r dari negara maju Austria yang bertugas sebagai profesor di IMEN. Prof. Dr. Ille Gebeshuber adalah seorang profesor dari Vienna University of Technology Institut für Allgemeine Physik &Austrian Center of Competence for Tribology sekarang bertugas sebagai profesor kontrak di IMEN dalam bidang fizik nanoteknologi dan biomimetik. Beliau menjadi staf UKM untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Prof. Ille Gebeshuber is number 10 in the category Science&Research in the Ranking of the 333 most important women in Austria.Friday, February 27, 2009
Di Persada Antarabangsa
r dari negara maju Austria yang bertugas sebagai profesor di IMEN. Prof. Dr. Ille Gebeshuber adalah seorang profesor dari Vienna University of Technology Institut für Allgemeine Physik &Austrian Center of Competence for Tribology sekarang bertugas sebagai profesor kontrak di IMEN dalam bidang fizik nanoteknologi dan biomimetik. Beliau menjadi staf UKM untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Prof. Ille Gebeshuber is number 10 in the category Science&Research in the Ranking of the 333 most important women in Austria.Saturday, February 21, 2009
Kilauan Emas dan Perak di Malaysia Technology Expo(MTE2009)

BYM, Mohd Ramdzan dan Norazreen
2. Micropump for Precise Liquid Handling - Gold
BYM, Juliana Johari, Jumril Yunas dan Azrul Azlan Hamzah
3. MEMS Tactile Pressure Sensor Array for Finger print Imaging - Silver
BYM, Mitra Damghanian
4. MEMS Speaker for Hearing Aids - Silver
BYM, Fatima Lina Ayatollahi
ngsangkan kesemua pelajar (MSc dan PhD) di bawah penyeliaan saya sedang berada dalam semangat serta motivasi yang tinggi. Joging Santai di Taman Cempaka Bangi
Negeri Perak berusaha menjadi terus popular
Thursday, February 5, 2009
Perak negeri paling popular tahun 2009
gara yang menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada tahun 1983. Anakanda baginda Raja Dr. Nazrin yang merupakan Raja Muda Perak mempunyai ijazah PhD. Raja Dr. Nazrin mempunyai ijazah bacelor dalam bidang Philosophy, Politics and Economics dari Oxford University, ijazah Master dalam Public Administration dari Kennedy School of government, Harvard; and Ph.D in Political Economy and Government from Harvard University.
uga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi apabila Dato Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada 3.30 petang hari Jumaat 6 Februari 2009 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Dato' Dr. Zambry mempunyai ijazah bacelor ekonomi,
Master dalam pengajian Islam dan PhD dalam bidang ekonomi politik. Dato Dr. Zambry merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor tempat di mana perjanjian Pangkor ditanda tangani.Sunday, February 1, 2009
Fakulti Kejuruteraan UKM berusia 25 tahun
Selamat datang ke Majlis Makan Malam yang ke empat
Yang dihadiri oleh tetamu-tetamu hebat
Mewakili universiti, industri dan juga pejabat
Yang datang dari jauh dan dekat
Kerana jalinan hubungan sudah terikat
Kita lupakan pangkat dan juga darjat
Tidak seperti kitika di pejabat
Supaya hubungan menjadi rapat
Semoga semuanya mendapat berkat
Majlis makan malam kegiatan tahunan
Usahan Fakulti menjadi kebanggaan
Kejayaan pelajar dan kakitangan mendapat pengiktirafan
Kehadiaran tuan/puan sangat dialukan
bukan sekadar untuk makan
tetapi untuk meraikan mahasiswa dan graduan kejuruteraan
serta kakitangan yang cemerlang dan yang masuk ke alam persaraan
Kejayaan fakulti mengeluarkan graduan
menjadi kebanggaan dan mendapat sokongan
Dari swasta dan juga Kerajaan
Untuk memenuhi impian dan wawasan
tahun 2020 jauh di hadapan
Menjadikan Malaysia Negara Perindustrian
Sebelum impian menjadi kenyataan
terlebih dahulu dibuat persiapan
Di sini peranan Fakulti Kejuruteraan
Jika dipanjang umur dan dijaga kesihatan
dui waktu intu ada yang sudah mennjadi jutawan.
.... dan banyak lagi..
Monday, January 26, 2009
Selamat Tahun Baru Cina: Gong Xi Fa Cai
Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai dengan angka.
TAHUN TIKUS
Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu baik bagi berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi simpan untuk tahun yang datang.
Dapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak mahu berkongsi. Tidak gemerlapan tetapi kuat dan teguh.
TAHUN LEMBU
Tahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh menghilangkan peluang.
KEPERIBADIAN HARIMAU
Bersaing, pemimpin, berani, ghairah.
TAHUN HARIMAU
Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu matlamat dengan garang. Bukan waktu baik bagi berjudi. Berjaga-jaga kemalangan.
KEPERIBADIAN ARNAB
Ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat.
TAHUN ARNAB
Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik bagi hal memperanakkan. Tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berjaga-jaga terlalu turutan kendak dan kelengahan.
KEPERIBADIAN NAGA
Seorang extrovert, berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu di lampu tumpu.
TAHUN NAGA
Waktu baik bagi rancangan boros dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-gala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.
KEPERIBADIAN ULAR
Halus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai memungut maklumat and mengunakannya dengan cerdik. Iri hati.
TAHUN ULAR
Tahun gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perundingan rahsia.
KEPERIBADIAN KUDA
Ramah mesra, sportif, gemar bercakap, seorang penzamin (terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966).
TAHUN KUDA
Tahun kestabilan politik dan memperkuatkan posisi anda. Perjalanan. Berjaga-jaga untuk pembaziran.
KEPERIBADIAN KAMBING
Tidak mementingkan diri sendiri, penuh kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik.
TAHUN KAMBING
Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan, cinta.
KEPERIBADIAN MONYET
Suka menciptakan hal baru, cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan.
TAHUN MONYET
Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertengkaran politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan mata wang. Baik bagi spekulasi.
KEPERIBADIAN AYAM JAGUH
Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, terus terang. Sering mengambil terlalu tanggunjawab. Lurus hati dan cekap.
TAHUN AYAM JAGUH
Tahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam cinta. Perasaan nasionalis naik dan pelampauan.
KEPERIBADIAN ANJING
Setia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan bagus, sportif, berjuang.
TAHUN ANJING
Tahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik bagi kesihatan.
KEPERIBADIAN BABI
Suka rumah, bersahaja, murah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya.
TAHUN BABI
Tahun baik bagi perhimpunan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan.
Lembu 1937 1949 1961 1973 1985 1997 2009
Wednesday, January 21, 2009
Kenangan bersama Dr. Hajime Takakubo dan di SHONO Lab. Tokyo - IP-PO-IP-PO
Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian saya dalam bidang mikroelektronik sedikit sebanyak adalah berkait rapat dengan Shono Lab. di Sophia University, Tokyo dan juga inspirasi setelah selesai PhD dari Durham University di akhir 1988 di bawah bimbingan Dr. Morant. Sebenarnya saya telah bercita-cita untuk mewujudkan makmal semikonduktor (cleanroom) di UKM selepas mendapat MSc pada 1980 dalam bidang mikroelektronik dari University College of Wales, (sebahagian dari University of Wales).
'Kampai', Takakubo dengan bakal isterinya Sakine yang juga merupakan pelajar Prof. Shono semasa meraikan kedatangan kami ke makmalnya di sebuah restoran di Tokyo. (1991)
Pada 1991 saya mendapat peluang ke Jepun di bawa biaya Asian Development Bank(ADB) dan memilih Sophia University setelah berjumpa Prof. Shono di Malaysia ketika beliau menghadiri persidangan anjuran MIMOS. Untuk mewujudkan makmal mikroelektronik, terutama proses adalah terlalu mahal, tetapi Prof. Shono telah berkata kepada saya dalan Bahasa Jepun, "ip-po-ip-po" atau step by step. jadi, apa yang terdapat sekarang adalah kerana ip-po-ip-po, jika tidak saya dah tukar ke bidang lain yang lebih murah untuk menghasilkan paper untuk kerjaya akademik.
Di Sophia University, nama makmal adalah nama profesor, jadi saya bekerja di makmal Shono yang kesemua pelajarnya ada di situ bersamanya. Pada mulanya saya berasa janggal kerana duduk sebilik dengan profesor dan pelajar-pelajarnya. Keadaan di dalam bilik(makmal) tersebut senyap dengan masing-masing bauat kerja sendiri kecuali ada panggilan telefon atau ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Jika ada panggilan telefon hanya research assistant yang merupakan pembantu kepada Prof. Shono yang bercakap, yang lain tak ambil tahu. Apabila Shono pulang atau ada meeting, tidak ada pelajarnya yang akan ke mejanya nak cari rahsia bosnya. Apabila sampai masa minum, tanpa disuruh ada pelajarnya yang sukarela buatkan kopi untuknya. Ketika saya di sana Prof. Shono mancapai usia 59 tahun, yang memeranjatkan secara tiba-tiba terdapat sekumpulan pelajarnya membawa kek harijadi dan mengucapkan selamat harijadi kepadanya dalam upacara yang ringkas. Tidak seperti di sini bila sampai harijadi (jka mereka tahu) biasanya pelajar akan tanya bila nak belanja atau bila nak buat jamuan.
Sebenarnya apa yang nak saya ceritakan di sini ialah berita dukacita iaitu salah seorang pelajar Shono telah mati dibunuh pada 15 Januari 2009. Terdapat beberapa pelajar PhD di bawah Prof. Shono yang saya ingat dan pernah berurusan langsung, yang paling rapat ialah Akihiro Hasegawa, Hajime Takakubo, Akiyama, Katsumasu, Sakine, Phang (dari Vietnam), Chong(dari Taiwan) dan Kang(sebagai Reseach Assistant dari Korea).
Friday, January 16, 2009
Aida Juara Gadis Melayu

Sunday, January 11, 2009
IMEN, UKM dan ISRC, SNU
1. GEC Marconi, 1997
3. Cavendish Lab, Cambridge, UK, 10 September 1999
4. Fabrication Facilities at Southampton University, 13 September 1999
Japan:
1. Shono Laboratory, 1992,1993
2. Semiconductor Laboratory, Osaka University, Japan.1994
3. Semiconductor Laboratory, Kyoto University, Japan. 1994
4. Tokyo Institute of Technology, 2001
5. Niigata Sanyo Electronics Co. Ltd, Japan, 7 August 2003
Germany:
1. Microelectronics Center, Duisburg University, 2004
2. Fraunhufer Institute, 2004
Holland
1. Delf Institute of Microtechnology, 2004
Switzerland:
1. Institute of Microtechnology, University of Newchatel, Switzerland, 1995
Korea
1. Intervarsity Semiconductor Research Centre(ISRC), National Seoul University, Dec 2004
2. Kyungpook National Seoul University, August 2007
Taiwan:
1. Micro/nano Fabrication Center, National Cheng Kung University, Tainan, 2002
2. Wing Semiconductor, 2005
3. Microelectronics Centre, National Chiao Tung University, 2005
Singapore:
1. Centre for Integrated Circuit Failure Analysis and Reliability, NUS, ,Nov 1991.
2. Microelectronic Centre, Nan Yang Technological University, Singapore, July, 1997
3. IMRE, 2001
4. Institute of Bioengineering and Nanotechnology(IBN), Singapore, 6 Dec 2007.
Bersama Prof. Lee dan Pengarah Institute of New Media and Communication Prof. Kwang Bok Lee
Bersama Pengarah Institute of Molecular Biology and Genetics A.P Dr. Junho Lee
1. Inter-University Semiconductor Research Center(ISRC)
2. Research Institute of Engineering Science
3. Center for Advanced Material Research
4. Automation and Systems Research Institute
5. Research Institute of Advanced Computer Technology
6. Institute of Advanced Machinery and Design
7. Institute of New Media and Communications
8. Research Institute of Energy and Resources
9. Research Institute of Marine Systems Engineering
10. Institute of Chemical Processes
11. Institute of Advanced Aerospace Technology
12. Advanced Institute of Convergence Technology
13. Integrated Research Institute of Construction and Environmental Engineering
14. Advanced Automotive Research Center
Terdapat 7 PKP bagi kelompok Sains Tulen iaitu,
1. Research Institute of Basic Sciences
2. Institute of Molecular Biology and Genetics
3. Research Institute of Oceanography
4. Center for Theoretical Physics
5. Institute of Microbiology
6. Research Institute of Mathematics
7. Korea Bio-MAX Institute
Kebanyakan PKP in mempunyai bangunan sendiri, tetapi terdapat juga yang hanya terdiri dari pengarah dan setiausaha sahaja di mana para penyelidiknya datang dari fakulti semuanya. Tetapi kebanyakan PKP darai bidang sains dan kejuruteraan mempunyai bangunan sendiri dan mempunyai peruntukan yang besar. ISRC merupakan PKP yang paling besar dan termahal kerana mempunyai kemudahan tercanggih.
ISRC yang diasaskan oleh Prof. J.D. Lee pada tahun 1985 dibangunkan untuk menjadikan pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik antara universiti yang pertama di SNU dan Korea. Mikroelektronik merupakan bidang yang memerlukan peralatan - peralatan yang canggih dan kritikal. Untuk sesuatu makmal fabrikasi semikonduktor memerlukan banyak peralatan yang khusus dan mesti di tempatkan di dalam cleanroom iaitu makmal bebas habuk dan prasarana lain seperti air ternyah ion (deionized water) dan sistem gas yang sangat khusus. Adalah tidak murah untuk mempunyai makmal sebegini dan biasanya tidak semua universiti mampu mempunyainya.Kemudahan ini dibangunkan dengan kos dalam julat ratusan juta ringgit. Dari segi kecanggihan makmal, di Malaysia hanya MIMOS yang mempunyai kemudahan hampir seperti ISRC tetapi sayangnya MIMOS tidak bersifat penyelidikan diawal penubuhannya. Ini kerana semasa ditubuhkan Malaysia tidak memunyai foundri pemprosesan semikonduktor, yang ada cuma industri pempakejan bagi IC yang diproses di US atau Jepun. ISRC mendapat kerjasama dari industri semikonduktor di Korea yang banyak memberikan dana. Samsung merupakan industri yang paling besar memberikan dana penyelidikan sehingga mempunyai bangunan tersendiri di dalam ISRC. Prof. J.D. Lee telah mewujudkan anugerah penyelidikan dan sokongan penyelidikaj kepada profesor dan kakitangannya. Beliau telah menggunakan wang gajinya untuk anugerah tersebut bagi membeli emas bernilai W15,000, 000 atau RM40,000 setahun.
Untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan, pihak universiti memberikan bajet kepada institut-institut mengikut keperluan masing-masing. Oleh sebab ISRC dibangunkan bukan sahaja untuk SNU, universiti lain di Korea boleh menghantar resepi mereka untuk diproses di ISRC dengan membayar yuran pemprosesan. Adalah jauh lebih murah bagi sesuatu universiti membayar yuran pemprosesan daripada mempunyai kemudahan makmal yang lengkap.
ISRC mempunyai empat pusat penyelidikan lagi iaitu, Microsystem Technology, Display Technology, System Engineering Design, dan Nano Bioelectronics and System. Keempat-empat pusat ini mempunyai ketuanya dan makmal masing-masing, tetapi untuk tujuan proses kesemuanya akan menggunakan kemudahan fabrikasi yang sama. Terdapat pusat yang besar dan yang kecil bergantung pada aktiviti dan dana penyelidikan masing-masing. Display technology misal mempunyai bangunan sendiri di ISRC kerana mendapat sumbangan dari Syarikat Samsung. Sebahagian dari cleanroom dipunyai oleh Microsystem Technology (MEMS) disamping mempunyai makmal lain yang bukan cleanroom di ISRC dan juga di fakulti.
Kelihatan seolah-olah, ISRC adalah sama seperti IMEN di UKM tetapi mereka jauh lebih besar. Semasa penubuhan IMEN di akhir 2002 saya belum kenal lagi tentang ISRC, jadi IMEN tidak meniru ISRC, cuma kebetulan sahaja mempunyai kesamaan. Bezanya ISRC mendapat sokongan dari pihak industri dan Kerajaan Korea. Sedangkan IMEN tiada sokongan kewangan industri kerana di Malaysia kebanyakan industri elektronik bukan hak milik Kerajaan. IMEN juga tidak mendapat sokongan kewangan yang khas dari Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membolehkan kemudahan dikongsikan dengan universiti lain seperti di ISRC. IMEN dibangunkan dengan peruntukan penyelidikan yang diusahakan sendiri oleh beberapa profesor khususnya saya sendiri yang mendapat dana besar dari Telekom Malaysia dan dana penyelidikan yang besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebanyak RM38 juta bagi membangunkan penyelidikan MEMS yang pertama di Malaysia. Boleh saya katakan di sini aktiviti mikroelektronik di UKM sebenarnya telah mendapat pengiktirafan dari bahagian R&D Telekom sejak 1994 daripada industri elektronik multinasional.
Malaysia boleh mempelajari pengalaman dari Korea untuk menjadi satau atau dua universiti sebagai pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik(nanoelektronik) dengan sokongan kewangan tetap untuk membolehkan IPTA lain turut mempunyai ekses seperti di Korea, Jepun, Taiwan. MIMOS akan terus sebagai institusi penyelidikan yang melihat keperluan pasaran sahaja.
Wednesday, December 31, 2008
Mengakhiri Tahun 2008 di Seoul
Saturday, December 27, 2008
Makan malam di rumah Prof. Lee Seoul
Makan-makan di rumah Prof. Lee
Thursday, December 25, 2008
Profesor Pelawat di Seoul National University, Korea
Di samping itu saya juga mempunyai projek yang perlu dilaksanakan di ISRC yang merupakan penyelidikan di IMEN. Untuk itu turut berada di ISRC ialah dua staf IMEN iaitu Mimiwaty dan Hanas untuk mendalami proses yang turut dilakukan di IMEN. Mereka cukup berbangga kerana dapat masuk ke cleanroom ISRC untuk besama engineer di sini melakukan proses kerana tidak semua oarang luara SNU dibenarkan masuk bekerja di cleanroom mereka.
Di SNU saya turut memberikan seminar bertajuk "Research and Bussinees Oportunities in MEMS and Nanotechnology in Malaysia" yang di adakan di Dewan kuliah di ISRC yang diber nama Doyen Hall sempena nama nama jolokan kepada Prof. Lee yang merupakan pengasas ISRC. Sebenarnya semasa saya melawat ISRC pada tahun 2004, Prof. Lee menunjukkan dewan tersebut, dan beliau berkata "one day you will give talk here." masa itu saya rasa agak kerdil berbanding aktiviti meeka dan tidak membayangkan ianya akan berlaku, dan pada 23 Disember saya telah memberikan ucapan di dewan tersebut.
Saya juga sempat berjumpa dengan beberapa pengarah research center di SNU yang mempunyai hampir 100 research center dalam berbagai bidang yang mana ISRC merupakan yang terbesar dan mendapat peruntukan dari Kerajaan.

