Wednesday, April 21, 2010

Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)

Jam 4 petang hari Khamis 8 April saya diberitahu bahawa seorang wakil Pejabat Setiusaha Kerajaan Perak datang ke makmal IMEN di bangunan Fakulti Kejuruteraandan Alam Bina untuk menyampaikan surat yang tidak diketahui apa isinya dan ditujukan kepada saya. Pada masa itu saya berada di Pejabat baru IMEN di MTDC-UKM. Rupanya surat tersebut adalah surat daripada SUK Perak yang menyatakan bahawa Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan telah memperkenankan untuk menganugerahkn Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak(DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Untuk menerima anugerah tersebut saya dijemput hadir ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk istiadat penerimaannya sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang ke 82 pada 19 April 2010 bersamaan 4 Jamadilawal 1431H.
Saya amat menghargai anugerah tersebut lantas memberi jawapan setuju dan terus menyiapkan pakaian istiadat bagi pegawai Kerajaan, iaitu No. 1 dress yang terpaksa disiapkan dalam tempoh seminggu. Setelah puas mencari tailor yang boleh membuatnya akhir terjumpa TUM Tailor di Bandar Baru Bangi yang boleh membuatnya. Tidak semua tailor boleh membuatnya kerana dipakaian tersebut mempunyai butang-butang dan aksesori tertentu.
Sehari sebelum hari penganugerahan kesemua penerima mesti menghadiri raptai di Balai Rong Seri supaya istiadat penganugerahan berjalan lancar dan penuh tertib. Oleh tu saya terpaksa datang sehari awal ke Kuala Kangsar Bandar Diraja. Kali terakhir saya ke sana ialah pada tahun 1993. Saya mengambil kesempatan untuk melawat sekitar Istana termasuk Galeri Sultan Azlan, Masjid Ubudiah dan Istana Kenangan. Istana Iskandariah cukup cantik dan kemas.
Keesokan hari iaitu 19 April 2010, saya dan isteri ke Istana jam 7.45 pagi tetapi parking didalam kawasan Istana sudah penuh dan terpaksa parking sedikit luar dari kawasan istana.Kesemua penerima danpengiring terus ke Balai Rong Seri menunggu acara seterusnya.
Atur cara pada pagi tersebut dibahagika kepada tiga, iaitu Istiadat Mengadap Sembah Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan.
Penerima pertama ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin yang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (S.P.S.A.) yang membwa gelaran Dato' Seri Diraja.
Penerima Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) 1 orang iaitu Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara, Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) seramai 4 orang, Seri Panglima Taming sari (S.P.T.S.) seramai 3, termasuk Tan Sri Ismail Omar Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) seramai 7 orang,
Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) berjumlah 48 orang. Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) seramai 3 orang, Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) seramai 13 orang, Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) seramai 64 orang, Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.) seramai 27 orang, Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) seramai 218 orang, Jaksa Pendmai (J.P.) seramai 13 orang, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) seramai 255 orang, P.J.K. 253 orang dan Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.) seramai 7 orang. Selepas acara penganugerahan, semua penerima dititahkan mengadap untuk bersalaman dan berbual ringkas dengan Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Dr. Nazreen serta Duli YTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim Davidson, Raja DiHilir Perak dan Menteri Besar.
Daripada 48 penerima DPMP, hanya tiga penerima anugerah dari kalangan profesor kelahiran Perak, iaitu dari UiTM Seri Iskandar, Universiti Malaya dan saya sendiri dari UKM. Penerima lain yang diantaranya ialah YB Hee Yit Foong (bekas ADUN DAP yang menjadi ADUN Bebas), M. Karathu (bekas jurulatih bola sepak Perak). Cikgu Ismail Hasbollah bekas ADUN Bota yang juga adalah rakan seperjuangan abang saya Allahyarham Dato' Ahmed Hambal Yeop Majlis bekas Ketua Bahagian UMNO Parit.
Di sebelah malamnya majlis Santapan Diraja diadakan di Dewan Santapan Istana Iskandariah yang berakhir jam 11.00 malam. Selepas itu selesailah segalanya dan dikeesokan harinya pulang ke Kuala Lumpur membawa pulang Darjah Kebesaran dengan gelaran Dato', sesuatu yang tidak dikejar dan terfikir sebelum ini tetapi dianugerahkan oleh pihak Istana Negeri kelahiran saya, Perak Darul Ridzuan. Menjunjung Kasih Tuanku. Terima kasih UKM atas pencalonan. Syukur Alhamdulillah.

Friday, April 2, 2010

EXCO baru Malaysia Nanotechnology Association(MNA)

Pada 26 Mac yang lepas telah diadakan mesyuarat agung MNA yang pertama setelah berjalan sebagai penaja selama dua tahun. Pemilihan barisan EXCO baru telah dilakukan di mana President dan Tresurer dipilih secara sebulat suara.

President: Prof. Dato' Dr. Burhanuddin b. Yeop Majlis (UKM)
Vice president: Prof. Dr. Uda Hashim (UniMAP)
Secretary: Jasin Abd Halim (ASM)
Assistant secretary: Dr Teh Aun Shih (MIMOS)
Treasurer: Dr Azmi Haji Idris (SIRIM)
Committee Members:
1. Prof. Dr. Halimaton Hamdan (UTM)
2. Dr. Zamri Ishak (MARDI)
3. David Khor Tark Wei (MIMOS)
4. Mazri Abu Othman (Crest Technology)
5. Major (B) Zailani Safari (MIGHT)
6. Associate Prof. Aissa Boudjella (UTP)
7. Tengku Sharizad Tengku Dahlan (ASM)
8. Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (UTM)
9. Assoc. Prof. Mohd. Nazlan Mohd. Muhid (UTM)
10. Radin Zulhazmi Radin Abdul Halim (MOSTI)