Thursday, December 31, 2009

Pengalaman semasa di Tanah Suci

Syukur Alhamdulilah saya dan isteri selesai menunaikan fardhu haji dan kembali kembali ke Malaysia pada 24 Desember 2009. Selama 40 hari berada di Mekah dan Madinah, cukup banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi.
Berlepas dari KLIA jam 9 pagi iaitu 1 jam lebih lewat dari yang dijadualkan. Sampai di Jedah pukul 12.00 tengahari waktu Arab Saudi (5 jam berbeza dengan malaysia) tetapi sampai ke hotel di Mekah iaitu hotel Rehad Al-Bustani di daerah Misfalah pada pukul 10.00 malam. Sebenarnya jarak di antara Jedah dan Mekah hanyalah 70 km sahaja, tetapi saya rasa pengurusan dipihak Arab Saudi yang kurang sistematik menyebabkan lambat sampai.
Setelah berehat kira-kira dua jam di tempat penginapan barulah kumpulan kami pergi melakukan tawaf dan saei di Masjidil Haram yang jaraknya kira-kira 800 meter dari tempat penginapan. Semasa sampai di masjid, jemaah haji lain dari seluruh dunia sudah pun memenuhi hampir ruang mengelilingi kaabah. Sungguh menakjubkan, dan saya bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah dan berada di situ. Selesai tawaf sebanyak 7 pusingan saya dan isteri sembahyang sunat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim. Terlalu ramai jemaah haji sehingga pergerakan menjadi sukar. Bermacam ragam orang semasa tawaf dan di situlah kita kena banyak bersabar. Saei dapat dilakukan dengan mudah kerana ruangnya sudah diperbesarkan dua kali lebar yang asal dan terdapat 3 tingkat. Selesai bersaei dan bergunting lebih kurang pukul 2.30 pagi maka selesai umrah haji bagi yang melakukan haji tarmatuk. Waktu itu jemaah yang tawaf semakin ramai sehingga padat tidak seperti ketika mula kami bertawaf jam 12.30.
Ketika berjalan kaki dari masjid pulang ke hotel, jemaah haji yang sudah lama sampai di Mekah sedang berduyun-duyun berjalan menghala ke masjid untuk menunggu sembahyang subuh jam 5.15 pagi. Jadi kami terpaksalah berjalan menentang arus manusia. Kami terpaksa pulang sebab terlalu letih dan mahu tukar pakaian dari kain ihram kepada pakaian biasa setelah lebih satu dalam perjalanan.
Aktiviti sementara menunggu hari wuquf, adalah bersembahyang waktu dan iktikaf di Masjidil Haram yang mempunyai kelebihan 100,000 kali lebih baik dari sembahyang di masjid lain. Ulang - alik ke Masjidil Haram adalah berjalan kaki sejauh 1.6 km pergi dan balik melalui jalan yang dipenuhi dengan lautan manusia untuk tujuan yang sama. Sebenarnya, di Mekah sekarang sedang berlaku kerja renovasi secara besar besaran, di mana hotel-hotel yang dahulu terletak berhampiran dengan masjid telah diruntuhkan untuk membina komplek haji yang lebih moden yang boleh menampung jumlah jemaah yang lebih besar.










Hujan turun dengan lebat(mengikut standard Mekah) pada hari Tarwiyah iaitu sehari sebelum Wuquf. Hari wuquf jatuh pada 27 Dec, dan untuk mengelakkan jam tabung haji mengarahkan semua jemaah pergi ke Arafah sehari sebelum wuquf untuk bermalam untuk menungggu waktu wuquf esoknya. Tetapi kerana hujan dan terjadi banjir di Arafah, maka kami terpaksa bertolak pada pukul 11 malam dan sampai jam 12. Semua karpet dan khemah basah dan tiada lampu. Di situ bermulanlah dugaan yang perlu ditempuhi. Kami tidur dengan suasana dalam khemah yang gelap, basah dan banyak nyamuk. Tetapi segala cabaran tersebut telah dapat dilalui sehingga hari siang. Waktu wuquf iaitu apabila gelincir matahari atau waktu zohor hingga terbenam matahari. Semua jemaah mesti berada di Arafah walaupun sebentar, tetapi sempat berada disitu sehingga waktu maghrib sebelum bertolak ke Muzdalifah untuk bermalam. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui tanpa sebarang masalah. Sampai di Muzdalifah jam 10 malam, kami berada di situ hingga pag esoknya, dan sempat tidur di lapangan beratapkan langit dengan nyenyak.
Selepas Muzdalifah kami bergerak ke Mina untuk bermalam dan untuk melontar Jamrah Kumbra di sebelah malam. Keadaan di khemah Mina cukup bersesak. Keadaan tandas juga cukup sesak dan terpaksa berbaris panjang untuk buang air. Jadi kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Jarak di antara khemah kami dengan tempat melontar boleh dikatakan tidaklah jauh berbanding jemaah negara lain iaitu cuma 3.4 km sahaja. Tempat melontar cukup selesa kerana telah dibina 5 tingkat. Saya difahamkan bahawa kontraktor yang membinanya adalah kontraktor Malaysia.
Kami dari kumpulan Darul Mubarak telah membuat keputusan untuk membuat Nafal Awal dan berulang alik dari Mekah ke Mina dan tidak tidur di Mina. Jarak diantara Mina dan Mekah cuma 5 - 6 km. Pada hari ke 12 Hijrah kami melontar untuk hari ke 11 dan 12 pada hari yang sama. Setelah itu selesailah urusan melontar dan pulang ke Mekah untuk tawaf dan saei haji. Apabila kesemuanya selesai makan selesailah ibadah haji.

Kami ada 12 hari lagi tinggal di Mekah sebelum ke Madinah. Masa itu digunakan untuk melakukan beberapa kali umrah dan ibadah sunat di Masjidil Haram.

Pada hari ke 30 berada di Mekah maka sampailah ketikanya untuk bertolak ke Madinah. Sebelum itu jemaah mesti melakukan tawaf Wida' atau tawaf selamat tinggal. Saya sempat lakukan selepas sembahyang subuh. Keadaan ketika itu cukup sesak, lautan manusia mengelilingi kaabah seolah seperti ombak tsunami, tetapi Alhamdulillah saya dan isteri dapat melakuknnya sehingga selesai 7 pusingan.

Kami sampai di Madinah jam 5 petang, perjalananya mengambil masa 6-7 jam dengan sekali berhenti untuk buang air, makan dan sembahyang. Tempat berhenti atau R&R nya tidak selesa berbanding R&R lebuh raya kita. Kemudahan yang terdapat sangat asas, mungkin sebabnya kerana teerletak di tengah padang pasir.

Bandar Madinah adalah lebih moden dan bersih, hotelnya jauh lebih baik dari Mekah dan berhampiran dengan Masjid Nabawi. Di Madinah kami tinggal selama 8 hari untuk membolehkan setiap jemaah berpeluang sembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi. Kelebihan sembahyang di Masjid Nabawi adalah 1000 kali lebih baik dari lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram. Di hari pertama di Madinah kami dibawa menziarah Makam Rasullullah (SAW) dan raudhah yang merupah sebahagian dari bangunan Masjid Nabawi.

Setelah 8 hari di Madinah, maka sampailagh saatnya untuk kembali ke Tanah air. Saya amat bersyukur kerana segala urusan telah berjalan dengan lancar sehingga selesai. Kami berlepas dari Madinah ke KLIA dengan penerbangan Arab Saudi. sampai di KLIA jam 1.45 pagi 24 Disember.

Wednesday, November 4, 2009

Selamat Tinggal dan Salam Untuk Semua, Semoga Jumpa Lagi

Assalamualaikum kepada semua yang singgah ke blog ini. InsaAllah saya dan isteri akan menunaikan fardhu haji dan akan berangkat ke Mekah pada pagi 14 November 2009. Ini merupakan posting terakhir saya sehingga saya kembali ke tanahair nanti setelah selesai mengerjakan ibadah Haji, InsyaALLAH. Oleh itu, di kesempatan ini saya dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak sengaja selama saya mula menulis dalam blog dan selama saya mengenali saudara dan saudari sekalian.
Doakan kesihatan saya dan isteri agar dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan semoga perjalanan ibadah Haji dapat saya lakukan dengan tenang dan lancar. Saya akan turut doakan kesejahteraan buat semua yang ditinggalkan di sini dan seluruh umat Islam.
Sehingga kita jumpa lagi, InsyaAllah.

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK

(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

Saturday, October 31, 2009

Selama 3 hari Nanotech 2009


Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di KL Convention Centre. Dihari itu dilancarkan Malaysia Nanotechnology Association(MNA) dengan secara simbolik sijil pendaftaran MNA diserahkan kepada Presiden MNA.
Conference pada tahun ini adalah cukup berjaya berbanding dengan pada 2007 kerana kita penyertaan paling ramai dan mewakili banyak negara seperti Iran, India, Thailand, Korea, Singapore, Austria, France, Hungary dll.
Terdapat 9 planery speaker dan salah seorang daraipdanya adalah anak Presiden Cuba, Prof. Fidel Castro Diaz Balart. Suatu perbincangan telah diadakan pada hari tersebut dengan saya dan Prof. Mohamad Yahaya mengenai kemungkinan kerjasama penyelidikan dalam bidang nanoteknologi. hnaya dua wakil Malaysia sahaja.

Thursday, October 22, 2009

Nanotech Malaysia 2009 semakin hampir, 27 - 29 Okt 2009, KL Convention Centre(KLCC)

Nanotech Malaysia adalah satu aktiviti yang digerakkan oleh Nanotechnology Task Force Committee di Akademi Sains bermula pada tahun 2007. Pada tahun tersebut Malaysia telah menjadi tuan rumah Asia Nano Forum Summit (ANF) yang dianggotai oleh kebanyakan negara-negara Asia.

ASM Nanotechnology Task Force Committee


Nanotech Malaysia 2007 dibiaya oleh MOSTI. Semasa Nanotech Malaysia 2007, suatu mesyurat penubuhan persatuan nanoteknologi Malaysia telah diadakan. Persatuan tersebut di namakan “Malaysia Nanotechnology Association (MNA)”. Dengan tertubuhnya MNA, maka ASM telah menyerahkan penganjuran nanotech untuk tahun berikutnya oleh MNA. Maka pada awal tahun 2009 saya selaku pengerusi MNA telah memanggil AJK MNA dan wakil UKM bermesyuarat untuk menganjurkan Nanotech Malaysia 2009. Nanotech terdiri dari beberapa aktiviti utama iaitu, Conference, Exhibition, Forum, dan sebagainya. Oleh sebab MNA adalah suatu persatuan yang baru dan tiada sumber kewangan sendiri maka penganjuran dibuat secra bersama dengan UKM melalui IMEN. Tetapi pihak Task Force Commiittee Akademi Sains mahukan penganjuran dibuat sama seperti 2007, iaitu Nanotech di bawah ASM dan bukanya di bawah MNA, maka saya hanya mempengerusikan Conference sahaja dan tidak Nanotech Malaysia 2009 keseluruhanya walaupun segalanya sudah diatur mengikut apa yang difaham oleh kebanyakan AJK. Oleh itu kerja saya menjadi lebih mudah, hanya menumpukan kepada conference.
Kuala Lumpur Convention Centre telah dipilih sebagai vanue Nanotech untuk semua aktiviti. Kali ini tiada sponsorship dari MOSTI mahupun KPT. Oleh itu segalanya dari yuran peserta dan dana penyelidikan IMEN, UKM. Walau pun begitu kita telah dapat menarik lebih 152 penyertaan dari Malaysia, Iran, Perancis, Thailand, Korea dan sebagainya. Penyertaan dari UKM sendiri dalah yang terbanyak iaitu melebihi 62 kertas kerja.

Plenary Speaker: 27 October 2009
Prof. Dr. Peter Laggner: is a professor at the Technical University Graz. He was the co-founder and director of Hecus X-ray Systems GmbH, Graz and the project leader for Austrian SAXS beamline at ELETTRA, Trieste, Italy. In 1983, he was the director at the Institute of Biophysics and X-ray Structure Research of the Austrian Academy of Sciences, Graz. He is actively involves in numerous professional societies concerning his interest research area. He was the chairman for the assembly of directors, Austrian Academy of sciences from 2004 to 2008.
Prof. Dr. Hisham Abdel Aal: is a mechanical engineer with a PhD from the University of North Carolina at Charlotte, NC, USA. He is an expert in Tribology. Prof. Hisham has been acting as board member and guest editor for various scientific journals and as scientific committee member in international conferences. He has recently developed interest for bioinspired technology and biotribology as well as design in Nature.
Prof. Dr. Ille C. Gebeshuber: is expert in Nanotechnology and Biomimetics. Since 2009 she has been Contract Professor at the Institute of Microengineering and Nanoelectronics(IMEN), UKM. Her research interests comprise Biomimeticsof Nanostructures, Nanomedicine and Tribology. Central aspects of her European funded BioScreen Project is the analysis of the rich biodiversity in pristine rainforests in South East Asia concerning its biomimetic inspirational potential for technological applications and to install cooperations between institutions in the European Union with local institutions.

Plenary speaker 28 October 2009,
Professor Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yahaya: is a principal research fellow at the Institute of Microengineering and Nanelectronics (IMEN) and has been the President of Malaysian Solid State Science and Technology Society since 1991. He also was chairman of a committeeundertaking the feasibility study on the establishment of a materials science programme at Universiti Kebangsaan Malaysia. His research interests include solid ionics, radiation sensor, molecular engineering in electronics materials and organic light emitting diode.
Dr. Andre Gazso: André Gazsó studied Medicine, Biology (MSc. in 1992) and Philosophy (MA. in 1994
and PhD. in 1996). Since October 2007 he is senior researcher for safety and risks of nanotechnologies at the Institute of Risk Ass
essment of the Austrian Academy of Sciences. Since 2002 member of the NoE "Trustnet2" and its successor "Trustnet-in-Action", a European network for risk management and risk governance. Since 2003 AG member, from 2006 to 2008 vice chair of the National Standards Committee on "Risk and crisis management" at the Austrian Standards Institute. He holds several teaching positions on risk assessment and risk governance at the University of Vienna and the University of Applied Sciences Vienna (FH-Campus Wien).
Prof. Dr. Myrtill Simko: Prof. Dr. Myrtill Simkó is currently performing risk assessment of nano-materials at the Institute of Technology Assessment of the Austrian Academy of Sciences at Vienna, Austria, and is also Professor in Cell Biology at the University of Rostock, Germany. She has received awards and grants from DAAD, the European Commission, BMBF, BMU, BfS etc. She was a full member of The International Commission on Radiological Protection (ICRP) and is a full member of The Bioelectromagnetics Society (BEMS), where she has also served as the Board of Directors. Prof. Simkó is furthermore serving on the Editorial Board of The Open Electrochemistry Journal and she is an adhoc reviewer for 10-15 Journals. Furthermore she is a recognised scientific expert for the European Commission, at the Scientific Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks (SCENIHR, DG SANCO).

Plenary speaker 29 October 2009,
Dr. Sow Chorng Haur: is now an Associate Professor with the Department of Physics. He has authored and co-authored many papers in the field of Nanoscience and Nanomaterials. His research interests are Colloid Interactions, Assembly and Phase Transitions such as Nanospheres Lithography, Invented Mirror-Image method for tracking 3D motion of suspended sub-micron particles, developed single and multiple trap optical tweezers using focused laser beams, discovered spinning colloidal cluster in the presence of a focused laser beam and he also interested in the studies of Carbon Nanotubes in developing a laser pruning method to create unique 2D and 3D structure made of carbon nanotubes, study of Optical and Electrical Properties of Carbon Nanotubes.
Dr. Lerwen Liu: is an Asia-based nanotechnology expert specializing in government and corporate strategic services to policy makers and corporate executives. She also specializes in business development and project management for leading nanotechnology companies in their global expansion of R&D, commercialization and market. She is the director and founder of NanoGlobe, a consulting company specializes in micro and nanotechnology strategy, business development and incubation in Asia. Dr Liu has a PhD in physics specializing in manybody effects and transports in semiconductor nanostructures, and has conducted research work in Australia, Japan, USA and Italy. Dr Liu is an Australian citizen and currently based in Singapore.
Prof. Dr. Fidel Castro Diaz Balart: is one of Cuba's leading technocrats. He is adviser to Cuba's ruling Council of State on science and technology and has had a role in the strides made by the socialist country in S&T. He received his Ph.D. in fusion physics at the Kurchatov Institute, Moscow. From 1979 to 1992, he served as head of Cuba's Atomic Energy Commission and one of the authors and executors of Cuba’s nuclear program. He is engaged in programmes to modernise the scientific, echnological and industrial management of Cuba. Prof. Diaz-Balart is a member of the Academy of Sciences of Cuba. He has published numerous scientific papers in Cuba, Spain and Russia.

Selain dari itu, terdapat juga pameran yang mempamir aktiviti penyelidikan di universiti tempatan dan syarikat yang terlibat dengan nanoteknologi. Pameran Nanotech di uruskan oleh Globalevent Sdn Bhd.

Pada asalnya kita juga bercadang untuk mengadakan program yang melibatkan pelajar pintar di mana UKM mrenjadi peneraju di bawah Fakulti Pendidikan. Program permata pintar adalah projek yang diberi perhatian langsung oleh Datin Paduka Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri. Tetapi pihak Task Force di ASM tidak melihatnya mempunyai kaitan dengan nanoteknologi maka cadangan tersebut tidak diteruskan. Tetapi bagi saya ia merupakan kesilapan.

Forum juga diadakan pada 28 Oktober mulai 2.00 petang, dan dianjurkan oleh MIMOS, ASM dan QTT.

Ahli panelnya adalah,
1. Dr Muntak Son, QT Tech, Singapore
2. Prof Dr Andre Gaszo, Austrian Academy of Sciences
3. Prof Dr Edward Chang, National Chiao Tung University, Taiwan
4. Prof Dr Shamim Ahmad, Jamia Hamdard University, New Delhi

Friday, October 2, 2009

Pertemuan tahunan dengan rakan kerjasama Korea: The 3rd Malaysia-Korea Joint Nanotechnology Workshop

Pada 23 -25 September 2009 telah berlangsung Malaysia-Korea Joint Nanotechnology Workshop di GyeongJu, Korea Selatan. Seminar tersebut merupakan acara tahunan bagi tiga institusi iaitu dari Malaysia dan Korea. Malaysia diwakili olen Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM manakala Korea diwakili oleh Inter-versity Semiconductor Research Center(ISRC), Seoul National University, dan Kyungpook National University. Seminar tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir antara Korea dan Malaysia. Prof Jong Duk Lee dari SNU yang telah pernah menjadi professor adjung IMEN dan telah menjadi professor pelawat di UKM atas undangam saya selaku Pengarah IMEN pada tahun 2007.
Latar belakang
Seminar yang pertama telah diadakan di ISRC, Seoul National University pada bulan Ogos tahun 2007. Pada ketika itu hanya ISRC sahaja yang mewakili Korea. Semasa menghadiri seminar tersebut saya dan beberapa felo utama IMEN telah sempat melawat Kyungpook National University yang terletak di Daegu kira-kira 2 jam menaiki KTX (keretapi laju Korea dengan kelajuan 300km/jam). Dalam lawatan tersebut kita telah berbincang dengan pihak KNU untuk mengadakan kerjasama, dan turut mepelawa untuk turut serta dalam seminar yang kedua di UKM. Prof Jong Duk Lee yang memang disegani di kedua-dua universiti SNU dan KNU turut mempengaruh mereka turut serta, kebetulam baru pulang dari UKM setelah menjadi Profesor pelawat di IMEN selama 6 bulan. Sebenarnya bukanlah mudah untuk mereka membuat kerjasama dengan kita kerana penyelidikan mereka jauh terkehadapan. Selama 6 bulan Prof Lee di IMEN, beliau telah melihat kegigihan dan kesungguhan kita dalam bidang ini khususnya mikroelektronik. Beliau telah memceritakan pengalaman beliau di IMEN dan bersedia untuk membantu berdasarkan pengalaman beliau membangunkan ISRC.
Seminar kali ini dianjurkan oleh KNU, dan telah memilih GyeongJu iaitu kira 1 jam dengan bas dari bandar Daegu. Tempat tersebut merupakan bandar tertua dan bersejarah. Peserta seminar mencapai 80 orang termasuk pelajar siswazah KNU.
Pad hari Raya ketiga kita bertolak ke Korea menaiki pesawat MAS MH064 pada pukul 9.15 malam dari KLIA. Sampai di Incheon jam 7.00 pagi dan sampai di Seoul station pada 9.00 pagi dan terpaksa menunggu jam 11.55 untuk menaiki keretapi untuk terus ke Gyeongju dan sampai pada 4.38 petang. Prof. Lee dan beberapa staf KNU menunggu ketibaan kami untuk menaiki bas ke hotel TEMP. Setelah berehat selama setengah jam kami dibawa makan malam yang dianjurkan oleh IEEE Section, Daegu.
Seminar bermula jam 9.00 pagi esoknya. IMEN telah membentangkan 8 kertas kerja manakala pihak Korea 6 kertas kerja. Prof. Lee telah memberikan welcoming speech serta membuka seminar.
Presentasi dari pihak Korea adalah seperti berikut,
1. Vertical Liquid Crystal Alignment Methods using a SAM Layer - Prof. Hak-Rin Kim/KNU
2. Efficient Light-Emitting Diodes Based on Quantum Dots - Prof. Chang-Hee Lee/SNU
3. Filamentary resistance switching mechanism and it’s application to the crossbar memory array - Prof. Cheol-Seong Hwang/SNU
4.CMOS-Integrated Chemomechanical Sensor - Prof. Jung-Hoon Lee/SNU
5.Normally-off GaN MOSFET Based on AlGaN/GaN Heterostructure with Extremely High 2DEG Density Grown on Silicon Substrate - Prof. Jung-Hee Lee/KNU
6. MEMS-based Tilt Sensors - Prof. Seong-Ho Kong/KNU
Presentasi dari Malaysia adalah,
1.Recent Development in Materials Synthesis for OLED - Prof. Dato' Dr. Mohammad Yahaya/UKM
2.A ZnO nanorod based surface acoustic wave sensor (SAW) - Dr. Dee Chan Fu/UKM
3.Fabrication bulk heterojunction organic solar cells using inkjet-printing technique - Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh/UKM
4.Analytical and experimental determination of RF frequencies in fiber ring resonators for CATV channel distribution - Prof. Dr. Sahbudin Shaari/UKM
5.Fabrication of New MEMS Capacitive Microphone - Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis/UKM
6.Effect of Ca Content on Mechanical Properties of 4N Gold Wire Bonding for QFN Stacked Die Package - Dr. Azman Jalar/UKM
7.Gas sensing properties of assembled gold nanoparticles - Dr. Akrajas Ali Umar/UKM
8.Micro-fabrication of On-Chip Coupled Inductive Coil - Dr. Jumril Yunas/UKM
Pada hari kedua pihak KNU telah mengatur program lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti seperti Seokguram Grotto, Bukguksa Temple, dan Royal Tomb. Buat pertama kalinya bagi saya dan peserta yang lain dapat masuk ke dalam tomb atau kubur yang telah digali dan buka untuk tontonan umum. Gambar menbunjukkan pintu masuk dan keadaan di dalamnya. Tomb Diraja menempatkan ruang jasat dan harta benda yang ditanam sekali.
Sehari sebelum pulang kita terpaksa bermalam di Seoul kerana kapal terbang pulang pada jam 11.00 pagi dan perjalanan dari Daegu ke Seoul mengambil masa 3 jam. Oleh itu pada hari Ahad kita sempat mengunjung beberapa tempat bersejarah dan menarik di Seoul. Kami juga berkesempatan berpakaian Korea dan membuat kimchi sendiri kerana kebetulan masih dalam bulan raya. Jadi berpakaian Korea macam pakai baju raya dan buat kimchi seperti buat rendang. Semasa di Seoul, yang menjadi pemandu pelancungnya ialah Dewi Kartika berasal dari Indonesia mahasiswa Yonsei University yang buat part time. Jadi penceritaan tentang orang Korea lancar sekali dalam bahasa Indonesia.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Eidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya EidilFitri meraeikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Latihan selama sebulan diharap dapat diteruskan di masa-msa seterusnya. Sempena itu saya mengambil kesempatan ini mohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog ini. Mungkin terdapat kata-kata yang menyinggung dalam tulisan saya sesungguhnya itu adalah luahan isi hati dan pandangan saya secara ikhlas, bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan orang lain. Tetapi adat hidup di dunia memang ada yang tersinggung dan menyinggung. Jika ada yang tersinggung harap maaf.
Saya akan pulang ke Parit, Perak selama dua hari, dan kembali ke Kuala Lumpur untuk berhariraya dengan keluarga di sini dan ibu saya Habsah binti Tain yang tinggal bersama kakak Asma Yeop Majlis di Ulu Klang. Selamat Hari Raya juga kepada seluruh ahli keluarga terutama yang tingggal di Kuala Lumpur dan Parit.

Saturday, September 12, 2009

Kyung Ju, Korea Selatan pada 3 Hari Raya

InsyaAllah saya akan ke Korea Selatan pada 3 Hari Raya untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja di "Korea-Malaysia Joint nanotechnology Workshop" yang ke tiga. Seminar ini akan diadakan di Kyung Ju 4 jam dengan keretapi laju ke arah Selatan Seoul. Laporan lanjut akan saya berikan selepas seminar tersebut. Oleh itu pada Hari Raya ketiga sebelah malam saya tiada di Malaysia, dan akan kembali pada 27 September. Tetapi isteri dan anak-anak masih ada jika mahu bertandang berhari raya. Selepas 27 September bolehlah mampir jika berkesempatan. Rumah akan sentiasa akan dibuka tetapi tiada terbuka.
Di kesempatan ini saya terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.

Sunday, August 23, 2009

Pertemuan di Bali: IMEN & LIPI

IMEN telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan LIPI bandung dalam penyelidikan mikrolektronik dan sensor pada tahun 2007 di mana 1st Joint Seminar telah diadakan di LIPI Bandung. Sebelum dari itu saya telah diundang oleh Prof. Dr. Masbah Saregar untuk memberikan ucapan kunci (pembicara kunci) tentang perkembangan penyelidikan MEMS dan elektronik di Malaysia dalam Seminar yang dianjurkan oleh LIPI di Hotel Jayakarta, Bandung pada tahun 2003. Saya juga telah dibawa meninjau kemudahan penyelidikan di LIPI dan ITB. Sejak dari itu usaha untuk merealisasikan kerjasama telah diusahakan dan hanya terlaksana pada tahun 2007 ianya terlaksana dengan rombongan dari IMEN ke Bandung. Pada masa itu satu surat hasrat untuk melakukan kerjasama khususnya dalam bidang MEMS dan sensor. Salah satau bentuk kerjasama ialah dengan mengadakan semnar bersama setiap tahun yang dianjurkan secara bergilir-gilr antara IMEN dan LIPI.
Tahun 2008, merupakan tahun giliran IMEN untuk menjadi tuan rumah, dan seminar telah diadakan di UKM. Seramai 20 orang dari LIPI telah datang ke IMEN untuk berseminar dan mengadakan perbincangan kerjasama penyelidikan dalam bidang yang mempunyai kesamaan tetapi memerlukan perlengkapan.
Tahun 2009 pula adalah giliran LIPI menjadi tuan rumah, dan mereka telah mengembangkan seminar tersebut kepada beberapa insitusi di Indonesia. Kali ini ini pulau percutian iaitu Bali telah dipilih sebagai vanue seminar tersebut. Seramai 10 delegasi dari IMEN telah berlepas ke Bali. Sempena seminar tersebut, satu surat hasrat(LOI) untuk penyelidikan dalam bidang optical communiaction turut dimetrai di antara IMEN dan Pusat Penelitian Elektronika dan Telekominikasi(PPET), LIPI. Tarikh seminar tersebut adalah satu hari selepas perayaan kemerdekaan Republik Indonesia, jadi seluruh Indonesia dalam suasana perayaan, dengan bendera dipasang Indonesia di mana-mana.
Sebelum seminar bermula semua peserta telah menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia dengan penuh semangat.

Menyanyikan lagu Dirgahayu Indonesia


Di akhir seminar pihak LIPI telaha mengatur kunjungan ke beberapa tempat menarik di Bali selaian dari Pantai Kuta, seperti Kebun Raya yang juga kepunyaan LIPI, Tanah Lot untuk menyaksikan sunset, Ubud, Sanur, dan lain-lain.

Tanggal 20 Ogos merupakan hari kelahiran saya, jadi semasa makan tengahari di restoran Natrabu, Sanur, saya telah dikejutkan dengan tiba-tiba muncul kek harijadi. Sebanyak 4 batang lilin telah dipasang. Apabila ditiub padam dan menyala semula kerana bilangan lilin tersebut tidak cukup agaknya?

Semasa di Sanur, saya mendapat sms dari student saya di IMEN, bertanya sama ada saya akan datang ke IMEN pada 21 Ogos nanti kerana saya sampai KLIA jam 2.30 pagi. Petang itu saya datanglah ingatkan ada perkara penting nak bincang sebab saya ada meminta mereka menyedia maklumat untuk paten (Awin) yang saya sms semasa di Bali. Rupanya mereka nak buat kejutan kek coklat. (gambar bawah sekali). Terima kasih semua..
Tahun 2010 adalah giliran IMEN untuk menjadi tuan rumah. Di mana akan diadakan masih belum ditetapkan. Kemungkinan Pangkor, Penang atau Langkawi atau PD.