Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia(MASS) telah berusia 24 tahun yang ditubuhkan pada tahu 1984. Pengerusinya ialah Prof. Datuk Dr. Muhammad Yahaya sejak penubuhan sehingga kini. Salah satu aktiviti MASS adalah penganjuran persidangan keadaan pepejal setiap tahun dan menerbitkan kertas yang terpilih untuk diterbitkan dalam jurnal. Saya telah menjadi ahli MASS sejak 1991 dan pernah diundang sebagai invited speaker pada tahun 1998 untuk bercakap tentang teknologi GaAs. Sehingga kini MASS mempunyai keahlian lebih dar 300 orang dari seluruh Malaysia.
Pada 1 Disember 2008 saya telah menerima watikah perlantikan sebagai Felo Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia(MASS) di Majlis Makan Malam Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal yang ke 24 - RCSSST2008, di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Pada kali ini UPM menjadi tuan rumah sebagai penganjur bersama yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Abdul Halim Shaari. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MASS yang telah memilih saya sebagai felo (FMASS).
Di kesempatan itu saya sempat meninjau perjalanan persidangan yang saya kira mendapat sambutan yang baik. Terdapat 2 keynote dan 3 plenary disamping lebih dari 200 kertas kerja dalam bidang Ceramics and Glasses, Magnetic Materials, Materials Preparation anda Characterisation, Metals and Alloys, nanosciences and nanotechnology, Optical and Dielectric materials, Polymers and Composites, Semiconductor and Devices, Superconductors, Theory, Simulation & Modelling, Thin Films.
MASS bagi pandangan saya telah berjaya membina kritikal massa dalam bidang fizik dan kimia keadaan pepejal.
4 comments:
Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia(MASS) ni sebaya dgn Nadia..:)
Prof,
Orang bercinta pun kena tau ilmu lain gak selain ilmu bercinta, betul tak prof..
Neddy rasa, dari pengalaman org lain, kita blh tambah kan ilmu jg..:)
Thanx prof kerana sudi menjengah ke blog Neddy yg tak seberapa tu..:)
balik kampung jom? solat sunat aidil adhar kat kampung. tak rindu ke kampung kita?
Raya Haji ni tak balik Parit, tapi pergi Ulu Klang aje jumpa emak. Dah tak ada orang kat kampung.
Post a Comment