Hari ini dalam Buletin Utama, Menteri Pengajian Tinggi berkata mahu memperluaskan KPI kepada IPTA. Sebenarnya universiti sudah pun menggunakan KPI (Key Performance Indicator) atau Petunjuk Nilai Prestasi lebih awal lagi. Setiap pensyarah khusus akan dipantau dari segi KPI untuk kenaikan pangkat, begitu juga Fakulti, Institut dan Pusat. Prestasi pensyarah diukur dari segi Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan. Peratusan sasaran yang digunakan bagi setiap Fakulti, Institut dan Pusat bergantung pada masing-masing universiti sama ada ia univesiti penyelidikan atau pengajaran. Misalnya bagi UKM sebagai universiti penyelidikan 30% Pengajaran, 50 % Penyelidikan dan 20% Perkhidmatan(ini hanya contoh sahaja, peratus sebenarnya adalah berbesaza untuk setiap Fakulti dan Institut penyelidikan di universiti).
Sebenarnya penggunaan KPI yang telah digunakan di IPTA dan lain RI diperluaskan ke peringkat menteri bukan sebaliknya.
Dahulu semasa Menteri Pendidikan Tinggi yang pertama mengatakan akan memperkenalkan sistem mentor dan mentee kepada IPTA, tetapi sejak saya mula kerja di universiti pada tahun 1981 lagi sudah diamalkan, mungkin agaknya baru tahu.., tapi kita sudah lama mengamalkan.
Kenyataan Dato' Khalid Nordin mengenai KPI untuk IPTA masih mengungkapkan yang goverment knows best, dan ini betentang dengan apa yang Dato' Sri Najib maksudnya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment