Pada 16 Disember 2008 istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Negara. Saya telah dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) atau dalam Bahasa Inggeris "Companion of the Order of the Defender of the Realm". Darjah tersebut telah dianugerah pada Jun 2008, tetapi istiadatnya dilakukan secara beringkat sehingga akhir tahun ini. J.M.N. yang diujudkan pada 1958 merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga, tetapi tidak mempunyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat pertama Tun. Bersama penerima pada hari ini ialah Tan Sri Rafidah Aziz yang menerima Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri, lima orang menerima Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk diantaranya Y. Bhg Datuk Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Othman Lebai Saad. Tiga orang menerima J.M.N. termasuk saya sendiri.
17 orang menerima Johan Setia Mahkota (J.S.M), 50 orang menerima Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), 93 orang menerima Ahli Mangku Negra (A.M.N.), dan 138 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
Selepas majlis pengurnian, semua penerima P.M.N., P.J.N. dan J.M.N. bersama pasangan masing-masing dijemput mimum bersama Yang di-Pertuan Agong di Dewan Tetamu, manakala penerima lain di luar Istana. Makan bersama Agong penuh dengan adat dan sopan, jadi terpaksalah makan alah kadar sahaja, walaupun sebenarnya nak makan betul sebab pagi tu tak sempat sarapan. Saya tidak menyangka saya kena minum bersama Agong, rupanya darjah yang diterima melayakannya. Malangnya gambar tidak boleh diambil di dalam dewan tersebut. Selepas minum semua penerima diminta masuk semula ke Balai Rong Seri untuk ambil gambar setiap seorang oleh jurufoto Istana. Oleh sebab terdapat 270 orang penerima terpaksalah beratur panjang, semasa dalam barisan seorang pegawai Istana memberitahu bahawa penerima J.M.N. ke atas tidak perlu beratur, terus sahaja kedepan. Itu telah menjimatkan masa kerana pukul 2.00 saya ada meeeting dengan profesor dari Veana di UKM. Jika perlu beratus saya rasa pukul 2.00 petang baru selesai.
Itulah serba sedikit pengalaman di Istana Negara dalam istiada pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat.
12 comments:
tahniah. satu lagi kejayaan anak lambor. gelaran tidak penting, yang mustahak dihargai. opah su mesti bangga dengan pengurniaan itu.
tahniah sekali lagi.
Tahniah juga daripada adindamu Jamaluddin Yeop Majlis
Terima kasih rr dan Jamaluddin Yeop Majlis, Pukul 1 pagi nanti saya akan berlepas ke Seoul, Korea untuk 2 minggu atas undangan dari Korea sebagai profesor pelawat. InsyaAllah pulan tahun depan 1 Januari.
Tahniah...saya sebagai adik amat berbangga atas pengurniaan tersebut..mungkin sebagai pemangkin utk pingat2 yg lain...ha..ha...tahniaaaaah
Salam,
Kami keluarga Hashim/Arbaayah (HashimArbain) juga mengucapkan TAHNIAH kepada Pak Han di atas pengurniaan Pingat JMN. Ini merupakan satu pengiktirafan dan juga kalungan penghargaan bukan sahaja kepada penerimanya, malah menjadi kebanggaan seisi keluarga Yeop majlis.
Selamat maju jaya Pak Han....
Terima kasih. Saya sekarang di Korea sebagai profesor pelawat di Seoul National University.
Tahniah Prof Burhan di atas pengurniaan pingat tersebut.
Suhaila,
Fellow Research SERI
x-student IMEN
Tahniah prof..maaf, lambat ucapkan tahniah...bangga Neddy dpt kenal dgn org mcm prof.. dulu takut nk dekat dgn org mcm prof, sebab sape la neddy nk kenal dgn org2 spt prof..
P/s : Prof, TravelBreeze ni blog kedua Neddy. Neddy baru mula bisnes kecil2 dgn kwn2. Doakan kejayaan Neddy ye prof.
Ups.. mungkin prof lupa blog pertama neddy (www.wannadea.blogspot.com)
P/s : org bercinta pun kena cari ilmu lain jg selain ilmu cinta..
hehe...
thanx prof, neddy ambil semangat prof untuk mulakan bisnes ni..
tunang neddy kirim salam pd prof.
(dia pun dh mula bc blog prof)
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..... TAPI TU LA PASAL YEK.... APASAL LA TAK ADE GELARAN PULAK ....ORG NI... LEBIH KPD GELARAN....YE LAH ... BAB2 KOD2 PINGAT YG DITERIMA TU MANALAH ORG TAU SGT KA.... TAPI TAK APA LAH ...JANJI ADA PENGHARGAAN.....
wah... sume kumpul di sini berucap tahniah ha? bagus.... tahniah pada semua.
Tapi pak jalil, gelaran dari pingat tu tak penting, panggilan datuk tu akan dapat nanti. tu... yg kawin hari tu? dah dapat pingat ke belum? itu anugerah paling besar utk pak han tu... siap boleh peluk cium.
Terima kasih semua atas ucapan tahniah. Sebenarnya sy amat menghargai anugerah tersebut. Kita kena sentiasa bersyukur atas segala kebaikan dan bersabar atas segala musibah, itulah kunci kebahagiaan. Kalau di universiti gelaran yang paling utama adalah Profesor. Gelaran lain akan disebut selepas itu. Kalau gerlan Tan Sri akan disebut Prof. Tan Sri... bukan Tan Sri Prof.
Terima kasih Neeedy dan tunangnya kerana turut berbagga, semoga terus menempah kejayaan.
Post a Comment