Thursday, July 21, 2016
Masuk Parit sampai berLumut
Friday, December 31, 2010
Hubungan IMEN dengan Inter varsity Semiconductor Research Center, SNU dan Institute of semiconductor Fusion Technology, KNU Korea semakin erat.
Bulan Disember 2010 merupakan bulan paling sibuk kerana berbagai aktiviti berlangsung sebelum melangkah ke tahun 2011. Korea - Malaysia joint Workshop on Nanotechnology kali ini merupakan giliran IMEN menjadi tuan rumah terpaksa diadakan pada bulan ini kerana waktu lain tidak sesuai. Selesai urusan dengan profesor Korea, IMEN mempunyai acara untuk kakitangan pula, iaitu perjumpaan tahunan yang kali ini diadakan Everly Resort Hotel, Melaka. Pada 13 Disember 2010, telah berlansungnya pertemuan tahuna
knya sangat serius dan tidak menganggap kita tidak setaraf dengan mereka. Walaupun kadang-kadang kita merasakan merek datang untuk ambil kesempatan bermain golf, tetapi, kali ini tiada seorang pun yang mahu bermain golf. Mereka datang semat-mata untuk berseminar, dan habis seminar terbang pulang ke Korea. Semuanya ditanggung sendiri oleh mereka. Apa yang mereka bentang bukanlah perkara yang sekadar untuk bentang sahaja, mereka membentangkan apa yang mereka buat sekarang.Saturday, December 25, 2010
Asia Nano Camp di UKM dan Asia Nano Summit di Hanoi
Tuesday, August 10, 2010
Bulan Kemerdekaan dalam Bulan Ramadhan: Staf IMEN sambut lebih awal
Monday, July 26, 2010
Seminar bersama IMEN-LIPI ke-4
Kepada pengunjung blog BUHANUDDIN YEOP MAJLIS saya mengucapkan selamat bersua kembali setelah sekian lama blog ini tidak dikemas kini. Sebenarnya banyak perkara yang saya update dalam facebook dan tak sempat untuk berkongsi informasi di sini. Untuk kali ini saya ingin memaparkan aktiviti tahunan IMEN. Sebelum bulan puasa tahun lepas seminar bersama dengan LIPI Indonesia telah diadakan di Bali dan tahun ini giliran Malaysia pula menganjurkan seminar tersebut iaitu kali yang keempat.
Wednesday, April 21, 2010
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
Friday, April 2, 2010
EXCO baru Malaysia Nanotechnology Association(MNA)
Vice president: Prof. Dr. Uda Hashim (UniMAP)
Secretary: Jasin Abd Halim (ASM)
Assistant secretary: Dr Teh Aun Shih (MIMOS)
Treasurer: Dr Azmi Haji Idris (SIRIM)
Committee Members:
1. Prof. Dr. Halimaton Hamdan (UTM)
2. Dr. Zamri Ishak (MARDI)
3. David Khor Tark Wei (MIMOS)
4. Mazri Abu Othman (Crest Technology)
5. Major (B) Zailani Safari (MIGHT)
6. Associate Prof. Aissa Boudjella (UTP)
7. Tengku Sharizad Tengku Dahlan (ASM)
8. Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (UTM)
9. Assoc. Prof. Mohd. Nazlan Mohd. Muhid (UTM)
Thursday, December 31, 2009
Pengalaman semasa di Tanah Suci
Setelah berehat kira-kira dua jam di tempat penginapan barulah kumpulan kami pergi melakukan tawaf dan saei di Masjidil Haram yang jaraknya kira-kira 800 meter dari tempat penginapan. Semasa sampai di masjid, jemaah haji lain dari seluruh dunia sudah pun memenuhi hampir ruang mengelilingi kaabah. Sungguh menakjubkan, dan saya bersyukur kerana te
Ketika berjalan kaki dari masjid pulang ke hotel, jemaah haji yang sudah lama sampai di Mekah sedang berduyun-duyun berjalan menghala ke masjid untuk menunggu sembahyang subuh jam 5.15 pagi. Jadi kami terpaksalah berjalan menentang arus manusia. Kami terpaksa pulang sebab terlalu letih dan mahu tukar pakaian dari kain ihram kepada pakaian biasa setelah lebih satu dalam perjalanan.
Aktiviti sementara menunggu hari wuquf, adalah bersembahyang waktu dan iktikaf di Masjidil Haram yang mempunyai kelebihan 100,000 kali lebih baik dari sembahyang di masjid lain. Ulang - alik ke Masjidil Haram adalah berjalan kaki sejauh 1.6 km pergi dan balik melalui jalan yang dipenuhi dengan lautan manusia untuk tujuan yang sama. Sebenar
Hujan turun dengan lebat(mengikut standard Mekah) pada hari Tarwiyah iaitu sehari sebelum Wuquf. Hari wuquf jatuh pada 27 Dec, dan untuk mengelakkan jam tabung haji mengarahkan semua jemaah pergi ke Arafah sehari sebelum wuquf untuk bermalam untuk menungggu waktu wuquf esoknya. Tetapi kerana hujan dan terjadi banjir di Arafah, maka kami terpaksa bertolak pada pukul 11 malam dan sampai jam 12. Semua karpet dan khemah basah dan tiada lampu. Di situ bermulanlah dugaan yang perlu ditempuhi. Kami tidur dengan suasana dalam khemah yang gelap, basah dan banyak nyamuk. Tetapi segala cabaran tersebut telah dapat dilalui sehingga hari siang. Waktu wuquf iaitu apabila gelincir matahari atau waktu zohor hingga terbenam matahari. Semua jemaah mesti berada di Arafah walaupun sebentar, tetapi sempat berada disitu sehingga waktu maghrib sebelum bertolak ke Muzdalifah untuk bermalam. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui tanpa sebarang masalah. Sampai di Muzdalifah jam 10 malam, kami berada di situ hingga pag esoknya, dan sempat tidur di lapangan beratapkan langit dengan nyenyak.
Selepas Muzdalifah kami bergerak ke Mina untuk bermalam dan untuk melontar Jamrah Kumbra di sebelah malam. Keadaan di khemah Mina cukup bersesak. Keadaan tandas juga cukup sesak dan terpaksa berbaris panjang untuk buang air. Jadi kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Jarak di antara khemah kami dengan tempat melontar boleh dikatakan tidaklah jauh berbanding jemaah negara lain iaitu cuma 3.4 km sahaja. Tempat melontar cukup selesa kerana telah dibina 5 tingkat. Saya difahamkan bahawa kontraktor yang membinanya adalah kontraktor Malaysia.
Kami dari kumpulan Darul Mubarak telah membuat keputusan untuk membuat Nafal Awal dan berulang alik dari Mekah ke Mina dan tidak tidur di Mina. Jarak diantara Mina dan Mekah cuma 5 - 6 km. Pada hari ke 12 Hijrah kami melontar untuk hari ke 11 dan 12 pada hari yang sama. Setelah itu selesailah urusan melontar dan pulang ke Mekah untuk tawaf dan saei haji. Apabila kesemuanya selesai makan selesailah ibadah haji.
Kami ada 12 hari lagi tinggal di Mekah sebelum ke Madinah. Masa itu digunakan untuk melakukan beberapa kali umrah dan ibadah sunat di Masjidil Haram.
Pada hari ke 30 berada di Mekah maka sampailah ketikanya untuk bertolak ke Madinah. Sebelum itu jemaah mesti melakukan tawaf Wida' atau tawaf selamat tinggal. Saya sempat lakukan selepas sembahyang subuh. Keadaan ketika itu cukup sesak, lautan manusia mengelilingi kaabah seolah seperti ombak tsunami, tetapi Alhamdulillah saya dan isteri dapat melakuknnya sehingga selesai 7 pusingan.
Kami sampai di Madinah jam 5 petang, perjalananya mengambil masa 6-7 jam dengan sekali berhenti untuk buang air, makan dan sembahyang. Tempat berhenti atau R&R nya tidak selesa berbanding R&R lebuh raya kita. Kemudahan yang terdapat sangat asas, mungkin sebabnya kerana teerletak di tengah padang pasir.
Bandar Madinah adalah lebih moden dan bersih, hotelnya jauh lebih baik dari Mekah dan berhampiran dengan Masjid Nabawi. Di Madinah kami tinggal selama 8 hari untuk membolehkan setiap jemaah berpeluang sembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi. Kelebihan sembahyang di Masjid Nabawi adalah 1000 kali lebih baik dari lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram. Di hari pertama di Madinah kami dibawa menziarah Makam Rasullullah (SAW) dan raudhah yang merupah sebahagian dari bangunan Masjid Nabawi.
Setelah 8 hari di Madinah, maka sampailagh saatnya untuk kembali ke Tanah air. Saya amat bersyukur kerana segala urusan telah berjalan dengan lancar sehingga selesai. Kami berlepas dari Madinah ke KLIA dengan penerbangan Arab Saudi. sampai di KLIA jam 1.45 pagi 24 Disember.
