Wednesday, March 18, 2009

Keluarga IMEN bertambah besar, Penyelidikan bernilai pasaran

Semasa IMEN (institute of Microengineering and Nanoelectronics) ditubuhkan pada November 2002 staf IMEN datangnya dari fakulti yang dipinjamkan termasuk pengarahnya, bilanganya hanya 4 orang. Setelah 6 tahun tertubuh bilangan staf tetap telah bertambah besar sehingga 30 orang. Bilangan ini tidak termasuk research student (MSc/PhD) yang bilangannya juga agak besar.
Baru-baru ini suatu retreat telah diadakan di Royale Bintang Seremban untuk membincangkan halatuju penyelidikan IMEN. Retreat tersebut telah dihadiri oleh hampir semua staf IMEN, akademik dan bukan akademik. Jika di awal penubuhan IMEN menjemput beberapa staf dari fakulti yang menjadi sekutu IMEN dalam retreat kerana bilangan staf yang terlalu kecil. Retreat pertama pada tahun 2003 yang diadakan di Penang hanya 5 orang sahaja. Kali ini bilangannya yang agak ramai sehingga tidak dapat menampung penyelidik bersekutu IMEN yang terdapat di fakulti untuk turut hadir.
Sejak penubuhan IMEN sudah mempunyai halatuju penyelidikannya, tetapi kita sentiasa membuat semakan dan pengukuhan supaya penyelidiakn yang dilakukan mengikut keperluan negara sesuai dengan kepakaran yang terdapat di UKM.

Kluster Penyelidikan MEMS dan Nanoelektronik
Salah satu kluster penyelidikan di IMEN ialah MEMS dan nanoelektronik yang saya sendiri kepalai. Kluster ini merupakan yang paling dominan di IMEN. Baru-baru ini suatu seminar dalaman telah diadakan di Equatorial Hotel Bangi untuk membincangkan pengkomesilan MEMS. Seminar ini dihadiri oleh hampir semua ahli kumpulan termasuk yang kebanyakannya research student (MSc/PhD) saya sendiri. Wah.., baru tahu ramai juga. Seminar tersebut juga untuk meraikan kejayaan kumpulan MEMS memenangi 1 gold medal dan 3 silver medal di Malaysia Technology Expo baru-baru ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai kualiti penyelidikan kumpulan MEMS yang telah diiktiraf bertaraf dunia. Pengiktirafan tersebut dibuat berdasarkan kekuatan, output penyelidikan termasuk penerbit di jurnal berindeks, intelectual property dan sanjungan. Kaedah penilaian pencapaian penyelidikan adalah menggunakan kaedah yang digunakan di Australia. Salah satu output yang penting ialah pengkomersilan. Oleh itu seminar tersebut telah mengenal pasti produk yang boleh dikomersilkan, termasuk penubuhan syarikat terbitan (start up company).

Seminar ini juga dihadiri oleh Prof. Dr. Salina Abdul Samad, Pengarah Pejabat Antarabangsa UKM dan Prof. Dr. Ille Gebeshuber yang baru menyertai IMEN.
Prof. Ille yang berasal dari Veana, Austria agak kagum melihat kesungguhan dan hubungan rapat yang terdapat dikalangan ahli kumpulan ini. Sebenarnya itulah rahsianya kenapa saya boleh mempunyai ramai research student. Kalau di Veana, katanya seorang profesor biasanya hanya mempunyai 2 atau PhD student sahaja, tetapi disini lebih dari 10 orang. Beliau meminta gambar kumpulan yang diambil diakhir seminar untuk ditunjukkan pada rakannya di Veana kerana beliau akan pulang untuk menghadiri persidangan di sana. Menurut beliau, tanggapan orang Eropah terhadap Malaysia agak negatif, Negara Islam, diskriminasi jantina dan sebagainya. Setelah beliau tinggal di sini (baru 3 bulan) semua tanggapan tersebut ternyata tidak betul sama sekali, diskriminasi jantina langsung tiada
. Malah UKM sendiri dipimpin oleh seorang wanita.

3 comments:

unwanted said...

Sir, IMEN stands for what?

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Sorry,
Thank you for your interest. IMEN stand for Institute of Microengineering and nanoelectronics(IMEN)

Sunah Sakura said...

salam prof.

menarik, tak sangka boleh terjumpa blog prof. saya juga ada seorang sahabat yang sedang mengambil phd di ukm yang membuat kajian tentang MEMS. tapi tak nampak pula nama dia dalam senarai phd students prof..mungkin dia di bawah advisor yang lain.