Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, February 21, 2009

Joging Santai di Taman Cempaka Bangi

Bandar Baru Bangi mempunyai satu taman yang dibina untuk tujuan riadah. Joging track yang baik yang mencukup dan menarik untuk mengeluarkan peluh, tempat untuk buat senaman poco-poco dan juga tai chi. Kalau tak mahu joging, santai pun boleh, kadang-kadang ada pertandingan memancing. Berjoging di situ ada kemungkinan akan bertembung dengan staf UKM, bekas Pendaftar UKM Hj. Baharudin Alang Ishak yang walaupun sudah berusia hampir 70 tahun tapi masih berlari dengan laju, Prof. Dato' Dr. Yusof Othman dan ramai yang lagi.
Kedudukan Taman Cempaka adalah cukup strategik kerana berdekatan dengan kemudahan awam seperti perpustakaan awam dan pusat beli belah. Bagi kanak-kanak yang paling seronoknya Mc Donald seolah terletak dalam taman, jadi kalau nak ajak pergi joging boleh cakap pergi Mc Donald. Walaupun ada kempen-kempen nak boikot Mc Donald tapi kanak-kanak dan kadang2 opah tak faham perkara itu.
Itulah sedikit gambaran tentang pembangunan Bandar Baru Bangi yang berkembang pesat yang dibangunkan sebagai Bandar Ilmu. Kalau 25 tahun dahulu orang Bangi tak mengaku dia dari Bangi sebaliknya dia kata, datang dari Kajang sebab semua orang tahu sate kajang. Sekarang orang Kajang pula akan kata dia datang dari Bangi (sebenarnya Bandar Baru Bangi), sebab Bangi sudah dikenali sehingga peringkat antarabangsa melalui UKM. Di Bangi, terletaknya rumah BYM, UKM, Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR), Maktab Perguruan Islam, Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, UNITEN, ILKAP, NIOSH bersebelahan dengan UPM, MARDI, PORIM, Putrajaya, MMU, USIM dan hanya setengah jam ke KLIA.

Friday, January 16, 2009

Aida Juara Gadis Melayu

Pencarian siapa yang akan dinobatkan sebagai Gadis Melayu telah terjawab semalam apabila Khairul Noormaidah Zali atau lebih senang dengan panggilan Aida terpilih sebagai Gadis Melayu anjuran TV9. Penampilan dan kepetahannya menjawab soalan Prof. Dato' Nik Sapiah dengan dimulai dengan pantun memang memukau. Sebelum keputusan memang saya sudah memberikan kemenangan. Sebenarnya saya buka TV9 secara kebetulan dan ternampak mukanya. Saya memang tak tahu rancangan tersebut. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepadanya dan kedua ibu bapa beliau.
Sebenarnya Aida adalah anak kepada anak saudara saya Yamani binti Yahya dan Zali. Dari segi pangkat Aida merupakan cucu saudara iaitu datuknya Yahya Yeop Majlis merupakan abang saya yang belum tua lagi! (baru ~75).