Friday, May 8, 2009

Orang Perak malu kerana ahli DUN tak memalu

Apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak cukup memalukan baru-baru ini. Orang tua bergaduh, pakai baju elok pulak tu. Macam mana nak jadi pemimpin kalau perkara macam itu pun tak boleh terima. Tambah memalukan orang yang dari parti Islam pun sudah tidak menunjukkan sifat yang sepatutnya. Dulu ada yang baring atas jalan, nasib baik tak dilanggo. Mujor lah orang yang bawa kereta tu berfikiran panjang kalau tak tumpo kena langgo. Itu menampakkan cara orang tak pernah dapat kuasa, bila terlepas jadi gila. Orang gila, apa pun alasan tak boleh memimpin. Dulu saya rasa bagus juga jurutera jadi MB, tapi sekarang saya rasa getik kerana sudah kelihatan kengkuhannya. Ini lah sifat orang Melayu yang mudah lupa.
Sebenanya tak perlu pun nak bergaduh sampai macam itu, dalam politik biasalah ada yang menang dan ada yang kalah tak kiralah menangnya banyak mana. Dulu di Kelantan lebihnya 1 sahaja tapi tetap sampai akhir penggal. (Mungkin masa tu tak orang mengajar lompat, lompat ke sini OK, lompat ke sana tak boleh). Itu adalah aturan main (rule of the game). Kalah atau menang kenalah terima.
Dalam keadaan ekononi yang tidak baik sekarang, sepatutnya semua orang patut mencari jalan untuk mengatasinya. Itulah tujuan kita pilih pemimpin, bukan untuk bertumbuk. Malu. Kalau sanggup bertumbuk menentang musuh yang sebenar, tak lah memalukan malah disanjung sebagai pejuang. Budaya Melayu yang penuh sopan santun dan mengikut adat sudah tidak ada lagi. Inilah pengaruh barat yang ditiru tanpa penyesuian. Masyarakat Malaysia nampaknya belum bersedia lagi menjadi masyarakat yang terbuka. Agaknya itulah sebabnya Singapore masih bersifat top down walaupun demokrasi. Jika tidak sukar untuk maju.
Sebagai orang Perak saya merasa amat malu, tak ada lagi yang nak dibanggakan. Kalau nak bergaduh (berhujah), biar dalam perbahasan dengan hujah yang bernas yang menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian.
Semasa saya kanak-kanak dahulu saya masih ingat dalam perlawanan bola antara daerah, apabila kalah main kumpulan itu berkata "bola yelah keme kalah, tapi berlengan belum tahu lagi" (perlawanan bola betullah kami kalah, tetapi bertumbuk belum tentu lagi). Maknanya tidak dapat menerima kekalahan main, dan kalau betul handal diajak bertumbuk.

6 comments:

Anonymous said...

Betul tu Prof. Malu betul. Sebagai anak Perak yang berada di perantauan, terkesan juga dengan apa yang berlaku di Perak.

Prof, saya ni student Prof dulu. Master Microelectronic sesi 2002/03. Sekarang ni tgh sambung PhD di Durham. Baru 4 bulan. Ni ikut jejak kaki Prof la ni. Jemputlah singgah rumah kalo ke Durham lagi.

-Zarina, Durham.
zarina7400@yahoo.com

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Di Durham U biasa postgraduate tinggal di Keppier House.
Siapa supervisor. Kalau di EE saya masih kenal Prof Alan Puvis(tak ingat ejaan), Dr. Simon Johnson.
Technician John Gibson.
Supervosor saya masih ada (sudan retire) Dr. M.J. Morant.

zarina said...

Skrg Postgrad tinggal di Keenan House. Bersebelahan dgn Hospital Durham. Supervisor saya Prof Mike C Petty. Org lama Durham. Prof Alan Purvis masih ada. Dr Simon Johnson rasanya dah tak de. Dulu cadang nak buat PhD dgn dia tapi dia tolak. John Gibson masih lagi kuat. Dia yang ajar saya safety dlm clean room. supervisor Prof rasanya dah retire.

PUTERI said...

Ya malu betul Prof..sy tak kenal Prof tp terjumpa blog nie masa google kejuruteraan UKM, tgh cari info..

seronok tgk ada Prof yg juga berblog..

Ada masa silalah ke blog sy yang daif,

http://puterinafisah.blogspot.com

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Terima kasih kerana sempat singgah di blog ini, walaupu terjumpa.
Blog yang merupakan media alternatif perlu dimanfaatkan secara betul. Tun Dr. Mahathir yang sudah melebihi 80 tahun usia pun sempat berblog kerana beliau menganggap blog sebagai media untuknya menyampaikan pandangan dan komen terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeling kita.

Anonymous said...

salam ..prof
Taniah teman nak ucapkan pada mike ..buat pertama kali teman jumpa dlm golongan akdemik yg lantang bercakap pasel politik ..teman suka hujah mike ader fakta bukan auta ...pemikiran yg terbuka ..bukan setengah golongan tu ..bercakap berdegar-degar tapi biler dapat kuasa satu aper pun tak berjaya kerojer nyer nak berceramah tak renti-renti..politik-politik.sebenar teman nie juga berkerja di ipta. juga tak payah ler teman bgtau ipta mana pada mike ..tapi dah lama teman kerojer ..teman rase dari serendah-rendah gred staff hingga setinggi gred prof gred C,B,A, kanan ker dan mcm2 jawatan , kebanyak teman rase byk yg hentam dasar kerajaan ,byk mebangkang bukan utk membina dan berpikiran terbuka serta memikir dgn positif.sebalik asyik dah menghentam kadang2 teman pelik tgk org yg berkelulusan phd tapi otak masih pada tahap yg rendah ...mudah sangat dengar citer politk yg sempit..balik2 konpirasi kerajaan ..macam kerajaan tak kerojer lain agak nyer..nak buat konpirasi..teman ingat lagi kes bukit jenalik yg berlaku berhampiran kampung teman pada july tahun 2000...ader ker deme.bodoh aper org mati kena tembak leh cakap sandiwara ..yg kena tembak tu manusia bukan batang nyor atau batang pisang kata sandiwara...akhir kata dari teman buat mike taniah sekali lagi semoga tulisan dibaca oleh generasi akan datang supaya mereka tahu aper itu perjuangan yg sebenar ...bukan perjuangan bertopeng Islam tapi kafir yg dok bagi arahan..menang sorak kampung tergadai..