Tarikh 16 September 2008 adalah tarikh yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan Pakatan rakyat memerintah. Tetapi untuk semua itu berlaku ia memerlukan 30 wakil rakyat BN melompat dari BN ke PR. Soalnya adakah wajar melompat sedangkan kemenangan mereka adalah atas kehendak pengundi yang mengundi mereka jadi wakil rakyat BN. Kalau tradisi melompat ini dibenarkan berlaku, maka tak gunakan sistem pemilihan oleh rakyat dan tak adalah demokrasi. Walaupun belum ada undang-undang untuk menyekat perkara itu berlaku, tatapi ianya adalah tidak beretika. Saya pun keliru dengan orang-orang politik ni.
Mandat rakyat mestilah diperolehi jika mahu berpindah parti. Sekarang seolah-olah rakyat diajar supaya tidak beretika. Kalau mahu tukar pemerintahan sepatutnya melalui pem,ilihan. Dan jika pemilihan sudah dibuat ianya harus dihormati. Oleh itu kalau Anwar Ibrahim nak jadi PM tunggulah piliharaya akan datang jika menang. Tapi bukan dengan minta belas kasehan wakil rakyat sedia ada untuk lompat parti.
Tak tahu apalah nak jadi,Eloklah tak jadi oarang politik, duduk di universiti buat kerja yang jauh lebih interesting dan menjana ilmu. Tapi tak ambil tahu pun, susah juga sebab mereka yang menentukan dasar. Berubah menteri berubah dasar. Lainlah kalau menteri bukan orang politik seperti di Indonesia, Iran dan lain2.
No comments:
Post a Comment