Tahun 2009 Fakulti Kejuruteraan UKM telah mencapai umur 25 tahun. Suatu tempoh yang secara relatif masih dianggap muda berbanding dengan UM dan UTM. Tetapi dalam usia 25 tahun, menurut Dekan Prof. Dr. Marzuki Mustafa fakulti telah mencapai banyak kejayaan dan telah memintas kedudukan universiti lain di Malaysia. Nama fakulti pun telah ditukar kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).
Pada 31 Jan 2009 telah berlansungnya Majlis Makan Malam tahunan yang ke 20 lebih, di Menara PJH Putarajaya. Majlis untuk tahun 2008 tersebut terpaksa ditunda ke tahun 2009 kerana terlalu banyak aktiviti diakhir tahun 2008). Saya yang sudah hampir 7 tahun tidak sepenuhnya dengan fakulti kecuali di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem kerana sibuk dengan tugas di IMEN merasa agak hampir asing kerana ramai staf baru yang saya tidak kenal, walaupun IMEN berada di bawah satu bumbung dengan fakulti. Saya tidak pasti sama ada mereka yang baru-baru kenal saya atau tidak. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Shahabuddin Naib Canselor UKM seta suami dan dihiburkan dengan aritis jemputan Nazrey bekas penyanyi RAIHAN dan diacarakan oleh Nordin Md. Salleh dari Radio KL FM. Seperti biasa di majlis tersebut beberapa anugerah telah disampaikan kepada kakitangan yang memberi sumbangan dalam tahun tersebut 2008. Salah satu anugerah yang disampaikan ialah "Anugerah jasa mu dikenang" kepada mereka yang telah bersara wajib pada tahun 2008. Prof. Dr. Kasmiran Jumari telah dianugerahkan bersama dengan Pn Noraini bekas kakitangan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur.
Mengimbas kembali kenangan semasa Majlis makan Malam ke - 4 yang diadakan di Hotel Crown Plaza K.L. pada 1992 di mana saya adalah pengacara majlis(MC). Masa itu tak cukup peruntukan untuk jemput pengacara luar. Dekan pada masa itu ialah Ir. Prof. Dato' Dr. Zainul Abidin Shariff. Kebetulan semasa membersihkan fail-fail lama pagi ini saya terjumpa teks semasa menjadi MC Majlis Makan Malam tersebut yang saya sediakan dalam bentuk pantun dan seloka. Saya turunkan di sini di antara semoga menjadi ingatan dan bahan menungan bersama,
Selamat datang ke Majlis Makan Malam yang ke empat
Yang dihadiri oleh tetamu-tetamu hebat
Mewakili universiti, industri dan juga pejabat
Yang datang dari jauh dan dekat
Kerana jalinan hubungan sudah terikat
Kita lupakan pangkat dan juga darjat
Tidak seperti kitika di pejabat
Supaya hubungan menjadi rapat
Semoga semuanya mendapat berkat
Majlis makan malam kegiatan tahunan
Usahan Fakulti menjadi kebanggaan
Kejayaan pelajar dan kakitangan mendapat pengiktirafan
Kehadiaran tuan/puan sangat dialukan
bukan sekadar untuk makan
tetapi untuk meraikan mahasiswa dan graduan kejuruteraan
serta kakitangan yang cemerlang dan yang masuk ke alam persaraan
Kejayaan fakulti mengeluarkan graduan
menjadi kebanggaan dan mendapat sokongan
Dari swasta dan juga Kerajaan
Untuk memenuhi impian dan wawasan
tahun 2020 jauh di hadapan
Menjadikan Malaysia Negara Perindustrian
Sebelum impian menjadi kenyataan
terlebih dahulu dibuat persiapan
Di sini peranan Fakulti Kejuruteraan
Jika dipanjang umur dan dijaga kesihatan
dui waktu intu ada yang sudah mennjadi jutawan.
.... dan banyak lagi..
Masa itu yang bersara ialah Tn. Hj. Abdul Rauf Hj Hassan pembantu makmal kanan JKKP. Prof. Dr. Mohd. Zawawi Ismail telah mendapat cendera hati dari Dekan FK kerana dianugerahkan bintang DPSK dari Sultan Kelantan yang membawa gelaran Dato'.
Siapakah Prof. Kasmiran, mungkin staf baru-baru tidak banyak yang mengenalnya. Prof. Dr. Kasmiran merupakan Ketua Jabatan Elektronik yang ke-4 (sekarang yang ke - 12) dan bekas Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) yang ke - 2 (sekarang yang ke- 6) sebelum beliau dilantik menjadi pengarah Pusat Komputer sejak 1995 sehingga tahun 2006. Beliau bertanggung jawab membangunkan sistem rangkaian di UKM.
Prof. Kasmiran mempunyai kepakaran dalam mikrporessor dan Software Engineeing. Beliau mempunyai minat dalam elektronik secara hands on semasa menjadi pelajar UKM sekitar tahun 1974 - 1977. Tahun 1974 merupakan tahun demonstrasi pelajar di UM dan UKM dan Kasmiran yang tinggal di Kolej pertama di Kampus Jalan Pantai Baru telah membuat sistem radio (hobinya) yang dapat menerima perbualan walkie-talkie polis ketika itu dan memberi tahu pelajar lain di Kolej. Jadi beliau menjadi popular dan dikenali oleh semua orang yang seangkatan dengannya. Sifat hands-on beliau telah menggiatkan aktiviti dalam elektronik terutamanya yang berkait dengan mikroprosesor di Jabatan Elektronik sejak 1981 lagi iaitu semasa saya mula menjadi pensyarah dan di tahun yang sama juga Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mengantikan Tun Hussein Onn.
Semoga Prof. Dr. Kasmiran akan terus menyumbang tenaga dan pengalaman dalam pembangunan anak bangsa melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi di FKAB khususnya.
2 comments:
Tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan kerana telah mencapai umur 25 tahun. Sebagai seorang daripada pelupur Fakulti saya amat terharu kerana tiada jemputan diterima untuk menghadiri majlis MM. Saya telah berpindah ke tempat lain.
Universiti selalu berkata tentang pentingnya bekas-bekas graduan dan alumni dipanggil balik untuk memberi sumbang-balik kepada universiti. Tetapi malangnya, mereka yang telah berkhidmat dengan Fakulti dan sekarang berada di tempat lain, dianggap sebagai "kambing hitam."
Fakulti seharusnya bangga dengan mereka-mereka yang telah berkhidmat dan telah meninggalkan Fakulti. Mereka ini boleh dianggapkan sebagai "produk" Fakulti dan menjadi duta Fakulti pada dunia luar. Perlu ada anjakan paradim kepada pemikiran bahawa mereka yang telah meninggalkan adalah Fakulti adalah "kambing hitam."
Saya boleh agak siapa ni. Ya saya setuju pandangan ini. Sekarang kebanyakan AJK MM adalah orang baru, saya pun tak kenal. Mereka tak peka tentang perkara ini. Banyak anugerah yang diberikan pun ramai yang mengadu tak puas hati.
Post a Comment