Wednesday, May 13, 2009

Demi masa sesungguhnya Perak dalam kerugian

Sejak 15 bulan yang lepas Negeri Perak dan penduduknya berada dalam kerugian. Itulah akibatnya jika politik tidak stabil. Bagi orang bukan politik, memang politik dirasakan kotor. Bagi orang politik itulah aktivitinya untuk mendapatkan kuasa. Jika seseorang itu bijak dan pandai, tetapi tidak mempunyai kuasa maka tidaklah dapat dia melaksanakan apa yang dirasa betul atau memang betul. Maka, berpolitik memang perlu untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya menjadi pemimpin. Apabila kuasa sudah diperolehi dan sudah menjadi pemimpin dengan mendapat majoriti walaupun satu, maka berpolitik eloklah dihentikan dan tumpukan kepada mentadbir negeri. Tetapi malangnya ia tidak berlaku khususnya di Perak kerana yang berpolitik itu ialah manusia yang sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman kepada Allah.
Perjuangan selama 5 bulan untuk memastikan siapakah MB yang sah, dan setelah diputuskan sah terus mahu membubarkan DUN adalah sesuatu yang pada pendapat saya adalah membuang masa. Dalam tempoh tersebut sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memajukan negeri. Tetapi itulah yang berlaku kerana sentimen kepartian tetapi bukan kerakyatan. Jika sekira berlaku pilihanraya kecil, rakyat sekali lagi menjadi sibuk dan wang terpaksa dibelanjakan lagi demi memuaskan hati orang politik kepartian. Rakyat terus merana dan Perak terus gerhana, terang tidak, gelap pun tidak.

7 comments:

AjymNarnia said...

memang tak nyabor2 nak bubarkan Dun... maklumlah dah tau kalah..sultan pun tau undang2...bukan nak hentam kromo aje...sebelum nak bubar Dun.. kena buatlah dulu sidang Dun buat usul undi tak percaya dulu... lepas tu siapa yg mng... pergilah ke istana ..baru boleh usulkan kat sultan...baru boleh sultan buat decision samada nak bubarkan atau tidak...kalau tak ada proses itu kekuncinya tiada utk buat decision...

Tetapi kalau sudah ada kekuncinya itu saya rasa... tak perlu Bubar Dun..sebab dah tau siapa yg dah ada majoriti...buat apa nak susah2 nak buat pilihanraya....

Nak puaskan hati rakyat???...rakyat tu siapa...adakah org PKR saja yg dinamakan rakyat?...nak puaskan hati dia saje...hati org lain...puas ker..setahu saya terlalu ramai yg tidak suka ada pilihanraya lagi...berjuta ringgit akan habis nak buat apa...byk lagi perkara faadah lain yg boleh dibuat...

So apa penyelesaiannya?.... ala... apa nak susah... tngkan hati je...jgn panas baran jer... ikut kan hati binasa...

Yg cepat sgt nak masuk office MB tu apasal...kan semua org tau mahkamah rayuan itu ada...mmg rata2 yg mendapat kekalahan dimahkamah buat rayuan...malah najib sendiri dah cakap akan buat rayuan segera,.. so what the issue...normal what...tak ada istilah tidak menerima kenyataan bhawa sudah kalah... proses biasa..

Org kena hukum gantung pun tidak digantung serta merta...masih ada lagi harapan dimahkamah rayuan...normal la tu...

Tetapi Nizar membuat rayuan untuk membatalkan rayuan Zamri itu....tak pernah dgr la pulak...

kalau gitu baik suruh zamri hantar lagi rayuan untuk membatalkan rayuan nizar yg merayu untuk membatalkan rayuan zamri...ya allah...pening nya kau...berapa lapis rayuankah itu....

Itulah dia sifat bongkak seorg pemimpin yg sudah nampak...mula2 dulu ingatkan ok...rupa2nya hampeh...tah la...meluat pulak tgk muka dia yg mcm sudah tiada nur lagi...

Anonymous said...

Dato' Seri Nizar ni orang DAP ke orang PAS.

ajym said...

kalau ikut perangai DAP lah kot...tapi pakai topeng PAS...maka demi masa rugilah pada yg menyokongnya...apa tak ruginya...org pemerintah kena fikir macamana nak menjana ekonomi..ini fikir nak menjana sekutu sekedudukannya saja...

Anonymous said...

Dari dulu lagi sy perhati MB yang sah ni bersikap macam dia kuat dan pandai sangat. Patutnya sedarnya diri dulu dia menang pun sikit sahaja(partinya), itu Sultan yang lantik jadi MB kerana dia Melayu, DAP tak ada Melayu.
Kalau nak banding pandai tak pandai sangat.
Lagak dia dengan kereta Camry tu macam dia pemimpin hebat. Nampak sangat macam orang tak pernah dapat kereta sampai tak mahu lepas. Dari situ tahulah boleh ke tidak jadi pemimpin, beza dgn Nik Aziz.
Bila bercakap macam dia kuat sangat padahal lebihnya sikit aje, sedarlah PAS bukan majoriti pun, mujor ada DAP tolong ramaikan. Itulah yang Tun M. maksudkan Melayu mudah lupa agaknya kan Prof.

Anonymous said...

Dalam kes kemelut Perak teralu banyak blog yang pro Nizar yang ditulis secara emosi, tapi tak banyak blog BN yang jawap. Nampak macam tak adil. Cuba lawat blog ini http://nasionalis1946.blogspot.com
untuk dapat pandangan yang tidak lebih tidak emosi.

AjymNarnia said...

BIASALAH TU...BIARKAN SAJA MEREKA BEREMOSI... MANA BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH JIKA TERLALU EMOSI...ATE... DAH MCM ITU PERANGAI DEME NAK BUAT CAMANE... BIORNYE LE....

Prof. Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Terima kasih diatas segala komen dan pandangan. Saya cuba tidak membincangkan terlalu banyak perkara yang berhubungan dengan politik parti dalam blog ini. Tetapi kerana Perak adalah negeri saya, maka terpanggil juga untuk turut memberikan pandangan. Ini kerana apa yang berlaku di Perak aadalah yang terburuk dalam sejarah DUN di Malaysia. Ini mengingatkan kita bahawa jika satu phak itu mendapat kuasa walapun tidak kuat, mereka akan menggunakan kuasa tanpa mengira sensitiviti kaum. Undang-undang akan digunakan. Dan apabila kuasa terlepas mereka kan cuba mendapatkan kembali dengan apa cara sekali walaupun dengan kebiadapan dengan menggunakan undang-undang. Siapakan kumpulan satu lagi itu...