Saya akan memberikan syarahan perdana bagi jawatan profesor yang menjadi syarat kepada semua profesor yang dilantik di UKM. Pada mulanya syarahan perdana tidak dirasakan begitu penting berbanding dengan usaha mencari dana penyelidikan yang juga memerlukan tumpuan serta usaha yang gigih. Syarahan boleh dibuat tanpa mempunyai penyelidikan yang besar. Ramai profesor yang begitu aktif dalam penyelidikan dan menghasilkan paper untuk jurnal serta membentangkan di persidangan antarabangsa yang berprestig sehinga tidak menganggap penting untuk memberikan syarahan perdana.
Tetapi, walau bagaimana hebat sekalipun penyelidikan yang dilakukan dan telah diiktiraf diperingkat antarabangsa, jika tidak memberikan syarahan perdana, profesor tersebut tidak dipandang hebat di UKM dan tidak mempunyai peluang untuk dinaikkan ke gred B atau disambung kontrak lebih dari tiga kali (bagi yang sudah bersara).
Tahun ini saya tidak begitu peduli untuk mencari dana penyelidikan baru kerana mahu menyiapkan syarahan perdana. Di UKM, setiap syarahan perdana mesti melalui jawatankuasa peringkat fakulti/institut dan peringkat universiti. Setiap cadangan syarahan perdana dinilai oleh jawatankuasa ini. Jika semuanya ok dan memenihi kriteia barulah boleh memberikan syarahan. Di UKM sudah ada 101 syarahan perdana, dan saya telah mendapat nombor ke 102 yang mungkin akan diberikan pada bulan Oktober. Keaktifan memberikan syarahan perdana begitu rancak semasa Sharifah Habsah sebagai NC, kerana beliau sangat menggalakkan. Tajuk syarahan ialah,
"MEMS DAN NANOTEKNOLOGI: Pencetus Revolusi Teknologi Mega-impak ke atas Masyarakat Madani"
No comments:
Post a Comment