Wednesday, December 31, 2008

Mengakhiri Tahun 2008 di Seoul

Kali ini saya dan isteri serta Hanas, Mimi dan suami menyambut kedatangan tahun 2009 di Seoul. Tepat jam 12.00 malam 2009 suasana malam di Seoul diterangi dengan percikan bungapi menyambut kedatangan tahun baru. Saya menunggu countdown di hotel sahaja sebab suhu ketika itu -8 degree Celcius dan sedang sibuk untuk bersiap untuk ke airport esok pagi jam 7.30 pagi. Hanas, Mimi dan Faiz sempat meninjau suasana di Gangnam station yang dibanjiri manusia untuk menyambut kedatangan 2009.
Hari terakhir di Seoul, saya tidak bekerja, masa luang digunakan untuk berjalan-jalan dan membeli buah tangan yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Saya yang sudah beberapa kali ke Seoul hanya menemani sahaja dan agak senang hati kerana tak perlu fikir apa yang nak dibeli untuk keluarga kerana isteri saya melakukan semuanya. Semasa di Seoul iaitu semasa cuti Chrismas saya sempat ke Ski resort di Konjiam lebih kurang 1 jam dengan kereta bersama Prof. Lee dan isterinya. Pergi ke sana untuk ambil gambar sahaja sebab kalau nak main kena belajar dulu.
Bagi orang Malaysia bila ke Seoul biasanya beberapa tempat mesti dilawat untuk membeli-belah. Tempat yang biasa dikunjingi ialah Itaewon, Namdaemon market, Dongdaemon market. Jika ketiga tempat sempat dilawat sudah puas hati kerana terdapat barangan yang boleh diperoleh dengan harga yang murah. Dan jika ada masa bolehlah ke COEX mall, Yongsan market untuk barang elektronik dan lain-lain.
Selama 15 hari berada di Seoul sebagai profesor pelawat di Seoul National University telah memberi saya banyak pengalaman dan idea baru hasil pertemuan dan perbincangan dengan beberapa profesor di sini khususnya pengarah-pengarah Institut penyelidikan. Perkara ini akan saya ceritakan dimasa akan datang dibawah tajuk lain.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan terima kasih kepada Prof Lee yang telah menjemput saya ke sini yang ditanggung sepenuhnya oleh SNU. Kerjasama yang telah dibincangkan sebelum ini telah dilaksanakan dan bukan sekadar tanda tangan MOU sahaja. Untuk maklumat SNU telah tandatangan MOU dengan universiti seluruh dunia dan untuk Malaysia dengan University Malaya, tapi mengikut Prof Lee tiada aktiviti yang telah dilakukan. Tahun ini UKM melalui IMEN telah memulakan aktiviti kerjasama tanpa tandatangan MOU anatar universiti. Jaringan antarabangsa bukan bermakna lawatan peringkat atasan sahaja, tetapi yang yang penting ialah aktiviti yang betul-betul dilakukan.

7 comments:

Jamaluddin Yeop Majlis said...

Selamat Tahun Baru 2009M. Semoga selamat pulang ke Malaysia dengan penuh barakah.

Rasha_rz said...

ya... selamat tahun baru juga w/p sudah agak terlambat beberapa hari mengucapkannya.

Miss Neddy said...

Selamat tahun baru. terima kasih kerana sudi lawat blog Neddy.

Prof, kakak neddy pun menyambut tahun baru di Seoul bersama family thn ini.:)

Miss Neddy said...

Prof, rasanya abg ipar saya mungkin pergi ke seoul atas tujuan yg sama dgn prof. kerana dia pun tinggal di Provista hotel jg. Abg ipar Nad CEO Advance Technolab.

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

NedDy,
Abg ipar tu nama Zazali ke?. Dia sampai Seoul pada tarikh saya pulang ke Malaysia. Provista apartment hotel saya cadangkan pada dia sebab sesuai untuk keluarga.

Miss Neddy said...

A'ah, nama abg sahazali.. ehehe..kecik kan dunia ni:)
kakak neddy mcm tak caye je memula neddy citer..

Bila neddy tunjuk pict prof baru sume org caye..ehe..


Pict prof kt sana pun ada. Pict prof & wife masa mkn dekat McDonald. nt neddy bg kt prof.:)

ajym said...

tak ada buah tangan utk ajym ke....