Saturday, April 11, 2009

Nanotech Malaysia 2009

Malaysia Nanotechnology Association(MNA) bersama UKM sedang menganjurkan Nanotech Malaysia 2009 yang akan diadakan pada 27 - 29 Oktober 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre. IMEN merupakan sekretariat penganjuran. Nanotech Malaysia terdiri dari tiga acara utama, Conference, Forum dan Exhibition. Nanotech Malaysia 2009 merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Nanotechnology Task Force di bawah Akademi Sains Malaysia(ASM). Tahun ini MNA memilih UKM melalui IMEN sebagai penganjur utama bersama dengan Akademi Sains Malaysia.
Selepas Nanotech 2009, saya bolehlah melepaskan tugas sebagai pengerusi penaja Malaysia Nanotechnology Association(MNA), kerana peranan saya adalah untuk memastikan MNA tertubuh dengan resminya. Pengerusi baru akan dipilih oleh ahli-ahli MNA dalam mesyuarat Agong sempena Nanotech 2009 pada Oktober ini.

Conferences merupakan acara teknikal yang akan disertai oleh para akademik dan penyelidik tempatan serta dari luar negara. Terdapat 4 simposium iaitu,
Conference:
A: Nanomaterials and Nanostructured Devices
B: MEMS/NEMS & Nanoelectronics Devices
C: Nanobiotechnology & Healthcare
D: Nanotechnology in Agriculture, Energy & Environment
Forum:
Nanotech Malaysia 2009 juga menyediakan ruang untuk orang awam bagi mengenali apakah nanoteknologi dan kepentinganny pada masyarakat. Satu forum tentang Public Awarenese and Education on Nanoscience and Nanotechnology juga diadakan.
Exhibition:
Pameran mengenai penyelidikan dan syarikat yang terlibat dalan nanoteknologi diadakan yang merupakan acara utama. Pameran akan diuruskan oleh Global Event Sdn Bhd. Pihak penganjur sedang mengusahakan untuk mengundang Dato' Sri Najib (Perdana Menteri) yang merupakan pendorong utama nanoteknologi di Malaysia bagi merasmikan Nanotech Malaysia 2009.

2 comments:

Anonymous said...

Prof, you did a great job as far as I know you. Please do not let go your position because I know that you will take Nanotechnology to a greater level. I have all the confidence in you. Don't drop the post, prof.

Datuk Cina

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Thank you for support Datuk Cina. As ussual in the aannual general meeting, members will elect the new chairman and committee. I am ready to give up that post since there are many candidate among Malaysian arae more capable.