop on Nanotechnology kali ini merupakan giliran IMEN menjadi tuan rumah terpaksa diadakan pada bulan ini kerana waktu lain tidak sesuai. Selesai urusan dengan profesor Korea, IMEN mempunyai acara untuk kakitangan pula, iaitu perjumpaan tahunan yang kali ini diadakan Everly Resort Hotel, Melaka.
Pada 13 Disember 2010, telah berlansungnya pertemuan tahuna
n antara dua universiti utama di Korea, Seoul National University(SNU) dan Kyungpook National University(KNU) dengan National University of Malaysia (UKM). Pertemuan tahunan yang dianjurkan secara bergilir-gilir telah bermula sejak tahun 2007 atas initiatif Prof Jong Duk Lee semasa beliau menjadi profesor pelawat di IMEN pada tahun yang sama. Pertemuan kali ini terbahagi kepada dua, iaitu workshop di Pullman Putrajaya dan mesyuarat di kampus UKM pada hari kedua.
Seramai 4 orang profesor dari SNU dan 5 orang profesor KNU telah hadir untuk seminar tersebut di mana semua profesor dan kakitangan IMEN termasuk pelajar siswazah terlibat. Sebanyak 15 hasil penyelidikan dari ketiga-tiga buah universiti dari Korea dan Malaysia(UKM) telah dibentangkan.
Seminar bersama ini yang telah bermula pada tahun 2007, bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan penyelidikan masing-masing. Walau pun Malaysia tidak semaju Korea, di mana penyelidikan mereka agak terkehadapan kerana fasiliti penyelidikan dan tenaga akademik yang sangat baik, tetapi dalam beberapa perkara tertentu hasil penyelidikan kita juga tidak kalah dengan mereka. Ini diakui sendiri oleh profesor Kim dari SNU apabila salah seorang profesor kita mengatakan Korea adalah terlalu maju untuk kita bekerjasama. Prof. Kim mengatakan apa yang dia lihat dari pembentangan kita dan kualiti presentasi, kita sebenarnya juga melakukan penyelidikan yang terkini dalam bidang yang dilakukan mengikut niche. Setelah empat kali seminar diadakan sama ada di Malaysia atau di Korea, mereka nampaknya sangat serius dan tidak menganggap kita tidak setaraf dengan mereka. Walaupun kadang-kadang kita merasakan merek datang untuk ambil kesempatan bermain golf, tetapi, kali ini tiada seorang pun yang mahu bermain golf. Mereka datang semat-mata untuk berseminar, dan habis seminar terbang pulang ke Korea. Semuanya ditanggung sendiri oleh mereka. Apa yang mereka bentang bukanlah perkara yang sekadar untuk bentang sahaja, mereka membentangkan apa yang mereka buat sekarang.
Prof. Shin dari KNU dan pertama kali datang ke UKM mencadangkan untuk tanda tangan MOU dengan IMEN. Tetapi, sebenarnya kita telahlah pun tandatangan LOI pada tahun 2007 semasa melawat KNU atas permintaan saya, masa itu beliau bukan pengarah Pusat penyelidikan di KNU.
Tahun hadapan, 2011, SNU akan menjadi tuan rumah untuk seminar bersama yang ke lima. Prof. Kim selaku Pengarah ISRC, SNU sudah pun mencadangkan tarikh iaitu pada bulan Oktober di Seoul, Korea Selatan.
Kita seharusnya menghargai komitmen Korea untuk terus berminat menjalin hubungan penyelidikan dan akademik dengan UKM dalam bidang nanoteknologi khususnya MEMS dan nanoelektronik yang mereka semangnya champion. Aktiviti sebegini harus diteruskan walau pun saya tidak lagi menjadi pengarah kerana kita dapat mengukur kemajuan kita di samping menjadikan Korea model untuk diikuti. Saya melihat hubungan kerjasama dengan Korea dari sudut hubungan dua hala yang sangat penting dan ini selari dengan pakatan diantara Perdana Menteri Najib dan Lee Myung Bak Presiden Korea Selatan yang dinyatakan di Putrajaya seminggu sebelum seminar berlansung.

Saturday, December 25, 2010

Asia Nano Camp di UKM dan Asia Nano Summit di Hanoi

Asia Nano Forum(ANF) dianggotai oleh kebanyakan negara-negara Asia. Oleh sebab organsiasi ini bukanya organisasi politik, iaitu lebih kepada kegiatan dalam bidang nanoteknologi di Rantau Asia. Penggunaan nama negara digantikan dengan sektor ekonomi. Ini untuk membolehkan wakil dari Taiwan dan China turut terwakil. Wakil dari setiap sektor ekonomi adalah, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, India, Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan, China dan Abu Dabi. Buat masa ini sekretariat ANF adalah di Singapura.
Salah satu aktiviti yang melibatkan setiap negara ekonomi adalah Asia Nano Camp(ANC) yang diadakan pada negara ekonomi yang terpilih. ANC merupkan aktiviti pendedahan untuk saintis muda dalam bentuk penglibatan dalam penyelidikan masing-masing, lawatan, seminar dan sebagainya, yang biasa mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu. Pada tahun 2008 di Jepun, 2009 di Taiwan dan pada tahun 2010 gabungan antara Malaysia dan Singapura. Pada 11 Oktober 2010 UKM telah menjadi salah satu organisasi untuk dilawat oleh peserta Asia Nano Camp yang terdiri dari sainstis muda seramai 40 orang mewakili setiap sektor ekonomi Asia. IMEN selaku tuan rumah telah mengatur aktiviti dan taklimat mengenai nanoteknologi di UKM khususnya IMEN.











Selepas UKM, peserta ANC juga melawat UM, MIMOS, UPM, Malaysia Genome Institute dan akhirnya USM.
Asia Nano Summit Meeting
Pada 9 -11 November Asia Nano Summit Meeting telah diadakan di Hanoi, Vietnam. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua wakil dari semua negara ekonomi Asia, iaitu Vietnam, Korea Selatan, Thailad, Jepun, Iran, India, Australia, New Zealand, Indonesia, Taiwan, China, dan Singapura yang juga merupakan sekretariat ANF. Malaysia di wakili oleh saya sendiri dan Dr. Teh dari MIMOS. Dalam mesyuara tersebut setiap wakil ekonomi akan melaporkan aktiviti nanoteknologi di setiap negara masing-masing. Saya mewakili Malaysia menggantikan Prof. Dr. Halimaton Hamdan melaporkan perkembangan nanoteknologi di Malaysia. Sebelum Asia Nano Summit, Hanoi juga merupakan tuan rumah bagi "5th East Asia Summit" yang dihadiri oleh Dato' Sri Najib. pada 5 Oktober.
Pertama kali menjejakkan kaki di Hanoi, saya merasakan taraf hidup di sana sama seperti di Malaysia 30 tahun dahulu. Jalan raya dipenuhi dengan motosikal, dan tiada peraturan. Keadaan udara berdebu dan berbau asap, maka memakai topeng muka merupakan pemandangan biasa. Tetapi, tidak bermakna mereka tidak terdedah kepada teknologi moden, cuma penguat kuasaan peraturan tidak begitu tegas seperti negara-negara maju.
Walau bagimanapun penglibatan dari segi penyelidikan, terutama bidang ilmu baru seperti nanoteknologi, Vietnam tidak mahu ketinggalan, malah dalam setengah hal lebih baik dari kita. Mereka mempunyai tenaga akademik yang ramai dan berkualiti. Summit tersebut diadakan sempena "The 5th International Workshop on Advanced Materials Science and Nanotechnology (IWAMSN2010)", 9 -n12 November 2010. di Universiti Teknologi Hanoi.

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Kemerdekaan dalam Bulan Ramadhan: Staf IMEN sambut lebih awal

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Bulan Ogos disebut sebagai bulan kemerdekaan yang sambutannya telah pun bermula sehinggalah ke tarikh keramat 31hb Ogos 2010. Pada tahun ini dan tahun lepas hari kemerdekaan jatuh dalam bulan puasa. Oleh itu sambutannya agak sederhana.
IMEN telah pun menyambut bulan kemerdekaan pada 5 Ogos sekaligus dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Oleh sebab saya juga dilahir pada bulan Ogos maka saya mengambil kesempatan untuk turut meraikan lebih awal dengan menyumbang kek harijadi yang sederhana, kecil tetapi impaknya besar. Memang saya tidak mahu menggunakan peruntukan pejabat untuk tujuan ini, iaitu tiada makan dan minum disediakan kerana acaranya cuma sebentar. Tetapi, rupa-rupa beberapa staf yang lain juga turut mengambil peluang untuk menyumbang makanan bagi meraikan hari tersebut termasuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Semua orang telah diberikan bendera kecil yang telah dibeli oleh salah seorang staf tanpa disuruh. Ketika itu UKM belum lagi mengedarkan Jalur Gemilang yang biasanya diedar kepda semua jabatan. Pada 9 Ogos sempena majlis penutup Pesta Konvokesyen, jalur Gemilang telah diedarkan.
Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negara Ku, Ucapan Pengarah mengenai perkembangan IMEN, persembahan video IMEN yang dibuat sendiri oleh pelajar IMEN pada tahun 2004 (boleh dimuat turun dari homepage IMEN http://www.ukm.my/imen) dan seterusnya kesemua orang menyanyikan lagi patriotik WAWASAN 2020, Kerana Mu Malaysia dan Jalur Gemilang. Staf yang tidak faham Bahasa Malaysia juga turut bersama menyanyi dengan lirik yang diberikan. Begitulah semangat yang telah ditunjukkan oleh staf IMEN, walaupun kecil tetapi semangatnya kuat.




Monday, July 26, 2010

Seminar bersama IMEN-LIPI ke-4

Kepada pengunjung blog BUHANUDDIN YEOP MAJLIS saya mengucapkan selamat bersua kembali setelah sekian lama blog ini tidak dikemas kini. Sebenarnya banyak perkara yang saya update dalam facebook dan tak sempat untuk berkongsi informasi di sini. Untuk kali ini saya ingin memaparkan aktiviti tahunan IMEN. Sebelum bulan puasa tahun lepas seminar bersama dengan LIPI Indonesia telah diadakan di Bali dan tahun ini giliran Malaysia pula menganjurkan seminar tersebut iaitu kali yang keempat.
Kali ini kita telah memilih Pullman hotel di Putrajaya sebagai tempat seminar. Seramai tujuh orang dari LIPI telah hadir manakala IMEN dihadiri oleh kesemua felo dan sebahagian pelajar siswazah IMEN. Berikut adalah foto-foto sepanjang seminar tersebut di Pullman Putrajaya berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
















Diakhir seminar telah diadakan perbincangan meja bulat untuk membincangkan projek kerjasama di antara IMEN dan Pusat Penelitian Elektronika dan Telekomunikasi (PPET), LIPI.
Adalah diharapkan kerjasama ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan serumpun yang saling membutuh. Sebanyak 12 kertas kerja teknikal telah dibincang seperti dibawah,

Wednesday, April 21, 2010

Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)

Jam 4 petang hari Khamis 8 April saya diberitahu bahawa seorang wakil Pejabat Setiusaha Kerajaan Perak datang ke makmal IMEN di bangunan Fakulti Kejuruteraandan Alam Bina untuk menyampaikan surat yang tidak diketahui apa isinya dan ditujukan kepada saya. Pada masa itu saya berada di Pejabat baru IMEN di MTDC-UKM. Rupanya surat tersebut adalah surat daripada SUK Perak yang menyatakan bahawa Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan telah memperkenankan untuk menganugerahkn Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak(DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Untuk menerima anugerah tersebut saya dijemput hadir ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk istiadat penerimaannya sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang ke 82 pada 19 April 2010 bersamaan 4 Jamadilawal 1431H.
Saya amat menghargai anugerah tersebut lantas memberi jawapan setuju dan terus menyiapkan pakaian istiadat bagi pegawai Kerajaan, iaitu No. 1 dress yang terpaksa disiapkan dalam tempoh seminggu. Setelah puas mencari tailor yang boleh membuatnya akhir terjumpa TUM Tailor di Bandar Baru Bangi yang boleh membuatnya. Tidak semua tailor boleh membuatnya kerana dipakaian tersebut mempunyai butang-butang dan aksesori tertentu.
Sehari sebelum hari penganugerahan kesemua penerima mesti menghadiri raptai di Balai Rong Seri supaya istiadat penganugerahan berjalan lancar dan penuh tertib. Oleh tu saya terpaksa datang sehari awal ke Kuala Kangsar Bandar Diraja. Kali terakhir saya ke sana ialah pada tahun 1993. Saya mengambil kesempatan untuk melawat sekitar Istana termasuk Galeri Sultan Azlan, Masjid Ubudiah dan Istana Kenangan. Istana Iskandariah cukup cantik dan kemas.
Keesokan hari iaitu 19 April 2010, saya dan isteri ke Istana jam 7.45 pagi tetapi parking didalam kawasan Istana sudah penuh dan terpaksa parking sedikit luar dari kawasan istana.Kesemua penerima danpengiring terus ke Balai Rong Seri menunggu acara seterusnya.
Atur cara pada pagi tersebut dibahagika kepada tiga, iaitu Istiadat Mengadap Sembah Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan.
Penerima pertama ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin yang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (S.P.S.A.) yang membwa gelaran Dato' Seri Diraja.
Penerima Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) 1 orang iaitu Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara, Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) seramai 4 orang, Seri Panglima Taming sari (S.P.T.S.) seramai 3, termasuk Tan Sri Ismail Omar Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) seramai 7 orang,
Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) berjumlah 48 orang. Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) seramai 3 orang, Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) seramai 13 orang, Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) seramai 64 orang, Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.) seramai 27 orang, Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) seramai 218 orang, Jaksa Pendmai (J.P.) seramai 13 orang, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) seramai 255 orang, P.J.K. 253 orang dan Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.) seramai 7 orang. Selepas acara penganugerahan, semua penerima dititahkan mengadap untuk bersalaman dan berbual ringkas dengan Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Dr. Nazreen serta Duli YTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim Davidson, Raja DiHilir Perak dan Menteri Besar.
Daripada 48 penerima DPMP, hanya tiga penerima anugerah dari kalangan profesor kelahiran Perak, iaitu dari UiTM Seri Iskandar, Universiti Malaya dan saya sendiri dari UKM. Penerima lain yang diantaranya ialah YB Hee Yit Foong (bekas ADUN DAP yang menjadi ADUN Bebas), M. Karathu (bekas jurulatih bola sepak Perak). Cikgu Ismail Hasbollah bekas ADUN Bota yang juga adalah rakan seperjuangan abang saya Allahyarham Dato' Ahmed Hambal Yeop Majlis bekas Ketua Bahagian UMNO Parit.
Di sebelah malamnya majlis Santapan Diraja diadakan di Dewan Santapan Istana Iskandariah yang berakhir jam 11.00 malam. Selepas itu selesailah segalanya dan dikeesokan harinya pulang ke Kuala Lumpur membawa pulang Darjah Kebesaran dengan gelaran Dato', sesuatu yang tidak dikejar dan terfikir sebelum ini tetapi dianugerahkan oleh pihak Istana Negeri kelahiran saya, Perak Darul Ridzuan. Menjunjung Kasih Tuanku. Terima kasih UKM atas pencalonan. Syukur Alhamdulillah.