Friday, October 2, 2009

Pertemuan tahunan dengan rakan kerjasama Korea: The 3rd Malaysia-Korea Joint Nanotechnology Workshop

Pada 23 -25 September 2009 telah berlangsung Malaysia-Korea Joint Nanotechnology Workshop di GyeongJu, Korea Selatan. Seminar tersebut merupakan acara tahunan bagi tiga institusi iaitu dari Malaysia dan Korea. Malaysia diwakili olen Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM manakala Korea diwakili oleh Inter-versity Semiconductor Research Center(ISRC), Seoul National University, dan Kyungpook National University. Seminar tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir antara Korea dan Malaysia. Prof Jong Duk Lee dari SNU yang telah pernah menjadi professor adjung IMEN dan telah menjadi professor pelawat di UKM atas undangam saya selaku Pengarah IMEN pada tahun 2007.
Latar belakang
Seminar yang pertama telah diadakan di ISRC, Seoul National University pada bulan Ogos tahun 2007. Pada ketika itu hanya ISRC sahaja yang mewakili Korea. Semasa menghadiri seminar tersebut saya dan beberapa felo utama IMEN telah sempat melawat Kyungpook National University yang terletak di Daegu kira-kira 2 jam menaiki KTX (keretapi laju Korea dengan kelajuan 300km/jam). Dalam lawatan tersebut kita telah berbincang dengan pihak KNU untuk mengadakan kerjasama, dan turut mepelawa untuk turut serta dalam seminar yang kedua di UKM. Prof Jong Duk Lee yang memang disegani di kedua-dua universiti SNU dan KNU turut mempengaruh mereka turut serta, kebetulam baru pulang dari UKM setelah menjadi Profesor pelawat di IMEN selama 6 bulan. Sebenarnya bukanlah mudah untuk mereka membuat kerjasama dengan kita kerana penyelidikan mereka jauh terkehadapan. Selama 6 bulan Prof Lee di IMEN, beliau telah melihat kegigihan dan kesungguhan kita dalam bidang ini khususnya mikroelektronik. Beliau telah memceritakan pengalaman beliau di IMEN dan bersedia untuk membantu berdasarkan pengalaman beliau membangunkan ISRC.
Seminar kali ini dianjurkan oleh KNU, dan telah memilih GyeongJu iaitu kira 1 jam dengan bas dari bandar Daegu. Tempat tersebut merupakan bandar tertua dan bersejarah. Peserta seminar mencapai 80 orang termasuk pelajar siswazah KNU.
Pad hari Raya ketiga kita bertolak ke Korea menaiki pesawat MAS MH064 pada pukul 9.15 malam dari KLIA. Sampai di Incheon jam 7.00 pagi dan sampai di Seoul station pada 9.00 pagi dan terpaksa menunggu jam 11.55 untuk menaiki keretapi untuk terus ke Gyeongju dan sampai pada 4.38 petang. Prof. Lee dan beberapa staf KNU menunggu ketibaan kami untuk menaiki bas ke hotel TEMP. Setelah berehat selama setengah jam kami dibawa makan malam yang dianjurkan oleh IEEE Section, Daegu.
Seminar bermula jam 9.00 pagi esoknya. IMEN telah membentangkan 8 kertas kerja manakala pihak Korea 6 kertas kerja. Prof. Lee telah memberikan welcoming speech serta membuka seminar.
Presentasi dari pihak Korea adalah seperti berikut,
1. Vertical Liquid Crystal Alignment Methods using a SAM Layer - Prof. Hak-Rin Kim/KNU
2. Efficient Light-Emitting Diodes Based on Quantum Dots - Prof. Chang-Hee Lee/SNU
3. Filamentary resistance switching mechanism and it’s application to the crossbar memory array - Prof. Cheol-Seong Hwang/SNU
4.CMOS-Integrated Chemomechanical Sensor - Prof. Jung-Hoon Lee/SNU
5.Normally-off GaN MOSFET Based on AlGaN/GaN Heterostructure with Extremely High 2DEG Density Grown on Silicon Substrate - Prof. Jung-Hee Lee/KNU
6. MEMS-based Tilt Sensors - Prof. Seong-Ho Kong/KNU
Presentasi dari Malaysia adalah,
1.Recent Development in Materials Synthesis for OLED - Prof. Dato' Dr. Mohammad Yahaya/UKM
2.A ZnO nanorod based surface acoustic wave sensor (SAW) - Dr. Dee Chan Fu/UKM
3.Fabrication bulk heterojunction organic solar cells using inkjet-printing technique - Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh/UKM
4.Analytical and experimental determination of RF frequencies in fiber ring resonators for CATV channel distribution - Prof. Dr. Sahbudin Shaari/UKM
5.Fabrication of New MEMS Capacitive Microphone - Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis/UKM
6.Effect of Ca Content on Mechanical Properties of 4N Gold Wire Bonding for QFN Stacked Die Package - Dr. Azman Jalar/UKM
7.Gas sensing properties of assembled gold nanoparticles - Dr. Akrajas Ali Umar/UKM
8.Micro-fabrication of On-Chip Coupled Inductive Coil - Dr. Jumril Yunas/UKM
Pada hari kedua pihak KNU telah mengatur program lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti seperti Seokguram Grotto, Bukguksa Temple, dan Royal Tomb. Buat pertama kalinya bagi saya dan peserta yang lain dapat masuk ke dalam tomb atau kubur yang telah digali dan buka untuk tontonan umum. Gambar menbunjukkan pintu masuk dan keadaan di dalamnya. Tomb Diraja menempatkan ruang jasat dan harta benda yang ditanam sekali.
Sehari sebelum pulang kita terpaksa bermalam di Seoul kerana kapal terbang pulang pada jam 11.00 pagi dan perjalanan dari Daegu ke Seoul mengambil masa 3 jam. Oleh itu pada hari Ahad kita sempat mengunjung beberapa tempat bersejarah dan menarik di Seoul. Kami juga berkesempatan berpakaian Korea dan membuat kimchi sendiri kerana kebetulan masih dalam bulan raya. Jadi berpakaian Korea macam pakai baju raya dan buat kimchi seperti buat rendang. Semasa di Seoul, yang menjadi pemandu pelancungnya ialah Dewi Kartika berasal dari Indonesia mahasiswa Yonsei University yang buat part time. Jadi penceritaan tentang orang Korea lancar sekali dalam bahasa Indonesia.

No comments: