Showing posts with label Tenaga dalam. Show all posts
Showing posts with label Tenaga dalam. Show all posts

Thursday, September 25, 2008

Aura









Serba sedikit mengenai warna-warna aura. Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.
Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Sunday, August 17, 2008

Persiapan Payung 8 Sinar Putih

Saya telah dinaikan ke tingkat Persiapan Payung 8 (PP8) pada 16 Ogos 2008 setelah berada pada tingkat PP7 selama 5 bulan. Jurus ini terdiri dari PP3, PP7 membentuk segitiga dan PP4 diikuti dengan jurus kunci, dan ditutup dengan PP5.

Sunday, January 13, 2008

Persiapan Payung 6 Sinar Putih

Hari Rabu yang lepas 9/1/08 dinaikkan ke tingkat persiapan payung 6 (PP 6) setelah 7 bulan di buka untuk tingkat Persiapan Payung pada 27/5/07. Keseluruhan Persiapan payung ada 15 kesemuanya sebelum ahli Sinar Putih berada pada Tingkat Payung.

Tingkat Sinar Putih
  • Dasar kasaran: Jurus 1 sehingga 10 (Tali pinggang Putih)
  • Tingkahan 1, (Tali pinggang Putih)
  • Tingkahan 2, (Tali pinggang Putih)
  • Tingkahan 3, (Tali pinggang Putih)
  • Halus Dasar, (Tali pinggang Kuning)
  • Halusan Tingkahan 1, (Tali pinggang Kuning)
  • Halusan Tingkahan 2, (Tali pinggang Kuning)
  • Halusan Tingkahan 3, (Tali pinggang Kuning)
  • Persiapan Pantek, Pantek, (Tali pinggang Kuning)
  • Mahdi, (Tali pinggang Biru)
  • Persiapan Syahbandar, Syahbandar, (Tali pinggang Coklat)
  • Syahbandar Rangkap, (Tali pinggang Coklat)
  • Persiapan Payung (1 hingga 15), (Tali pinggang Hitam)
  • Payung dan lain-lain.....(Talin pinggang Hitam)
Jurus gerak PP1: Jurus 10(dasar kasaran), jurus 2(dasar kasaran), jurus 4(payung), jurus 3(dasar kasaran)
Jurus gerak PP2: Jurus 7(payung), jurus 7(payung), jurus 4 (payung), jurus 3(dasar kasaran)
Jurus gerak PP3: Jurus 9(payung), jurus 9(payung), jurus 6(dasar kasaran), jurus 3(dasar kasaran)
Jurus gerak PP4: Jurus 8(dasar kasaran), jurus 8(dasar kasaran), jurus 6(dasar kasaran), jurus 3(dasara kasaran)
Jurus gerak PP5: Jurus 10(dasar kasaran), Jurus 2(dasar kasaran), jurus 4(payung), jurus 6(dasar kasaran)
Jurus gerak PP6: Jurus 8(kunci), Jurus 9(kunci), jurus 9(balik), disetai jurus 7, jurus 8(kunci), jurus 3 balik(kunci).

Wednesday, January 9, 2008

Ilmu Pernafasan


Ilmu pernafasan memiliki pengaruh luar biasa terhadap kesihatan. Dengan mengolah pernafasan secara tepat dan rutin maka berbagai macam penyakit dapat diubati dengan sangat cepat. Pernafasan yang dalam selama 60 saat dapat menenangkan jiwa dan raga dan mengepam O2 (oksigen) untuk mempertahankan tenaga ke otak dan otot-otot kita. Menurut ahli fisiologi jiwa dan raga ; sebagian besar dari kita melakukan pernafasan dangkal melalui otot dada dgn tidak terjadi pernafasan secara mendalam dan efisien di dalam paru-paru yg menyebabkan terjadinya pertukaran antara O2 yg masuk dan CO2 (karbon dioksida) yg keluar. Saat menarik dan menghembuskan nafas mendalam dari perut akan terjadi aliran darah yg mengandung O2 melalui sistem kardiovaskular untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru dan mengantarkan tambahan nutrien untuk otot-otot yg bekerja.
Berbagai penyakit fisik yang sudah terbukti dapat diubati dalam waktu sangat cepat melalui latihan pernafasan ini antara lain penyakit asthma, alergi, gastrik, darah tinggi, darah rendah, jantung, kolesterol tinggi, kencing manis (diabetes mellitus), gula, kencing batu, buah pinggang, hati, ambeien, sinuitis, migrain, vertigo, lemah syahwat, sering masuk angin, pegal-linu, cepat lelah, cepat tersinggung, mudah marah, dan berbagai penyakit fisik lainnya
Disamping itu dengan mengikuti latihan pernafasan yang rutin, emosi menjadi lebih terkawal, sehingga orang yang pemarah maupun yang mudah tersinggung akan menjadi lebih sabar. Demikian juga penyakit stress akan hilang dan berubah menjadi rasa percaya diri dan bahagia.
Sedangkan bagi yang sudah sihat, dengan mengikuti latihan pernafasan akan meningkatkan daya tahan tubuh dan meningkatkan produktivitas kerja. Bahkan dengan mengikuti latihan pernafasan ini, kita akan terbebas dari kebiasaan dan ketergantungan memakai ubat-ubatan.

Friday, January 4, 2008

Inti Udara (Chi)

Inti dari latihan pernafasan adalah menarik tenaga yg ada di alam semesta ini sebanyak-banyak ke dalam tubuh kita agar boleh dimanfaatkan secara optimal. Teknik pernafasan yang dimaksud disini adalah sebenarnya sasarannya adalah menghimpun inti udara, atau yg sering disebut prana, Ki kata orang Jepun, Chi kata orang China. Inti hawa atau prana ini bersatu dengan oksigen dan banyak sekali terdapat disekitar kita. Diantaranya ada yg disebut prana Matahari, adalah prana yg berasal dari sinar matahari. Prana ini menyegarkan seluruh tubuh dan memberikan kesihatan yg baik. Prana ini boleh kita peroleh dgn menyerap cahaya atau berjemur di sinar matahari. Prana Udara adalah prana yg terkandung di dalam udara atau butir-butir vitalitas udara. Prana udara diserap oleh tubuh dengan cara bernafas. Prana Bumi, prana yg terkandung di dalam bumi, prana ini diserap oleh tubuh melalui telappak kaki. Berjalan dengan tanpa alas kaki akan memperbanyak menyerap prana bumi ke tubuh. Beberapa pohon tertentu (seperti pohon yg rendang dan besar serta subur) memancarkan sebagian besar kelebihan prananya. Orang yg kepenatan bila beristirahat dibawah pohon akan cepat segar kembali.

Wednesday, January 2, 2008

Tenaga Dalam

Setiap manusia memiliki tenaga dalam. Manusia memiliki unsur kimia tubuh iaitu ATP yang dapat berubah menjadi tenaga melalui proses metabolisme tubuh. Tenaga yang dihasilkannya sangat melimpah ruah, bahkan menjadi kekuatan yang luar biasa apabila manusia biasa sedang dalam keadaan tertentu misalnya panik, tidur jalan, trance, atau terhipnotis. ATP juga berfungsi sebagai tenaga cadangan, misal setelah lelah berolahraga, dengan beristirehat sejenak maka tenaga akan pulih kembali. Tenaga yang dihasilkan oleh ATP dalam kehidupan sehari-hari hanya berfungsi sebanyak 2,5% saja yang telah cukup untuk menghasilkan panas tubuh, proses metabolisme, mengaktifkan kimia tubuh, menjalankan alat pencernaan, dan aktiviti organ tubuh lainnya. Sedangkan yang 97,5% lainnya masih tersimpan sebagai energi cadangan.

Dengan latihan yang tekun, kita akan dapat membangkitkan, mengendalikan, dan memanfaatkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk berbagai macam keperluan. Contohnya adalah bagaimana memanfaatkan tenaga dalam untuk menghancurkan batu tebing yang keras.

Bagaimana proses udara merangsang tenaga dalam? Ketika udara dihisap secara normal, oksigen hanya digunakan sebatas membantu lancarnya peredaran tubuh, melancarkan metabolisme tubuh, dan menbekal otak dengan kadar yang cukup. Selain itu juga merangsang energi untuk menghidupkan aktiviti tubuh, dalam batasan yang sangat sedikit, hanya cukup untuk menggerakan tubuh secara normal. Dan untuk membangkitan tenaga cadangan (tenaga dalam) diperlukan oksigen yang banyak dan efektif. Satu-satunya jalan adalah dengan mengubah taktik pernafasan biasa menjadi pernafasan yang khusus, iaitu dengan mengoptimalkan oksigen yang masuk jangan sampai banyak yang terbuang, sedangkan untuk bagian lain harus seimbang. Untuk membangkitkan energi tersebut secara cepat, oksigen harus diputarkan keseluruh tubuh secara cepat pula, sedangkan sisa pembakaran (CO2) harus dibuang secara cepat. Apabila tenaga dalam telah bangkit, akan terasa berupa hawa panas atau dingin sesuai dengan cara berlatih. Wajar bila orang yang memiliki tenaga dalam yang besar, tubuhnya akan kuat dan boleh jadi kebal terhadap segala jenis benturan, senjata, penyakit dan segala gangguan medis dan non-medis, hal ini terjadi dengan adanya energi yang lebih pada tubuh seseorang, sel-sel tubuhnya akan semakin padat dan searah, sehingga membuat tubuh menjadi padat.