Wednesday, November 4, 2009

Selamat Tinggal dan Salam Untuk Semua, Semoga Jumpa Lagi

Assalamualaikum kepada semua yang singgah ke blog ini. InsaAllah saya dan isteri akan menunaikan fardhu haji dan akan berangkat ke Mekah pada pagi 14 November 2009. Ini merupakan posting terakhir saya sehingga saya kembali ke tanahair nanti setelah selesai mengerjakan ibadah Haji, InsyaALLAH. Oleh itu, di kesempatan ini saya dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak sengaja selama saya mula menulis dalam blog dan selama saya mengenali saudara dan saudari sekalian.
Doakan kesihatan saya dan isteri agar dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan semoga perjalanan ibadah Haji dapat saya lakukan dengan tenang dan lancar. Saya akan turut doakan kesejahteraan buat semua yang ditinggalkan di sini dan seluruh umat Islam.
Sehingga kita jumpa lagi, InsyaAllah.

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK

(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

6 comments:

Afzan said...

Assalamualaikum Prof, saya doakan semoga Prof & isteri selamat pergi dan pulang dan berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalankan amal ibadat dengan sempurna.

faizal said...

Selamat berangkat Prof. Selamat berangkat dan selamat pulang mudah-mudahan.Semoga mendapat haji yang mabrur

Abdul Rahman Hashim said...

Salam, Pak Han.

Kami sekeluarga mendoakan semoga Pak Han dan isteri dikurniakan kerahmatan, sihat walafiat dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali. Sampaikan salam kami....

ABDUL RAHMAN HASHIM,
Wangsa Maju.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbkt Prof,saya dan isteri mendoakan moga segala urusan ibadah Prof berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga berkat ilmu yang dicurahkan kepada kami mendapat balasanNYA..AMIN

Muhd Ramdzan
Norazreen
Aisyah Batrisya
Aisyah Suffiyyah

Faiz B said...

Salam Prof., selamat pergi dan pulang, semoga mendapat haji yang mabrur.

... said...

selamat mengerjakan haji.

w.mahmood mat yunus UPM