Friday, January 16, 2009

Aida Juara Gadis Melayu

Pencarian siapa yang akan dinobatkan sebagai Gadis Melayu telah terjawab semalam apabila Khairul Noormaidah Zali atau lebih senang dengan panggilan Aida terpilih sebagai Gadis Melayu anjuran TV9. Penampilan dan kepetahannya menjawab soalan Prof. Dato' Nik Sapiah dengan dimulai dengan pantun memang memukau. Sebelum keputusan memang saya sudah memberikan kemenangan. Sebenarnya saya buka TV9 secara kebetulan dan ternampak mukanya. Saya memang tak tahu rancangan tersebut. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepadanya dan kedua ibu bapa beliau.
Sebenarnya Aida adalah anak kepada anak saudara saya Yamani binti Yahya dan Zali. Dari segi pangkat Aida merupakan cucu saudara iaitu datuknya Yahya Yeop Majlis merupakan abang saya yang belum tua lagi! (baru ~75).

5 comments:

juelee said...

tahniah prof sebab cucu sedara prof menang..

saya nie bekas student prof masa kat ukm dulu..

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Terima kasih, ya saya masih ingat. Terima kasih juga kerana melawat ke blog ini.

Rasha_rz said...

keluarga kita besar. am tak kenal dia sampailah bang din jadi juru cakap bagi pihak Aida masa dia dilamar Program Gadis Melayu TV9. sejak itu kami tak pernah mis tengok rancangan tu.memang dia hebat. memang patut menang. Sama mcm pakcik Ya yg gemar berteka-teki, cucunya bijak berpantun. Tahniah sekali lagi.semoga terus berjaya.

Miss Neddy said...

wah! Tahniah aida...B4 diz org selalu tnya neddy, kenapa tak msk pertandingan GADIS MELAYU...ermm neddy ckp, nk msk gadis melayu kena ada kriteria2 tertentu dan confident.. rs nya neddy blm cukup confident dan belum ada kriteria2 utk jd peserta pertandingan tersebut.

Tp apa yg best, family neddy pun menjangkakan kemenangan Aida..congratulation buat aida & family.

Noreimi said...

Salam pak han,

Emi nih.. seronok dapat baca blog kak am dgn blog pak han.. emi jumpa kak am masa kenduri Gadis Melayu - Aida tempoh hari..

betul kata kak am.. keluarga kita besar.. kkdg2 sampai tak kenal cucu sedara.. anak sedara yg dah besar2.. memang pun.. si Gadis Melayu tu memang petah bercakap..