Tuesday, January 1, 2008

Di ambang tahun 2008

Semalam 31 Dec 2007, menghabiskan cuti tahun, saya berjalan ke Lot 10, kerana urusan peribadi dengan Berjaya Vacation Club di KL Plaza. Selepas urusan berjalan ke tempat shoping terbaru paling besar di Malaysia berhadapan KL Plaza, Pavilion Kuala Lumpur. Semua departmental stores bagi barang berjenama hebat terdapat di situ sama seperti Takashimaya di Orchade Road Singapore. Jadi lepas ini tak perlulah ke Singapore lagi bagi mereka yang suka dengan suasan shoping begitu. Bagi yang berminat tu memadailah dengan Jalan Tunku Abdul Rahman sahaja. Pavilion mengubah wajah Bukit Bintang kepada internation centre bagi Kuala Lumpur.
Di Bintang walk banyak Tok Arab bercuti di situ, banyak kedai sudah diubah untuk menarik orang Arab, Starbucks coffee pun ada lagu arab. happening sungguh bagi pemuda pemudi. Bagi yang berumur sikit boleh urut refleksologi dekat Sungei Wang.

No comments: