Sunday, January 11, 2009

IMEN, UKM dan ISRC, SNU

Pagi ini saya pergi bersarapan di Restoran Pelita Nasi Kandar di Kuala Lumpur. Semasa makan saya teringat janji untuk menceritakan sedikit tentang research center di Seoul National University. Tulisan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang apa yang diamalkan di sana yang mungkin boleh dijadikan perbandingan untuk melihat di mana kita dalam bidang ini dan sebagai pengajaran untuk penambah baikan. Selain dari Korea sebenarnya saya telah melawat beberapa pusat penyelidikan di Germany, United Kingdom, Japan, Switzerland, Taiwan dan Singapore.
United Kingdom
1. GEC Marconi, 1997
2. MMIC Design Lab. and Optoelectronics Lab, Kings College, London, Jun 1997.
3. Cavendish Lab, Cambridge, UK, 10 September 1999
4. Fabrication Facilities
at Southampton University, 13 September 1999
Japan:
1. Shono Laboratory, 1992,1993
2. Semiconductor Laboratory, Osaka University, Japan.1994
3. Semiconductor Laboratory, Kyoto University, Japan. 1994
4. Tokyo Institute of Technology, 2001
5. Niigata Sanyo Electronics Co. Ltd, Japan, 7 August 2003
Germany:
1. Microelectronics Center, Duisburg University, 2004
2. Fraunhufer Institute, 2004
Holland
1. Delf Institute of Microtechnology, 2004
Switzerland:
1. Institute of Microtechnology, University of Newchatel, Switzerland, 1995
Korea
1. Intervarsity Semiconductor Research Centre(ISRC), National Seoul University, Dec 2004
2. Kyungpook National Seoul University, August 2007
Taiwan:
1. Micro/nano Fabrication Center, National Cheng Kung University, Tainan, 2002
2. Wing Semiconductor, 2005
3. Microelectronics Centre, National Chiao Tung University, 2005
Singapore:
1. Centre for Integrated Circuit Failure Analysis and Reliability, NUS, ,Nov 1991.
2. Microelectronic Centre, Nan Yang Technological University, Singapore, July, 1997
3. IMRE, 2001
4. Institute of Bioengineering and Nanotechnology(IBN), Singapore, 6 Dec 2007.
Saya juga pernah mengikut latihan dalam reka bentuk dan proses fabrikasi selama 9 bulan di GEC Marconi, UK. pada 1997.
Semasa menjadi profesor pelawat di SNU, saya telah berkesempatan meninjau beberapa pusat kecemerlangan penyelidikan(PKP) yang betaraf institut di SNU. Bilangan PKP hampir 70 sedangkan UKM hanya ada 14 sahaja. Terdapat PKP yang besar dan kecil bergantung pada keadaaan penyelidikan dan sokongan kewangan.

Bersama Prof. Lee dan Pengarah Institute of New Media and Communication Prof. Kwang Bok Lee

Bersama Pengarah Institute of Molecular Biology and Genetics A.P Dr. Junho Lee

PKP tersebut mewakili beberapa kelompok pengajian seperti, kejuruteraan, kemanusian, perubatan dan sebagainya. Bagi kelompok kejuruteraan terdapat 14 PKP iaitu yang paling banyak. PKP tersebut adalah,

1. Inter-University Semiconductor Research Center(ISRC)
2. Research Institute of Engineering Science
3. Center for Advanced Material Research
4. Automation and Systems Research Institute
5. Research Institute of Advanced Computer Technology
6. Institute of Advanced Machinery and Design
7. Institute of New Media and Communications
8. Research Institute of Energy and Resources
9. Research Institute of Marine Systems Engineering
10. Institute of Chemical Processes
11. Institute of Advanced Aerospace Technology
12. Advanced Institute of Convergence Technology
13. Integrated Research Institute of Construction and Environmental Engineering

14. Advanced Automotive Research Center

Terdapat 7 PKP bagi kelompok Sains Tulen iaitu,
1. Research Institute of Basic Sciences
2. Institute of Molecular Biology and Genetics
3. Research Institute of Oceanography
4. Center for Theoretical Physics
5. Institute of Microbiology
6. Research Institute of Mathematics
7. Korea Bio-MAX Institute

Kebanyakan PKP in mempunyai bangunan sendiri, tetapi terdapat juga yang hanya terdiri dari pengarah dan setiausaha sahaja di mana para penyelidiknya datang dari fakulti semuanya. Tetapi kebanyakan PKP darai bidang sains dan kejuruteraan mempunyai bangunan sendiri dan mempunyai peruntukan yang besar. ISRC merupakan PKP yang paling besar dan termahal kerana mempunyai kemudahan tercanggih.

ISRC yang diasaskan oleh Prof. J.D. Lee pada tahun 1985 dibangunkan untuk menjadikan pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik antara universiti yang pertama di SNU dan Korea. Mikroelektronik merupakan bidang yang memerlukan peralatan - peralatan yang canggih dan kritikal. Untuk sesuatu makmal fabrikasi semikonduktor memerlukan banyak peralatan yang khusus dan mesti di tempatkan di dalam cleanroom iaitu makmal bebas habuk dan prasarana lain seperti air ternyah ion (deionized water) dan sistem gas yang sangat khusus. Adalah tidak murah untuk mempunyai makmal sebegini dan biasanya tidak semua universiti mampu mempunyainya.Kemudahan ini dibangunkan dengan kos dalam julat ratusan juta ringgit. Dari segi kecanggihan makmal, di Malaysia hanya MIMOS yang mempunyai kemudahan hampir seperti ISRC tetapi sayangnya MIMOS tidak bersifat penyelidikan diawal penubuhannya. Ini kerana semasa ditubuhkan Malaysia tidak memunyai foundri pemprosesan semikonduktor, yang ada cuma industri pempakejan bagi IC yang diproses di US atau Jepun. ISRC mendapat kerjasama dari industri semikonduktor di Korea yang banyak memberikan dana. Samsung merupakan industri yang paling besar memberikan dana penyelidikan sehingga mempunyai bangunan tersendiri di dalam ISRC. Prof. J.D. Lee telah mewujudkan anugerah penyelidikan dan sokongan penyelidikaj kepada profesor dan kakitangannya. Beliau telah menggunakan wang gajinya untuk anugerah tersebut bagi membeli emas bernilai W15,000, 000 atau RM40,000 setahun.

Untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan, pihak universiti memberikan bajet kepada institut-institut mengikut keperluan masing-masing. Oleh sebab ISRC dibangunkan bukan sahaja untuk SNU, universiti lain di Korea boleh menghantar resepi mereka untuk diproses di ISRC dengan membayar yuran pemprosesan. Adalah jauh lebih murah bagi sesuatu universiti membayar yuran pemprosesan daripada mempunyai kemudahan makmal yang lengkap.

ISRC mempunyai empat pusat penyelidikan lagi iaitu, Microsystem Technology, Display Technology, System Engineering Design, dan Nano Bioelectronics and System. Keempat-empat pusat ini mempunyai ketuanya dan makmal masing-masing, tetapi untuk tujuan proses kesemuanya akan menggunakan kemudahan fabrikasi yang sama. Terdapat pusat yang besar dan yang kecil bergantung pada aktiviti dan dana penyelidikan masing-masing. Display technology misal mempunyai bangunan sendiri di ISRC kerana mendapat sumbangan dari Syarikat Samsung. Sebahagian dari cleanroom dipunyai oleh Microsystem Technology (MEMS) disamping mempunyai makmal lain yang bukan cleanroom di ISRC dan juga di fakulti.

Kelihatan seolah-olah, ISRC adalah sama seperti IMEN di UKM tetapi mereka jauh lebih besar. Semasa penubuhan IMEN di akhir 2002 saya belum kenal lagi tentang ISRC, jadi IMEN tidak meniru ISRC, cuma kebetulan sahaja mempunyai kesamaan. Bezanya ISRC mendapat sokongan dari pihak industri dan Kerajaan Korea. Sedangkan IMEN tiada sokongan kewangan industri kerana di Malaysia kebanyakan industri elektronik bukan hak milik Kerajaan. IMEN juga tidak mendapat sokongan kewangan yang khas dari Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membolehkan kemudahan dikongsikan dengan universiti lain seperti di ISRC. IMEN dibangunkan dengan peruntukan penyelidikan yang diusahakan sendiri oleh beberapa profesor khususnya saya sendiri yang mendapat dana besar dari Telekom Malaysia dan dana penyelidikan yang besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebanyak RM38 juta bagi membangunkan penyelidikan MEMS yang pertama di Malaysia. Boleh saya katakan di sini aktiviti mikroelektronik di UKM sebenarnya telah mendapat pengiktirafan dari bahagian R&D Telekom sejak 1994 daripada industri elektronik multinasional.

Malaysia boleh mempelajari pengalaman dari Korea untuk menjadi satau atau dua universiti sebagai pusat penyelidikan dalam bidang mikroelektronik(nanoelektronik) dengan sokongan kewangan tetap untuk membolehkan IPTA lain turut mempunyai ekses seperti di Korea, Jepun, Taiwan. MIMOS akan terus sebagai institusi penyelidikan yang melihat keperluan pasaran sahaja.

3 comments:

emilia azman said...

salam ziarah... wah bestnya blog nih.. quite informative.

Prof. Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Terima kasih kerana singgah ke blog ni. Awaka dari mana? US?
Terdapat pelawat dari luar negara yang lihat blog ni, mereka tak faham tulisan. Mereka boleh faham foto dan bangga lihat foto di tempat mereka, itu sebab dia lawat blog ni. Sekarang ada yang nak cuba belajar Bahasa Malaysia sikit-sikit

NedDy said...

salam.. erm neddy tak letak pict abg kt blog lagi. tp pict anak2 dia byk kt blog neddy. ika tu anak dia la.

nanti nadia bg k pict kt MCdonald tu.:)