Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Eidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya EidilFitri meraeikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Latihan selama sebulan diharap dapat diteruskan di masa-msa seterusnya. Sempena itu saya mengambil kesempatan ini mohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog ini. Mungkin terdapat kata-kata yang menyinggung dalam tulisan saya sesungguhnya itu adalah luahan isi hati dan pandangan saya secara ikhlas, bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan orang lain. Tetapi adat hidup di dunia memang ada yang tersinggung dan menyinggung. Jika ada yang tersinggung harap maaf.
Saya akan pulang ke Parit, Perak selama dua hari, dan kembali ke Kuala Lumpur untuk berhariraya dengan keluarga di sini dan ibu saya Habsah binti Tain yang tinggal bersama kakak Asma Yeop Majlis di Ulu Klang. Selamat Hari Raya juga kepada seluruh ahli keluarga terutama yang tingggal di Kuala Lumpur dan Parit.

Saturday, September 12, 2009

Kyung Ju, Korea Selatan pada 3 Hari Raya

InsyaAllah saya akan ke Korea Selatan pada 3 Hari Raya untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja di "Korea-Malaysia Joint nanotechnology Workshop" yang ke tiga. Seminar ini akan diadakan di Kyung Ju 4 jam dengan keretapi laju ke arah Selatan Seoul. Laporan lanjut akan saya berikan selepas seminar tersebut. Oleh itu pada Hari Raya ketiga sebelah malam saya tiada di Malaysia, dan akan kembali pada 27 September. Tetapi isteri dan anak-anak masih ada jika mahu bertandang berhari raya. Selepas 27 September bolehlah mampir jika berkesempatan. Rumah akan sentiasa akan dibuka tetapi tiada terbuka.
Di kesempatan ini saya terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.

Sunday, August 23, 2009

Pertemuan di Bali: IMEN & LIPI

IMEN telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan LIPI bandung dalam penyelidikan mikrolektronik dan sensor pada tahun 2007 di mana 1st Joint Seminar telah diadakan di LIPI Bandung. Sebelum dari itu saya telah diundang oleh Prof. Dr. Masbah Saregar untuk memberikan ucapan kunci (pembicara kunci) tentang perkembangan penyelidikan MEMS dan elektronik di Malaysia dalam Seminar yang dianjurkan oleh LIPI di Hotel Jayakarta, Bandung pada tahun 2003. Saya juga telah dibawa meninjau kemudahan penyelidikan di LIPI dan ITB. Sejak dari itu usaha untuk merealisasikan kerjasama telah diusahakan dan hanya terlaksana pada tahun 2007 ianya terlaksana dengan rombongan dari IMEN ke Bandung. Pada masa itu satu surat hasrat untuk melakukan kerjasama khususnya dalam bidang MEMS dan sensor. Salah satau bentuk kerjasama ialah dengan mengadakan semnar bersama setiap tahun yang dianjurkan secara bergilir-gilr antara IMEN dan LIPI.
Tahun 2008, merupakan tahun giliran IMEN untuk menjadi tuan rumah, dan seminar telah diadakan di UKM. Seramai 20 orang dari LIPI telah datang ke IMEN untuk berseminar dan mengadakan perbincangan kerjasama penyelidikan dalam bidang yang mempunyai kesamaan tetapi memerlukan perlengkapan.
Tahun 2009 pula adalah giliran LIPI menjadi tuan rumah, dan mereka telah mengembangkan seminar tersebut kepada beberapa insitusi di Indonesia. Kali ini ini pulau percutian iaitu Bali telah dipilih sebagai vanue seminar tersebut. Seramai 10 delegasi dari IMEN telah berlepas ke Bali. Sempena seminar tersebut, satu surat hasrat(LOI) untuk penyelidikan dalam bidang optical communiaction turut dimetrai di antara IMEN dan Pusat Penelitian Elektronika dan Telekominikasi(PPET), LIPI. Tarikh seminar tersebut adalah satu hari selepas perayaan kemerdekaan Republik Indonesia, jadi seluruh Indonesia dalam suasana perayaan, dengan bendera dipasang Indonesia di mana-mana.
Sebelum seminar bermula semua peserta telah menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia dengan penuh semangat.

Menyanyikan lagu Dirgahayu Indonesia


Di akhir seminar pihak LIPI telaha mengatur kunjungan ke beberapa tempat menarik di Bali selaian dari Pantai Kuta, seperti Kebun Raya yang juga kepunyaan LIPI, Tanah Lot untuk menyaksikan sunset, Ubud, Sanur, dan lain-lain.

Tanggal 20 Ogos merupakan hari kelahiran saya, jadi semasa makan tengahari di restoran Natrabu, Sanur, saya telah dikejutkan dengan tiba-tiba muncul kek harijadi. Sebanyak 4 batang lilin telah dipasang. Apabila ditiub padam dan menyala semula kerana bilangan lilin tersebut tidak cukup agaknya?

Semasa di Sanur, saya mendapat sms dari student saya di IMEN, bertanya sama ada saya akan datang ke IMEN pada 21 Ogos nanti kerana saya sampai KLIA jam 2.30 pagi. Petang itu saya datanglah ingatkan ada perkara penting nak bincang sebab saya ada meminta mereka menyedia maklumat untuk paten (Awin) yang saya sms semasa di Bali. Rupanya mereka nak buat kejutan kek coklat. (gambar bawah sekali). Terima kasih semua..
Tahun 2010 adalah giliran IMEN untuk menjadi tuan rumah. Di mana akan diadakan masih belum ditetapkan. Kemungkinan Pangkor, Penang atau Langkawi atau PD.

Sunday, August 16, 2009

UKM lahirkan 207 graduan PhD pada tahun 2009

Majlis Konvokesyen pada tahun ini adalah konvokesyen yang ke-37 bagi UKM dan yang ke 33 kali di kampus induk Bangi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Sebelum daripada itu, pada 1973 hingga 1977, majlis konvokesyen UKM diadakan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur. Saya ada salah seorang dari kumpulan graduan pertama yang majlis konvokesyenya diadakan di DECTAR yang baru sahaja siap dibina pada tahun 1978. Pada masa itu tidak terbayang yang UKM menganugerahkan ijazah PhD, ijazah Sarjanamuda pun sudah dianggap cukup tinggi pada ketika itu. Ketika itu keluaran UKM dan lain universiti tempatan (masa itu hanya ada UKM, UM, USM dan UPM sahaja) biasanya mesti menyambung pengajian ke United Kingdom jika mahu buat Master atau PhD kerana tiada kemudahan dan tiada penyelia yang mampu untuk mengambil pelajar PhD.

Konvokeesyen pertama di Bangunan Parlimen, Tiga dari kanan Prof. Dr. Rahim Samsudin
UKM hanya mula mengeluarkan graduan PhD pada tahun 1982, manakala Sarjana sejak 1973 tetapi bilangnya hanya kurang dari 5, dan 9 - 11 pada tahun 1980 dan 1981.
Tahun ini UKM telah mengeluarkan seramai 207 orang PhD dan merupakan yang teramai di Malaysia. Di samping itu UKM juga telah mengeluarkan seramai 1,531 ijazah Sarjana dan 5,607 ijazah Sarjanamuda. Secara keseluruhan, sejak ditubuhkan UKM telah menghasilkan seramai 15,899 orang graduan Sarjana dan 1,387 orang graduan PhD. Jumlah ini juga menurut Naib Canselor Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, merupakan yang teramai berbanding IPTA lain di Malaysia. Bagi graduan Sarjanamuda seramai 113,975 orang telah dihasilkan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa individu yang sedang popular di Malaysia sekarang adalah juga merupakan alumni UKM, mereka ialah Tan Sri Datuk Dr. Jemilah Mahmood, Presiden Mercy Malaysia, YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan, yang sedang sibuk dengan wabak influenza H1N1, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Sunday, August 2, 2009

Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh pelopori bidang sel suria, nano filem dan elektronik plastik di Malaysia

Seorang Felo Utama IMEN, Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh telah menyampaikan syarahan Perdana yang bertajuk ”Filim nipis bahan organik dan peranti elektronik” pada 31 Julai 2009. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau merupakan pensyarah saya yang mengajar Fizik Asas sewaktu di tahun pertama di UKM pada pertengahan 1975. Prof. Dr. Muhammad telah bersama IMEN sejak ditubuhkan lagi. Setelah bersara, beliau terus menjadi profesor kontrak di IMEN sehinggalah sekarang.
Prof Dr. Muhammad Mat Salleh adalah saorang ahli akademik yang memulakan kerjayanya di Jabatan fizik UKM pada tahun 1973. Pada masa itu UKM masih bertapak di Jalan Pantai.
Prof Dr. Muhammad Mat Salleh Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1949. Beliau Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Laki-Laki Pasir Puteh, Sekol
ah Menengah Kamil Pasir Puteh dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur. Mendapat Ijazah B.Sc. (1972) dan Sarjana (1973) dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia dalam bidang Fizik. Pada tahun 1979 beliau memproleh ijazah Ph.D dari University of London dalam bidang Fizik Teori Keadaan Pepejal.
Prof Dr. Muhammad Mat Salleh Mulai berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai
penolong pensyarah pada tahun 1973. Profesor Madya, 1991; Profesor, 1997; dan Felo Penyelidik Utama Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik, 2003. Pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Fizik (1986-1991).
Dr. Muhamad aktif dalam penyelidikan tenaga suria, filem nipis dan elektronik organik. Beliau telah menghasilkan peranti sel suria, cermin haba, diod organik, sensor gas karbon momoksida, hidung elektronik dan diod pemancar cahaya organik. Hasil reka cipta peranti beliau memenangi lapan
pingat emas dan beberapa anugerah khas peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya WIPO Award Outstanding Inventor (1999), I.Tex (1999 dan 2002), International Invention Geneva (2000 dan 2002), Seoul International Invention Fair (2002) dan Korean Women Inventors Association (KWIA) Invention Award 2002.
Dr. Muhamad pernah dijemput sebagai profesor pelawat di Tokyo Agriculture and Technology University (1991), penyelidik tamu di Takasaki Radiation Chemistry Research Establishment (1991-1992) di bawah program Scientist Exchange Programme Science and Technology Agency Japan, dan penyelidik tamu di Coventry University, United Kingdom (1995).
Dr. Muhamad bergiat sebagai Setiausaha Jawatankuasa Peristilahan Fizik Antara Universiti (JPFAU) sejak 1981 yang menghasil beberapa buku Istilah Fizik dan siri Kamus Istilah Fizik. Dr. Muhamad adalah Felo Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia. Ahli Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk Malaysia (MINDS), Institute of Electrical and Electronic Engineering Inc. (IEEE), The International Society for Optical Engineering (SPIE), dan Optical Society of America (OSA). Dalam pertubuhan Electron Devices Section, IEEE (Chapter Malaysia) beliau turut aktif membantu penganjuran persidangan antarabangsa dan kebangsaan yang di adakan secara berselang setiap tahun.

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI: Kemelut antara Jati diri dan Realiti

PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 ketika Dr. Mahathir masih Perdana Menteri. Memang tidak ramai yang berani untuk menukar Bahasa penyampaian dari BM kepada BI kerana ia merupakan isu sensitif dan boleh dianggap sebagai penghianat bangsa. Bahasa adalah jiwa bangsa. Tetapi Dr. M lebih mengutamakan bangsa dari bahasa. Bangsa yang maju dengan sendirinya bahasanya akan dihormati. Melayu akan tetap Melayu, Cina akan tetap Cina, begitu juga India akan tetap India walaupun meggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan mendapatkan ilmu yang banyak sumber rujukanya dalam bahasa Inggeris.
Semua bangsa bangga dengan bahasanya sendiri. Kita mahu Bahasa Melayu yang telah dijadikan Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu, dan itulah peranan UKM semasa ditubuhkan. Tetapi, untuk sumber ilmu terdapat bahasa-bahasa yang sudah menjadi media utama, tanpa menguasai bahasa tersebut kita menjadi sukar untuk menguasai bidang tersebut.
Saya yang dididik sejak dari darjah satu hinggalah tahun akhir universiti dalam Bahasa Melayu. Pada masa zaman saya bersekolah, terdapat dua aliran, aliran Inggeris dan aliran Melayu sehinggalah dua lairan ini dijadikan hanya satu aliran sahaja iaitu aliran kebangsaan, selepas tahun 1974 (kalau tidak silap). Ketika itu, sekolah aliran Melayu memang mempunyai masalah untuk mengajar matematik dan sains kerana ketiadaan guru yang boleh mengajar dalam Bahasa Melayu sehingga terpaksa meminta bantuan Kerajaan Indonesia meminjamkan guru bagi mengajar matematik dan sains. Saya belajar dari guru Indonesia, saya masih ingat guru yang mengajar fizik namanya pak Tomi, biologi pak Alfred Manurung, dan matematik pak Sogianto. Sekolah aliran sains tidak banyak seperti sekarang, iaitu kurang dari 10 sekolah di seluruh Negara. Buku teks yang digunakan masih dalam Bahasa Inggeris dan beberapa buku yang diterjemah dengan bahasa Melayu yang sukar difahami oleh pelajar Melayu sendiri.
Di peringkat awal pengunaan BM memang terdapat banyak masalah dari segi istilah sains dan matematik. Buku rujukan kesemuanya dalam BI. Ahli-ahli bahasa termasuk dari dalam bidang sains dan kejuruteraan telah bertungkus lumus menggubal istilah. Saya pun sempat menjadi ahli jawatkuasa istilah sains UKM dan juga DBP. Pada masa itu penyelidikan tidak banyak atau boleh dikatakan tiada, jadi aktiviti perbincangan peristilahan merupakan aktiviti yang agak utama kepada pensyarah-pensyarah sains dan matematik. Hasilnya banyak istilah telah dicipta walaupun maknanya kurang tepat. Memberi kuliah diwajibkan menggunakan BM dengan istilah yang telah dicipta atau dicipta sendiri. Masa banyak digunakan untuk menulis nota dalam BM dengan sumber rujukan buku berbahasa Inggeris, mencari istilah lebih sukar daripada memahami buku dirujuk. Saya pernah mempertikaikan beberapa istilah yang kurang tepat dan berbeza untuk bidang sains dan kejuruteraan. Ahli istilah bidang kejuruteraan kebanyakannya terdiri dari ramai pensyarah muda dan telah mendapat pendidikan dari England. Ahli istilah yang mewakili bidang disebut pakar bidang, yang duduk bersama dengan ahli bahasa. Kekhairahan mencari istilah Melayu kadang-kang membawa kepada terjemhan yang kurang tepat dan sukar difahami sehingga orang Melayu sendiri tidak faham dan terpaksa merujuk kepada sumber asalnya dalam Bahasa Inggeris. Jadi, masalahnya ketika itu bukan tak faham Bahasa Inggeris tetapi masalah untuk menyampaikannya dalam Bahasa Melayu dengan istilah yang difahami.
Pada masa itu sumber rujukan hanyalah dari buku-buku yang terdapat di perpustakaan. Usaha telah dilakukan untuk menambah bilangan buku teks dalam BM, saya sendiri telah menulis 5 buah buku universiti dalam Bahasa Malaysia dan digunakan di UKM. Tetapi perkembangan teknologi dan buku yang terhasil dalam BI terlalu cepat sehingga tidak mampu diterjemah. Dahulu sesuatu maklumat itu agak lambat untuk dicari atau disebarkan berbanding zaman ICT sekarang yang maklumat boleh dicapai dengan pantas melalui berbagai search engine seperti google dan sebagainya. Berikut saya turunkan contoh carian Google yang dilakukan dengan BM dan BI,

Istilah BM =Carian Google ,Istilah Inggeris = Carian Google
Pemalar = 11,100, Constant =161,000,000
Sains = 14,100,000, Science = 1,010,000,000
Separuh pengalir = 936, Semiconductor =38,800,000
Pengalir =18,600, Conductor = 37,000,000
Pearuh = 237, Inductor = 2,670,000
Penebat =10,400, Insulator =5,290,000
Litar Terkamir = 1,620, Integrated circuits = 8,650,000
Pemberbilang getar = 50, Multivabrator = 500,000
Perintang = 28,400, Resistor = 9,250,000
Pemuat = 29,700, Capacitor = 12,200,000
Penguat = 2,070,000, Amplifier = 28,600,000
Pengayun = 1,880, Oscilator = 493,000
Perkakasan = 337,000, Hardware = 412,000,000
Perisian = 943,000, Software = 1,190,000,000
Cakra keras = 133,000, Hard disk = 80,400,000
Jangka suhu = 681,000, Thermometer = 16,600,000
Keberintangan = 191, Resistivity = 4,140,000

Jumlah carian dengan istilah BM 18,367,114 iaitu bersamaan dengan ~1% berbanding dengan jumlah carian dengan istilah Inggeris ialah 3,017,593,000. Maknanya, maklumat yang diperolehi hanaya 1% sahaja jika dicari dengan istilah BM, dan ini akan meningglkan kita jauh ke belakang kecuali mereka yang sudah tahu istilah BI, iaitu kebanyakan pejuang bahasa sekarang. Anak-anak kita khususnya orang Melayu akan kerugian. Tetapi, sumber maklumat dalam Bahasa China adalah banyak, mereka tidak rugi menggunakan bahasa ibunda malah memudahkan untuk mendapat ilmu dari China dan Inggeris. Orang Melayu tidak ada sumber rujukan dalam Bahasa Melayu. Orang Melayu akan tertinggal dalam mencari maklumat ilmu sains.
Setelah lebih 30 tahun iaitu sejak 1970 hingga 2003, BM digunakan sebagai bahasa penyampaian dalam mengajar sains dan matematik di sekolah dan juga universiti. Masalah penyampaian mungkin tidak menjadi masalah, cuma istilah yang digunakan agak mengelirukan dan tidak pun digunakan diluar universiti.
Hampir kesemua industri kita adalah industri multinasional, dan mereka menggunakan istilah Inggeris. Kerajaan tidak boleh memaksa mereka menggunakan istilah Melayu, hatta syarikat tempatan pun tidak mahu mengunakan istilah Melayu kerana katanya mereka juga berhubung dengan syarikat antarabangsa. Jadi keluaran universiti apabila keluar tidak langsung menggunakan istilah BM semasa belajar. Perkara ini adalah berbeza dengan kes di Korea dan Jepun, mereka mempunyai syarikat mereka sendiri, maka mereka memang menggunakan bahasa Korea atau Jepun. Jikalau syarikat mereka buka cawangan di Malaysia, mereka akan menggunakan bahasa Inggeris bukan Korea atau Jepun. Adakah syarikat kita yang sama tarafnya dengan mereka, jawapannya tiada. Saya pernah disangkutkan di Jepun dan pernah menjadi Profesor Pelawat di Korea. Semasa di Jepun, memang sukar untuk berbincang dengan pelajar di sana kerana mereka tidak fasih Bahasa Inggeris kecuali Bahasa Jepun, tetapi mereka tahu istilah saintifik dalam Bahasa Inggeris. Kalau saya gunakan istilah BM mereka langsung tak faham. Masalah orang Jepun dan Korea, mereka tidak boleh mengungkapkan sesuatu dengan mudah dalam Bahasa Inggeris. Orang Melayu atau Malaysia tidak mempunyai masalah tersebut, sehingga di rumah pun guna Bahasa Inggeris walaupun tak tepat nahunya. Isteri tidak suka jika suaminya minta "madu" tetapi "honey" untuk makan roti(contoh sahaja). Maknanya Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang sangat asing bagi orang Malaysia, berbanding orang Jepun dan Korea.
Saya rasa Kerajaan memang sedar perkara ini, tetapi sebagai suatu bangsa memang kita rasa tidak mempunyai jati diri jika kita menggunakan bahasa lain selain bahasa kita walaupun realitinya tidak. Saya bersetuju bahasa ibunda digunakan di sekolah-sekolah sebagai bahasa komunikasi untuk memudahkan pemahaman terutama untuk mereka di pendalaman, tetapi untuk peringkat pengajian tinggi saya menyokong menggunakan Bahasa Inggeris demi kemajuan bangsa. Mengikut Tan Sri Muhyiddin pemansuhan PPSMI hanyalah untuk sekolah bukan untuk peringkat tinggi. Kerajaan terpaksa akur dengan kehendak pejuang bahasa yang mewakili rakyat. Oleh kerana rakyat harus didahulukan (1 Malaysia) PPSMI dimansuhkan, walaupun realiti sekarang untuk maju di zaman ICT sebenarnya tidak...Semasa saya di Korea terdapat profesor menggalakkan pelajarnya menulis tesis dalam BI untuk kebaikkan pelajar tersebut. Di Holand yang saya telah pergi juga telah membenarkan penulisan tesis dalam BI. Telah berlaku perubahan sikap terhadap BI di sesetengah negara kerana tuntutan globalisasi dengan tidak begitu rigid dalam perlaksanaan bahasa.
Saya rasa Dr. M telah berfikiran jauh dan berdasarkan kesan globalisasi di mana maklumat tersebar begitu pantas, tidak seperti dahulu. Pendekatan Kerajaan sekarang saya rasa tidak menolak 100% PPSMI tetapi bertolak ansur untuk memenuhi dua kepentingan atau tuntutan, rakyat (jati diri) dan realiti.

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Bukan Idea Baru, tetapi sekadar Omongan Politik

Cadangan pembentukan Kerajaan perpaduan oleh Presiden PAS bukanlah suatu cadangan yang baru. Sememangnya Kerajaan Malaysia sejak dari dulu lagi dibentuk berasaskan perpaduan. Parti Perikatan adalah merupakan paduan tiga parti UMNO, MIC dan MCA yang mewakili tiga kaum utama di negara ini. Seterusnya BN yang terdiri dari banyak parti semasa penubuhan iaitu UMNO, MIC, MCA, PAS, Gerakan, PPP, USNO, PBS, PBB, PBDS dan lain-lain.
Dalam kontak Malaysia kita boleh kategorikan perpaduan kepada dua, iaitu (1) perapaduan di kalangan rakyat yang berbilanag kaum dan (2) perpaduan dalam setiap kaum utama. Oleh sebab peratusan setiap kaum tidak sama di mana Melayu merupakan majoriti, diikuti Cina dan India, maka perpaduan bagi kaum yang majoriti adalah sangat penting di samping perpaduan dalam kaum lain. Ini kerana pepecahan dalam kaum majoriti boleh menyebabkan perpaduan antara kaum kurang stabil.
Bagi setiap kaum, tidak pernah ada perpaduan 100%. Jika satu kaum tersebut terbahagi sama banyak akan menjadikan keadaan tidak setabil. Orang Melayu yang merupakan majoriti tidak boleh mempunyai dua atau lebih kumpulan yang sama banyak, dengan kata lain salah satu kumpulan mestilah dominan. Jika tidak ia dikatakan perpecahan. Sekarang orang Melayu sudah ada tiga parti, UMNO, PAS dan PKR (PAS dan PKR walaupun tidak mengangap parti Melayu, tetapi hakikatnya adalah parti Melayu dari segi majoriti ahli).
UMNO lahir hasil daripada perhimpunan pertubuhan dan persatuan persatuan orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada 11 Mei 1946.
Daripada UMNO inilah pula lahirnya Pas yang ditubuhkan pada 1950 iaitu hasil daripada Seminar yang dianjurkan oleh UMNO di Muar, Johor bagi mencari jalan untuk menyatu-padukan alim ulama supaya perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam menjadi lebih berkesan. Nama sebenar yang diberikan oleh persidangan ini kepada Pas ialah Persatuan Islam Se Tanah Melayu dan ia menjadi salah satu sayap UMNO untuk memperjuangkan kedudukan Islam di negara ini. Ia dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pas mula mengasingkan dirinya daripada UMNO apabila Datuk Onn mengundur diri daripada UMNO dan Haji Ahmad Fuad seorang penyokong kuat Datuk Onn kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO. Tunku Abdul Rahman memenangi jawatan itu dan sejak daripada itu, Tuan Haji Ahmad Fuad yang kekal menjadi Yang Dipertua Pas mula mengambil langkah membawa Pas keluar daripada UMNO.
PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS.
PAS menyertai Barisan Nasional selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya. Krisis politik di Kelantan menyebabkan PAS terkeluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977. Perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS, kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO. Oleh itu PAS telah mempertaruhkan agama, halal haram, syurga dan neraka menjadi taruhan.
Dr. Mahathir pernah mengatakan PAS lebih bahaya dari Komunis sekitar tahun 1978. Jawapan beliau apabila ditanya ialah kerana dalam Islam memfitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Pada masa itu pengganas komunis banyak membunuh dan PAS terutama di Pantai Timur banyak menyebabkan Melayu keliru dan berpecah belah kerana fitnah yang yang dilakukan oleh orang PAS. Sekarang Tuan Guru Nik Aziz pula kata UMNO macam komunis, tapi UMNO lah yang tidak bersetuju bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Ching Peng balik, tetapi Sdr Anwar pula bersetuju untuk mendapat sokongan kaum tertentu.
Apabila Anwar Ibrahim terkeluar dari Kerajaan dan UMNO, PAS telah mengambil peluang sepenuhnya menggunakan isu untuk mendapatkan sokongan.
Sekarang, UMNO kelihatan tidak segagah dulu, PAS dan PKR semakin menonjolkan kekuatan. Sebenarnya PAS tidaklah sekuat mana, tetapi PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma telah mendapat sokongan kuat orang Melayu dan bukan Melayu dalam PR12. Kebetulan Kerajaan yang ditunjangi UMNO telah menunjukkan prestasi lemah sebelum pilihan raya ke-12.
PAS merasakan UMNO memerlukannya terutama dalam keadaan sekarang, seperti apa yang berlaku di Perak. Memang UMNO telah mengajak PAS bekerjasama dalam membentuk Kerajaan Perak, tetapi PAS menganggap itu adalah helah UMNO yang mahukan semula kuasa. Tetapi UMNO Perak membenarkan PAS terus jadi MB, yang penting berkerjasama dengan UMNO demi perpaduan Melayu. Jika PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang jelas bertentangan ideologi, perpaduan dang UMNO bukan sesuatu yang mustahil.
Apabila Hadi Awang menyuarakan hasrat pembentukan Kerajaan Perpaduan, UMNO telah melihatnya sebagai suatu yang baik jika benar-benar ikhlas. Mungkin Hadi Iklas, tetapi PAS tidak, mungkin juga Hadi sekadar melontarkan idea untuk menguji sama ada ahli PAS bersedia atau mahu melihat reaksi BN khususnya UMNO. Tuan Guru Nik Aziz yang pernah menjadi wakil rakyat BN semasa PAS dalam BN dahulu menentang keras idea Hj. Hadi. Pada tahun 1974, Nik Aziz mengatakan kemasukan PAS dalam BN merupakan sutu mikmat, tetapi telah tidak berminat pula dengan idea Hj. Hadi. Sebabnya barangkali, kerana beliau merasakan sudah mempunyai pasangan yang kuat iaitu PKR dan DAP untuk membentuk Kerajaan alternatif kepada BN dalam PRU13 nanti. Anwar Ibrahim memang tidak setuju dengan idea untuk berpadu dengan UMNO kerana partinya ditubuh untuk melawan UMNO, tujuan yang lain hanya ditambah-tambah. Kalau berpadu, ia bertentangan dengan hajatnya untuk menjadi PM dan menumbangkan BN khususnya UMNO.
Lontaran idea Hj. Hadi tentang Kerajaan Perpaduan akan dijadikan modal kepada PAS dan PR untuk kempen. Jika UMNO menolak idea tersebut, PAS akan mengatakan UMNO menolak perpaduan, dan itulah jawapan yang diharapkan oleh PAS. Tetapi UMNO mengatakan bersedia dan menerima idea tersebut, iaitu jawapan yang tidak diharapkan oleh PAS. Maka sekarang UMNO dituduh tidak ikhlas dengan keterbukaan untuk berbincang tentang idea tersebut.
Sebenarnya selagi PAS berpakat dengan PKR dan DAP, idea tersebut tidak mungkin menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, yang menentukan siapa Kerajaan ialah rakyat tanpa mengira mereka ahli parti mana, kerana semasa mengundi ahli UMNO boleh mengundi PAS dan orang PAS juga boleh mengundi BN kecuali ahli parti yang tegar. Rakyatlah yang memilih dan membuat penilaian kumpulan parti manakah yang akan mentadbir negara.
Dalam mana-mana Kerajaan, parti pembangkang memang perlu ada untuk membuat teguran, tetapi apa yang berlaku sekarang sudah boleh menyebabkan perpecahan kerana berparti untuk kepentingan peribadi. Ada yang mengatakan ahli UMNO yang banyak kepentingan peribadi, tetapi di satu pihak lagi pun begitu, malah lebih dari itu kerana parti ditubuh untuk kepentingan sendiri. Maka sekarang soal perpaduan dalam kaum adalah relevan untuk dibincangkan supaya ada kumpulan yang dominan yang dapat mewakili kaum tersebut, UMNO atau PAS.
Terdapat kenyataan nakal yang mengatakan Kerajaan sekarang adalah boneka Dr. Mahathir sama seperti di Perak, dulu Nizar adalah boneka Ngeh dan Nga dari DAP. Tetapi kalau pun ya, adalah lebih baik jadi 'boneka' bekas PM yang dihormati seluruh dunia dan terbukti telah membangunkan Malaysia daripada menjadi boneka orang yang tidak pernah ada pengalaman dan bersifat perkaum sempit.
Akhir sekali apa yang lebih penting ialah Negara dapat dipimpin dan ditadbir dengan baik untuk kemakmuran semua rakyat Malaysia. Kepentingan Negara dan rakyat hendaklah diutamakan. Dalam keadaan sekarang, saya merasakan perpaduan PAS dengan BN adalah lebih baik daripada perpaduan PAS dan UMNO (atau PAS masuk UMNO) kerana PKR sudah ada sebagai pengimbang parti majoriti kaum Melayu. Perapaduan PAS dengan UMNO boleh mengundang salah faham parti komponen BN yang lain.

Monday, June 15, 2009

Dato' Seri Nizar Jamaluddin semakin keliru

Sebenarnya tajuk ini bukan perkara yang saya mahu poskan untuk kali ini. Tetapi melihat peristiwa yang berlaku dari kaca TV tentang YB Nizar, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen. Melihat gelagat YB Nizar di dalam parlimen selepas mengangkat sumpah dengan menjeritkan "hidup rakyat", "bubar DUN Perak" dan memakai belitan kepala yang bertulis bubar DUN semakin menampakkan ketidaksiuman beliau sebagai wakil rakyat dan ahli dewan. Perbuatan beliau yang disokong oleh beberapa ahli lain yang menumpang keberanian tidak bertempat NIzar. Beliau keliru dengan apa peranannya sebagai ahli parlimen dan ahli politik. Rakayat mahu melihat beliau membahaskan isu pembanganan rakyat dan bukan isu politik lagi. Beliau terus diapit oleh dua wakli rakyat yang mempergunakan statusnya sebagai bekas MB yang dilantik kerana perlembagaan Perak tetapi dengan kekuatan DAP.
Saya masih ingat semasa saya berpeluang sebagai pemerhati dalam Dewan Rakyat pada tahun 1981 (lama dah), perjalanan dewan cukup tertib, jika masuk mahu duduk kita mesti tunduk hormat, begitu juga mahu keluar. Semasa berucap ahli dewan mesti menggunakan Bahasa Malaysia dengan perkataan yang betul dan tidak kasar, jika terpaksa menggunakan bahasa lain mesti menyebut "dengan izin", begitulah pearuran semasa perjalanan mesyuarat dewan. Jika mana-mana ahli dewan yang tidak mengikut peraturan, speaker akan memberi ingat dan jika terus ingkar speaker mempunyai kuasa mengarahkan keluar dewan atau menggantung menyertai mesyuarat. Bergitulah tertip dan adab semasa bermesyuarat di dalam dewan rakyat yang terpelihara, kalau tidak seseorang tersebut memang biadab.
Saya masih ingat semasa Hashim Gera sebagai wakil rakyat PAS mewakili Parlimen Parit yang memukau orang Parit dengan kepetahanya berpantun secara spontan sehingga mengalahkan wakil rakyat Parti Perikatan (sekarang BN). Semasa dalam dewan rakyat beliau telah menari menyebabkan beliau digantung menghadiri mesyuarat. Orang tertipu dengan kepandaiannya berpantun sedangkan tiada apa khidmat yang boleh diberikan.
Dato' Seri Nizar membawa cara berkempen di luar dewan ke dalam dewan. Beliau tidak tahu membezakan cara masa berkempen dengan cara seorang wakil rakyat dalam dewan. Itu menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati kemuliaan dewan. Mewakili parti yang menjadikan agama sebagai pegangan, sikap beliau tidak dapat dijadikan contoh untuk diikuti. Saya rasa malu dengan cara beliau yang didokong oleh dua YB yang sangat bertentangan ideologi dengan parti yang beliau wakili.
Dulu semasa PAS merupakan ketua pembangkang buat pertama kali menggantikan DAP, mereka telah menunjukkan kejahilan dengan mengajak semua ahli pembangkang keluar dewan sedangkan masih belum lagi mengangkat sumpah sebagai ahli dewan. Itu merupakan hari pertama YB Mahfuz sebagai ahli dewan. Yang memalukan ahli DAP masa itu tak mahu keluar kerana mereka tahun belum angkat sumpah lagi. Itulah gaya orang yang tak pernah dapat kuasa dan tak tahu peraturan tetapi mahu tunjuk yang mereka berani. Itu namanya berani tapi jahil. Orang begini senang ditunggang oleh orang lain dan akhirnya dapat dikuasai pihak tertentu dengan mudah.
Walau apa pun alasan beliau, apa yang beliau lakukan adalah tidak betul dan memaparkan sikap yang tidak boleh dijadikan ikutan walaupun beliau mewakili parti Islam. Beliau boleh membangkang dengan mengikut peraturan dewan, jika tidak tak payah jadi ahi dewan dan masuk dewan. Nampaknya wakil rakyat ini dari dulu lagi terus membuat malu, sepatutnya lebih profesional tambahan pula beliau adalah adalah ahli profesional. YB Anwar Ibrahim juga buntu dengan sikap Nizar, dengan tidak membuat sokongan.

Saturday, June 6, 2009

UKM dapat canselor baru, NC dapat gelaran baru

Tahun ini UKM mencatat sejarah apabila Canselor baru telah dilantik menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat dalam bulan Disember 2008. Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan telah diistiharkan oleh Yang diPertuan Agung sebagai Canselor UKM yang ke -3 bermula 16 April 2009.

DYMM Tuanku Muhriz dilahirkan di Kuala Pilah pada 1948. Pada tahun 1960, baginda dikurniakan Gelaran Pusaka YAM. Tunku Laxamana dan tahun berikutnya baginda menerima Gelaran Pusaka YAM. Tunku Besar Seri Menanti. Baginda menerima pendidikan asas di Kuala Pilah seterusnya di Sekolah King George V, Seremban dan di Aldenham School, Elstree, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah LLB dari University of Wales, Aberystwyth.
Baginda memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan, seterusnya dalam broker kewangan dan pengiklanan. Baginda turut terlibat dalam beberapa syarikat awam dan swasta sebagai Pengarah di samping menjadi Pengarah di sebuah bank. Antara penglibatan baginda dalam khidmat kemasyarakatan adalah menjadi anggota Board of Trustees of The Tinggi Foundation yang memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang di University of Nottingham of Malaysia dan Universiti Malaya selain pernah terlibat secara aktif dalam Rotary Club Kuala Lumpur.

Pada 6 Jun 2009 pula, Naib Canselor UKM telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Prof. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin merupakan Naib Canselor UKM yang ke-10. Beliau seorang yang kuat bekerja dan mengutamakan kualiti. Orang yang tak suka buat banyak kerja dan tak suka berubah agak kurang senang dengan gaya beliau, tetapi yang memang suka bekerja dan mementingkan kecekapan serta kualiti akan mendokong gaya beliau. Kita mesti sanggup berubah jika mahu maju, perkara yang menghambat kemajuan perlu diubah. Usaha untuk menaikan ranking UKM sedang giat dilakukan sejak dulu lagi, tetapi penekanan pada penerbitan berindeks diberi keutmaan. Sekarang, bilangan penerbitan di dalam journal ynag berindeks telah meningkat dengan banyak walaupun masih sedikit berbanding universiti tertua di Malaysia, UM. UTM dan dan UPM yang sebelum ini mengaku universiti tertua kerana bermula dari kolej pertanian dan kolej teknik, sekarang sudah tidak mahu mengaku tua lagi kerana bilangan penerbitan yang sepatutnya banyak bagi universiti yang tua, tetapi sebaliknya. Sebenarnya bilangan penerbitan universiti di Malaysia (4 universiti utama UM, USM, UKM, UPM) iaitu sekitar 2,500 - 3,000 setiap 5 tahun adalah terlalu kecil berbanding universiti terkenal di USA dan Jepun iaitu sekitar 15,000 - 30,000 setiap 5 tahun.

Thursday, June 4, 2009

Chin Peng mahu balik ke Perak?

Generasi sekarang banyak yang tidak mengenali siapakah Chin Peng, malah saya sendiri tidak pernah berjumpa dengannya kecuali melihat gambarnya dalam buku sejarah semasa Tunku Abdul Rahman berunding dengannya di Baling, Kedah. Chin Peng ialah ketua Parti Komunis Malaya.
Beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di sebuah kedai kecil Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau dilantik untuk memimpin Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu cawangan Parti Komunis China, dan bercita-cita mengkomuniskan Tanah Melayu.

Pihak British mengunakan Chin Peng untuk bersama menentang Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah. Namun demikian penjajah British mulai sedar dengan pergerakan PKM ini, lalu pihak British mengatur langkah untuk menghapuskannya. Parti Komunis Malaya semakin berani bertindak dengan memperkuatkan lagi pasukan gerilanya bukan sahaja untuk berperang dengan tentera British malah telah mengancam keselamatan orang awam yang tidak mengikut telunjuknya. Orang Melayu dan oarang Islam tidak dapat menerima perjuangan PKM yang militan dengan fahaman Karl Marx dan Leninisme. Chin Peng menyedari betapa perjuangan komunisme agak sukar diterapkan di kalangan orang Melayu pada masa itu, kerana orang Melayu begitu kuat dengan pegangan agama Islam yang dianggap sebagai bertentangan dengan fahaman 'Marxisme'. Penolakan orang-orang Melayu terhadap komunisme telah menyulitkan lagi PKM untuk diterima sebagai pejuang kemerdekaan. Orang Melayu tidak boleh menerima Chin Peng yang begitu kuat untuk membawa fahaman komunis di negara ini. Chin Peng gagal untuk meyakinkan orang Melayu, malah rejim Chin Peng telah melakukan tindakan ganas yang melampaui batas dengan melakukan pencerobohan terhadap anak-anak gadis Melayu, memusnahkan prasarana awam termasuk menyerang balai-balai polis yang menjadi tempat perlindungan orang awam. Ramai anggota polis dan askar yang telah terbunuh akibat serang hendap yang dilakukan oleh pengganas komunis yang diketuai Chin Peng. Sejarah hitam penyerangan Balai Polis Bukit Kepong merupakan peristiwwa hitam yang sukar dilupakan. Peristiwa tersebut telah difilemkan oleh Dato' Jins Shamsudin, "Bukit Kepong" dan memenangi Filem Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-3, 1982, diterbitkan oleh syarikat Jins Shamsudin Productions. Perajurit-perajurit ini dibunuh kerana mereka dikatakan menjadi anjing kepada British yang menjajah negara ini. Tindakan ganas ini telah menyebabkan perjuangan mereka ditolak oleh rakyat.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Selepas kemerdekaan sehingga kejatyhan PKM pada 1989 acaman terbesar kepada Malaysia ialah pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng. Pengganas komunis telah menyusup ke kampung-kampung Cina dan bandar untuk meminta makanan dan bahan keperluan lain untuk digunakan di hutan. Pada masa itu agak sukar untuk mengenali seseorang itu komunis, penyokong komunis dan orang awam terutamanya orang Cina. Orang Cina yang tidak memberi kerjasama akan diseksa dan dibunuh. Itulah sebabnya masa itu Orang Melayu ketika itu selalu menganggap orang Cina adalah komunis teutama di kawasan hitam seperti kampung baru, dan bandar-bandar lama yang memang majoritinya orang Cina.

Masa itu banyak serangan hendap dilanccarkan oleh komunis di bandar dan di jalan-jalan yang lengang. Dahulu apabila disebut pekan Karak orang akan bayang kawasan bahaya di mana terdapat banyak polis dan tentera, kerana di situ adalah tempat yang selalu pengganas komunis. Di utara Perak seperti Grik dan utara Kelantan, di Betong dan banyak lagi. Jalan raya sentiasa ada rondaan tentera. Tugu Pahlawan pernah diletupkan pada tahun 1976 semasa saya adalah pelajar UKM. Letupan di sana sini berlaku hampir setiap hari. Angota keselamatan kita telah bertungkus lumus berperang dengan komunis, banyak yang terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis sehingga mati atau putus kaki. Adik saya yang memasukan angkatan tentera pernah bertempur selama satu jam dengan komunis ketika membuat operasi di Sarawak sekitar tahun 1980.

Bersama beliau ialah Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Rashid Maidin ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya. Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak pada 10 Oktober 1917. Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ. Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, Selatan Thailand pada 1 September 2006 kerana sakit tua pada usia 89 tahun.

Abdullah C.D. atau nama sebenarnya Che Dat bin Anjang Abdullah. Lahir di Lambor Kanan, Parit , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1916. Abdullah C.D dilantik menjadi Komander Regimen ke-10 PKM mengetuai pasukan komunis Melayu bergerak di sekitar kawasan Narathiwat di sempadan Malaysia - Thailand dan di dalam hutan Kelantan. Kedua-duanya berkahwin dengan gadis Cina dan tinggal di Thailand.

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Sekarang terdapat usaha untuk membawa pulang ketua pengganas ini ke Malaysia kerana mereka beranggapan rakyat banyak terutamanya orang Melayu sudah melupakan perbuatannya. Chin Peng yang sekarang berusia 85 tahun bukanlah pejuang kemerdekaan tetapi adalah ketua pengganas yang telah banyak menyusahkan rakyat. Adakah Chin Peng akan balik ke Sitiawan, Perak, tempat kelahirannya yang sekarang ini kawasan tersebut diwakili oleh Datuk Ngeh Koo Ham, ketua DAP Perak.
Oleh yang demikian biarlah CHIN PENG menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam buangan di Thailand, daripada dia terus dicerca sebagai pejahat komunis yang telah membunuh wira bangsa dan mewujudkan suasana tidak aman dan kesangsaraan di kalangan rakyat umum.

Sunday, May 24, 2009

Mikroelektronik di MIMOS dan IMEN untuk renungan..

Penubuhan MIMOS tidak dapat dipisahkan dengan visi Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu sekitar tahun 1984-85. Dr. Mahathir memang mahu melihat Malaysia terlibat aktif dalam teknologi tinggi. Cadangan penubuhan suatu pusat penyelidikan yang berkait dengan mikroelektronik telah dipersetujui. Idea tersebut datang dari kumpulan yang diketuai oleh Dr. Tengku Azman. Akhirnya MIMOS ditubuhkan pada tahun 1985, pejabat pertamanya di Istana Perak Kuala Lumpur diletakan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri. Pengarah MIMOS yang petama dan juga merupakan pengarah pengasas ialah Prof. Madya Dr. Tengku Azman Sharifuddin yang sebelumnya adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan UM. Prof Dr. Mohd Zawawi Ismail dari UKM merupakan Timbalan Pengarah. Salah satu alasan penubuhan MIMOS adalah untuk menyelaraskan aktiviti mikroelektronik di Malaysia khususnya di universiti-universiti tempatan. Orang dalam bidang mikroelektronik yang sebenar, iaitu reka bentuk integrated circuit dan fabrikasi boleh dikatakan tiada ketika itu. Terdapat beberapa pensyarah dalam bidang semikonduktor dan elektronik tetapi bukan dalam bidang mikroelektronik integrated circuit fabrication. Pada masa itu pensyarah yang saya tahu mempunyai pendidikan dalam bidang mikroelektronik integrated circuit hanyalah saya yang pernah mengikut kursus lengkap sarjana mikroelektronik. Bukanlah bermakna saya pakar, tetapi yang mepunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.
Pengasas-pengasas MIMOS merasakan dengan mempunyai Fab sendiri Malaysia akan dapat menghasilkan beberapa IC khususnya mikrokomputer sendiri. Proses fabrikasi hanya dianggap sebagai perkara yang standard dan tidak perlu kepakaran. Design merupakan perkara yang penting. Maka tiada seorang pun ketika itu yang mengepalai bidang IC fabrication. Memang tiada pun orangnya kecuali yang mempunyai asas fizik semikonduktor. Di awal penubuhan beberapa siri kursus CMOS integrated circuit diadakan. Saya masih ingat sekitar tahun 1985 ketika itu masih belum ada PhD, seminar yang diberikan oleh Dr. Ishidate dari NEC diadakan di Istana Perak(MIMOS). Ceramah beliau adalah mengenai asas CMOS dan bagaimana difabrikasi. Bagi orang litar bersepadu ceramah itu adalah terlalu asas, tetapi bagi kebanyakan peserta lain perkara itu adalah baru, dan mereka hanya perlu tahu untuk tujuan membuat rekabentuk IC sahaja. Profesor John Mavor dari University of Edinburgh yang salah satu universiti di UK yang mempunyai makmal pemprosesan CMOS juga pernah dijemput dan memberikan seminar. Beliau telah menulis buku "Introduction to MOS LSI Design". Saya ketika itu sedang mencari tempat untuk PhD dalam bidang mikroelektronik dan memang sangat berminat dengan CMOS integrated circuit atau yang berkait dengan integreted circuit fabrication. Saya telah mendapat tawaran ke Edinburgh, tetapi atas sebab-sebab tertentu saya telah ke University of Durham pada September 1985 buat PhD di bawah Dr. M.J. Morant orang yang terlibat dalam fabrikasi bipolar transistor pertama di UK. Ini kerana kursus MSc adalah dalam bidang mikroelektronik. Pada masa itu mikroelekronik merupakan satu disiplin masih baru dan tak banyak universiti yang menawarkannya.
Pada sekitar 1986 Prof. Masuri Othman telah pulang dari Southampton University dalam bidang mikroelekronik dan MIMOS sedang rancak mengkaji kemungkinan teknologi dan sebagainya, amak beliau bersam Prof Zawawi, Arif Nun dan lain telah banyak membuat tinjauan ke luar negara. Prof. Masuri memang dari dulu lagi ditawarkan ke MIMOS tetapi barangkali tawaran tersebut kurang menarik berbanding dengan universiti kerana MIMOS ketika itu adalah Jabatan Kerajaan.
MIMOS mahu membina kemudahan fabrikasi CMOS di Malaysia yang boleh mengasilkan IC untuk komputer dan sebagainya. Aktiviti semikonduktor dimulakan apabila MIMOS berpindah ke Bangunan Bursar Saham di Jalan Duta sehinggalah berpindah ke Bukit Jalil sekitar tahun 1995. Pada masa itu cleanroom di UKM sudah pun dibina menggunakan peruntukan tambagahn Bangunan Fakulti Kejuruteraan yang siap dibina pada tahun 1994. Tetapi, cleanroon UKM yang saya bina tidak mempunyai kelengkapan yang cukup, sekadar beberapa peralatan asas seperti Mini furnaces untuk diffusion, oxidation, dan annealing. PECVD, dan metal evaporator yang mudah. UKM telah membelanjakan peruntukan dari Telekom. Dengan peruntukan tersebut kita telah memperoleh sistem gas dan litografi yang terdiri dari mask aligner dan electron beam direct write system yang diperoleh dari Sophia Univesity melalui syarikatnya. Itulah sahaja alat yang terdapat di UKM ketika itu. Beberapa staf MIMOS telah sempat menggunakan kemudahan di UKM untuk latihan dan kajian mudah di bawah penyeliaan saya. Saya pernah diminta oleh pihak MIMOS untuk memasuki MIMOS dan bersama-sama menjalani latihan pemindahan teknologi CMOS di Fraunhofer Institute Germany. Tetapi setelah memikirkan beberapa ketika dan mungkin masih sayang meninggalkan cleanroom yang baru selesai dibina di UKM yang merupakan brain child saya dan sekarang ini sebahagian dari IMEN maka saya tidak
menerima permintaan tersebut. Pada masa itu orang memunyai sentimen yang universiti lebih baik dari MIMOS yang masih Jabatan Kerajaan.
Sebenarnya aktiviti di MIMOS memanglah mempunyai kaitan rapat dengan bidang minat saya terutama yang berkaiatan IC Design and fabrication. Tetapi, yang lebih penting ialah Malaysia perlu melahirkan ramai sumber manusia yang terlatih dalam bidang ini. Jika tidak kita tidak dapat merancangkan apa yang akan kitakan lakukan untuk menghasilkan sesuatu projek. Memang malaysia terkenal dan merupakan salah satu pengekspot terbesar komponen elektronik di dunia, tetapi tidak banyak malah tiada aktiviti penyelidikan untuk menyokong industri tersebut. Kita hanya merupakan melaksanakan apa yang dirancang oleh negara asal pengeluar. Tidak seperti di Korea dan Jepun, apa yang kita lakukan mungkin tidak yang diperlukan oleh pengeluar. Jadi suasana kita berbeza dengan mereka. MIMOS sepatutnya boleh melahirkan ramai ahli teknologi dalam bidang rekabentuk IC dan pembuatanya. Tetapi apa yang berlaku yang saya masih ingat pada tahun 1999 telah lahir satu syarikat yang diterajui oleh Muslim Amerika memohon kepada Kerajaan untuk membuka dan memulakan industri IC Design yang memerlukan ratusan juta dolar Amerika dari Kerajaan. Dalam permohonan, beliau menyatakan Malaysia belum ada aktiviti IC design, sedangkan kita sudah mulai sejak MIMOS ditubuhkan, malangnya tidak kelihatan. Akhirnya syarikat tersebut tutup setelah dibuat penilaian oleh pasukan yang dilantik oleh Kerajaan secara bebas.

Teknologi CMOS dan MEMS

Di Bukit Jalil, 1996, MIMOS telah membina kemudahan fabrikasi CMOS berasaskan wafer 6" dan teknologi 1 mikron yang dikenali dengan Fab1. Seterusnya MIMOS telah mempunyai Fab2 untuk wafer 8" dan teknologi 0.3 mikron. Dari segi peralatan MIMOS sudah mempunyai kemampuan yang boleh dibanggakan. Telah banyak tenaga manusia yang telah dilatih, tetapi malangnya banyak juga yang meninggalkan MIMOS atas sebab masing-masing. Untuk melatih tenaga manusia dalam bidang ini bukanlah mudah. Sekarang MIMOS menumpukan pula kepada MEMS dan NEMS serta nanoteknologi, di samping bidang-bidang lain yang tidak ada kaitan dengan kemudahan atau kemampuan atau aset utamanya ialah submicron wafer fabrication. Penutupan Fab1 kerana teknologi yang berasaskan wafer 6" dan kos penyelenggaraan yang tinggi, sedangkan masih boleh digunakan terutama untuk penyelidikan dan beberapa proses MEMS agak mendukacitakan orang-orang seperti saya. Penggantian dengan peralatan proses MEMS berasaskan wafer 8" adalah mahal dan tidak perlu, kerana MEMS tidak seperti CMOS IC. MEMS devices dan IC (ASIC) boleh diproses secara berasingan (two die system). Integrasi MEMS dan CMOS pada satu wafer adalah boleh tetapi dalam kebanyakan kegunaan ianya tidak perlu. Semasa membangunkan kemudahan MEMS di IMEN, saya telah upgrade kepada wafer 6" untuk tujuan kerjasama dengan MIMOS dan MEMSTECH. Tetapi nampaknya kerjasama proses tidak dapat dilakukan sekarang kerana MIMOS sudah menukarkan ke 8". Oleh itu kerjasama dalam proses fabrikasi di antara MIMOS dan IMEN tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, kerana proses yang dilakukan di IMEN tidak dapat disambung di MIMOS atau sebaliknya. Tidak banyak foundry di dunia yang menggunakan wafer 8" untuk MEMS, dan masih banyak penyelidikan dan penghasilan produk menggunakan wafer 6". Memang idea yang baik untuk menggunakan 8" tetapi kita sebenarnya tidak ketinggalan jika menggunakan wafer 6" untuk MEMS kerana teknologi MEMS tidak diukur dari saiz wafer seperti IC. Adalah penting memulakan aktiviti dengan peralatan sedia ada atau mengubah dari CMOS ke MEMS daripada menggantikan dengan peralatan baru untuk 8" yang akan mengambil masa, tetapi sudah tentu pengurusan MIMOS mempunyai visi tesendiri yang lebih baik agaknya. Dari dulu lagi MIMOS mahu memonopoli terlalu banyak bidang yang berkait dengan ICT dan elektronik tetapi tidak memfokuskan kepada kekuatan asalnya, tidak seperti yang terdapat di Korea, Taiwan, Thailand dan Singapura. Mereka hanya menumpukan kepada penyelidikan mikroelktronik dan semikonduktor yang menjadi tunjang industri di Malaysia.
Ini cuma pandangan saya dari luar yang melihat dari sudut penyelidikan mikroelektronik dan MEMS
Nanoteknologi masih banyak penyelidikannya yang bersifat asas, jadi agak bertentangan dengan hasrat penyelidikan gunaan MIMOS.

Wednesday, May 13, 2009

Demi masa sesungguhnya Perak dalam kerugian

Sejak 15 bulan yang lepas Negeri Perak dan penduduknya berada dalam kerugian. Itulah akibatnya jika politik tidak stabil. Bagi orang bukan politik, memang politik dirasakan kotor. Bagi orang politik itulah aktivitinya untuk mendapatkan kuasa. Jika seseorang itu bijak dan pandai, tetapi tidak mempunyai kuasa maka tidaklah dapat dia melaksanakan apa yang dirasa betul atau memang betul. Maka, berpolitik memang perlu untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya menjadi pemimpin. Apabila kuasa sudah diperolehi dan sudah menjadi pemimpin dengan mendapat majoriti walaupun satu, maka berpolitik eloklah dihentikan dan tumpukan kepada mentadbir negeri. Tetapi malangnya ia tidak berlaku khususnya di Perak kerana yang berpolitik itu ialah manusia yang sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman kepada Allah.
Perjuangan selama 5 bulan untuk memastikan siapakah MB yang sah, dan setelah diputuskan sah terus mahu membubarkan DUN adalah sesuatu yang pada pendapat saya adalah membuang masa. Dalam tempoh tersebut sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memajukan negeri. Tetapi itulah yang berlaku kerana sentimen kepartian tetapi bukan kerakyatan. Jika sekira berlaku pilihanraya kecil, rakyat sekali lagi menjadi sibuk dan wang terpaksa dibelanjakan lagi demi memuaskan hati orang politik kepartian. Rakyat terus merana dan Perak terus gerhana, terang tidak, gelap pun tidak.

Friday, May 8, 2009

Orang Perak malu kerana ahli DUN tak memalu

Apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak cukup memalukan baru-baru ini. Orang tua bergaduh, pakai baju elok pulak tu. Macam mana nak jadi pemimpin kalau perkara macam itu pun tak boleh terima. Tambah memalukan orang yang dari parti Islam pun sudah tidak menunjukkan sifat yang sepatutnya. Dulu ada yang baring atas jalan, nasib baik tak dilanggo. Mujor lah orang yang bawa kereta tu berfikiran panjang kalau tak tumpo kena langgo. Itu menampakkan cara orang tak pernah dapat kuasa, bila terlepas jadi gila. Orang gila, apa pun alasan tak boleh memimpin. Dulu saya rasa bagus juga jurutera jadi MB, tapi sekarang saya rasa getik kerana sudah kelihatan kengkuhannya. Ini lah sifat orang Melayu yang mudah lupa.
Sebenanya tak perlu pun nak bergaduh sampai macam itu, dalam politik biasalah ada yang menang dan ada yang kalah tak kiralah menangnya banyak mana. Dulu di Kelantan lebihnya 1 sahaja tapi tetap sampai akhir penggal. (Mungkin masa tu tak orang mengajar lompat, lompat ke sini OK, lompat ke sana tak boleh). Itu adalah aturan main (rule of the game). Kalah atau menang kenalah terima.
Dalam keadaan ekononi yang tidak baik sekarang, sepatutnya semua orang patut mencari jalan untuk mengatasinya. Itulah tujuan kita pilih pemimpin, bukan untuk bertumbuk. Malu. Kalau sanggup bertumbuk menentang musuh yang sebenar, tak lah memalukan malah disanjung sebagai pejuang. Budaya Melayu yang penuh sopan santun dan mengikut adat sudah tidak ada lagi. Inilah pengaruh barat yang ditiru tanpa penyesuian. Masyarakat Malaysia nampaknya belum bersedia lagi menjadi masyarakat yang terbuka. Agaknya itulah sebabnya Singapore masih bersifat top down walaupun demokrasi. Jika tidak sukar untuk maju.
Sebagai orang Perak saya merasa amat malu, tak ada lagi yang nak dibanggakan. Kalau nak bergaduh (berhujah), biar dalam perbahasan dengan hujah yang bernas yang menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian.
Semasa saya kanak-kanak dahulu saya masih ingat dalam perlawanan bola antara daerah, apabila kalah main kumpulan itu berkata "bola yelah keme kalah, tapi berlengan belum tahu lagi" (perlawanan bola betullah kami kalah, tetapi bertumbuk belum tentu lagi). Maknanya tidak dapat menerima kekalahan main, dan kalau betul handal diajak bertumbuk.

Wednesday, April 22, 2009

IMEN di MALAYSIA PROGRESS 2008-2009

Pada bulan Disember 2008 IMEN telah dijemput untuk mengiklankan profilnya dalam Jurnal MALAYSIA PROGRESS 2008-2009. Jemputan tersebut dibuat setelah mereka mengenal pasti IMEN merupakan pusat yang menggiatkan bidang nanoteknologi dengan cogan kata yang digunakan "To Power up Role in the Nation Building Process".
Pihak editor Malaysia Progress yang datang ke pejabat saya telah memilih poster syarahan perdana saya sebagai latar belakang dengan sedikit pengubahsuaian, dan diletakan bersebelahan dengan mesej Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato' Mustapa Mohamed. Barangkali mungkin mereka suka warna merah dan kelihatan seperti seperti Pahlawan Cina (Jubah PhD Universiti Durham, UK). Jadi bukan untuk mengiklankan diri sendiri, tetapi layout poster itu katanya dapat menarik minat pembaca. Rekabentuk poster tersebut dibuat sendiri oleh staf IMEN yang memang mempunyai bakat.