Wednesday, August 27, 2008

UKM - Universiti Perdana

Di Malaysia UKM merupakan universiti yang ketiga ditubuhkan selepas Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia(USM). Dalam pelumbaan untuk menjadi universiti APEX, UKM turut mengharapkan terpilih keranan prestasi UKM sekarang adalah bertaraf dunia, tetapi adalah menjadi kelazimannya universiti tertua, UM dirasakan mempunyai harapan yang cerah untuk pengiktirafan tersebut. UKM ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai kemuncak pendidikan kebangsaan yang mendaulatkan Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walaupun UKM adalah yang ketiga dari segi ditubuhkan, tetapi keujudanya adalah atas perjuangan masyarakat yang mahu melihat satu universiti nasional yang beridentitikan kebangsaan.
Sebenarnya UKM adalah universiti perdana, bukan sahaja kerana prestasinya tetapi ianya sentiasa berkedukan utama di Malaysia. Di awal penubuhan UKM, canselor pertamanya adalah seorang Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan majlis UKM pernah dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang juga merupakan Perdana Menteri pada 1982-2002. UKM juga merupakan universiti yang terbanyak menghasilkan syarahan perdana, dan pada tahun ini telah melahir bilangan graduan PhD paling ramai di Malaysia iaitu seramai 183 orang.
Jadi UKM tidak perlu merasa rendah diri jika tidak terpilih sebagai universiti APEX kerana UKM sudahpun merupakan Universiti Perdana.

1 comment:

Noreimi said...

Salam pak han,

Emi nak tanya.. sekarang ni emi sambung study secara part time Diploma(e-PJJ) di UiTM Shah Alam.. ini dah tahun terakhir.. insyaallah.. Emi ada niat untuk menyambung Degree.. tapi tak sure lagi nak continue dekat UiTM atau ingat nak cuba di tempat lain.. tengah survey lagi.. ada rakan2 yg kata UKM pun ada system pembelajaran secara e-PJJ.. tp emi nak tau berapa tahun utk kita complete Degree & subject yg kita dah ambil masa di UiTM tu boleh ker kita transfer credit??