Tidak banyak pemimpin yang meminati teknologi dan keperluannya kepada negara. Malaysia yang dahulunya hanya dikenali sebagai pengeluar getah dan bijih timah berubah menjadi negara industri pembuatan(manufacturing) disamping masih sebagai pengeluar hasil bumi seperti minyak. Kebergantungan kepada komoditi sahaja sememangnya tidak membolehkan Malaysia menjadi secara relatif makmur dan mewah seperti yang telah dikecapi sekarang ini.
Saya melihat Tun Dr. Mahathir bukan dari segi politik, tetapi sebagai seorang yang mengetahui tentang perkembangan teknologi tinggi dan kehendak pasaran. Malaysia tidak mungkin mengeluarkan kereta sepertio PROTON dan PERODUA jika Dr. Mahathir tidak memulakan kerana pada masa itu tentangannya cukup banyak termasuk dari kalangan ahli ekonomi. Ada yang berkata, membuat benang pun kita tidak mampu inikan pula membuat kereta. Sekarang kereta itulah yang mememuhi jalan raya kita. Perusahaan kereta tersebut telah menghasilkan banyak industri hiliran yang mengeluarkan komponen-komponen kereta, dan menjadi tempat ahli teknologi kita yang dihantar belajar keluar negara mempraktikan ilmu yang dipelajari. Sekarang rakyat Malaysia sudah yakin dengan kebolehan kita. +==> Malaysia boleh.
Sekitar tahun 1983/84 istilah multimedia super corridor sudah diperkatakan, masa itu saya pun tak faham sangat (baru jadi pensyarah). Banyak orang tidak nampak apa yang terdapat dalam fikiran Dr. Mahathir. Sebenarnya industri masa hadapan akan menjana banyak pendapatan dan peluang pekerjaan adalah ICT. Maka suatu projek mega dibuat untuk mempraktikan ICT yang belum terdapat di mana-mana negara di dunia. Maka wujudkan KLIA, Cyberjaya, Putrajaya dan KLCC. Kesemua projek mega ini menggunakan konsep bangunan pintar (inteligent building). Lepasan universiti yang dilatih mempunyai tempat untuk menggunakan ilmu yang dipelajari. Sebenarnya tidak keterlaluan jika nama Putrajaya atau Cyberjaya mengunakan nama beliau. Tetapi beliau telah menamakan dengan nama perdana menteri yang pertama (Putra), dan beliau telah melarang menamakan sesuatu bangunan atau tempat dengan nama pemimpin yang masih hidup.
Projek mega terakhir beliau ialah jambatan yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Projek tersebut sebenar cukup strategik tetapi malangnya terpaksa dihentikan oleh Kerajaan selepasnya.
Banyak orang mengatakan projek mega tersebut membazir, tetapi bagi saya projek-projek tersebut adalah merupakan projek yang memandang jauh ke hadapan yang mampu menjana aktiviti ekonomi.
Saya masih ingat lagi semasa saya menjejakan kaki ke England untuk belajar pada tahun 1980. Semasa di London apabila saya mengatakan "I am from Malaysia", mereka tak tahu tapi bila di sebut near Singapore barulah mereka tahu. Sekarang mereka tahu sudah tahu, melalui the tallest twin tower building, Sepang racing circuit, MSC dan lain-lain lagi. Kenapakah Dr. Mahathir minat dengan Litar F1 Sepang. satu untuk dunia mengenail Malaysia kerana F1 merupakan sukan palain popular di peringkat antarabanga, teknologi injin untuk kereta lummabdalah teknologi tinggi, termasuk minyak yang digunakan. Ini semua membolehkan kita mempelajari teknologi tinggi dan faktor-faktor lain yangsaya tidak bincangkan di sini.
Saya berpeluang ke GEC Marconi di England apabila diminta menjadi wakil Telekom meninjau pemindahan teknologi Galium Arsenik yang boleh digunakan dalam telekomunikasi. Sebelum pada itu Dr. mahathir sudah berkunjung ke GEC Marconi yang mendapat sambutan hebat oleh kakitangan GEC Marconi yang melihat Dr.Mahathir sebagai wakil negara maju di Asia Tenggara yang mahu melihat dan mungkin membeli teknologi untuk Malaysia. Mereka telah menyediakan ruang keperluan untuk sembahyang(jadual waktu), makanan halal, arah kiblat bagi membolehkan Dr. M. berehat semasa berkunjung ke situ. Mereka belajar tentang Islam untuk menyambut kedatangan Dr. M.
Saya berpeluang ke GEC Marconi di England apabila diminta menjadi wakil Telekom meninjau pemindahan teknologi Galium Arsenik yang boleh digunakan dalam telekomunikasi. Sebelum pada itu Dr. mahathir sudah berkunjung ke GEC Marconi yang mendapat sambutan hebat oleh kakitangan GEC Marconi yang melihat Dr.Mahathir sebagai wakil negara maju di Asia Tenggara yang mahu melihat dan mungkin membeli teknologi untuk Malaysia. Mereka telah menyediakan ruang keperluan untuk sembahyang(jadual waktu), makanan halal, arah kiblat bagi membolehkan Dr. M. berehat semasa berkunjung ke situ. Mereka belajar tentang Islam untuk menyambut kedatangan Dr. M.
Semasa zaman Dr. M juga penyelidikan dalam teknologi tinggi digalakkan. Tertubuhnya MIMOS adalah juga kerana beliau menyokong perkara yang berkait dengan teknologi mikroelektronik yang mana Malaysaia merupakan pengekspot komponen elektronik dunia. Malangnya penyelidikan berkait dengan semikonduktor tidak banyak dilakukan di universiti ketika itu.
Semasa saya di salah sebuah kilang di Jepun, gambar Dr. M menjadi hiasan bilik ketika beliau meninjau teknologi Radio Frequency Identification (RFID) pada tahun 2001.
Pada 17 April 2004, Dr. M. telah dianugerah sebagai Ahli Felo Kehormat Tertinggi oleh Institusi Jurutera Malaysia (IEM Distinguished Honorary Fellowship).
Dr. M. telah mempelopori teknologi yang berasaskan ICT. Apabila berlaku peralihan kuasa baru-baru dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Sri Najib, saya merasakan aktiviti yang berkait dengan teknologi khususnya penyelidikan di IPTA dan institusi penyelidikan akan rancak semula. Dat' Sri Najib merupakan penggerak bagi bidang Nanoteknologi. Beliau telah melancarkan National Nanotechnology Initiative (NNI) pada 2006 lagi. Tetapi sebagai Perdana Menteri adalah diharapkan nanoteknologi akan diberikan keutamaan supaya tidak tersisih dalam perkembangan teknologi global. Nanoteknologi adalah teknologi alaf baru yang kita tidak mampu ketinggalan walaupun tidak keseluruhannya.
Kedua-dua pemimpin ini Dr. Mahathir dan Najib mempunyai kemampuan dan kesedaran dalam bidang teknologi terkini. Dato' Sri Najib diharap dapat meneruskan usaha Dr. M. dan menjadi harapan kepada para saintis untuk meneruskan kegiatan dalam bidang teknologi tinggi bersama-sama dengan negara maju. Ini adalah penting untuk masa hadapan negara untuk menempuh cabaran di abad ke 21. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai kebijakan dan pengalaman untuk memacu Malaysia menjadi negara maju tahun 2020.
1 comment:
NAKAL JE POSTING PROF KALI NI.
ABANNG2
Post a Comment