Friday, December 31, 2010

Hubungan IMEN dengan Inter varsity Semiconductor Research Center, SNU dan Institute of semiconductor Fusion Technology, KNU Korea semakin erat.

Bulan Disember 2010 merupakan bulan paling sibuk kerana berbagai aktiviti berlangsung sebelum melangkah ke tahun 2011. Korea - Malaysia joint Workshop on Nanotechnology kali ini merupakan giliran IMEN menjadi tuan rumah terpaksa diadakan pada bulan ini kerana waktu lain tidak sesuai. Selesai urusan dengan profesor Korea, IMEN mempunyai acara untuk kakitangan pula, iaitu perjumpaan tahunan yang kali ini diadakan Everly Resort Hotel, Melaka.
Pada 13 Disember 2010, telah berlansungnya pertemuan tahuna
n antara dua universiti utama di Korea, Seoul National University(SNU) dan Kyungpook National University(KNU) dengan National University of Malaysia (UKM). Pertemuan tahunan yang dianjurkan secara bergilir-gilir telah bermula sejak tahun 2007 atas initiatif Prof Jong Duk Lee semasa beliau menjadi profesor pelawat di IMEN pada tahun yang sama. Pertemuan kali ini terbahagi kepada dua, iaitu workshop di Pullman Putrajaya dan mesyuarat di kampus UKM pada hari kedua.
Seramai 4 orang profesor dari SNU dan 5 orang profesor KNU telah hadir untuk seminar tersebut di mana semua profesor dan kakitangan IMEN termasuk pelajar siswazah terlibat. Sebanyak 15 hasil penyelidikan dari ketiga-tiga buah universiti dari Korea dan Malaysia(UKM) telah dibentangkan.
Seminar bersama ini yang telah bermula pada tahun 2007, bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan penyelidikan masing-masing. Walau pun Malaysia tidak semaju Korea, di mana penyelidikan mereka agak terkehadapan kerana fasiliti penyelidikan dan tenaga akademik yang sangat baik, tetapi dalam beberapa perkara tertentu hasil penyelidikan kita juga tidak kalah dengan mereka. Ini diakui sendiri oleh profesor Kim dari SNU apabila salah seorang profesor kita mengatakan Korea adalah terlalu maju untuk kita bekerjasama. Prof. Kim mengatakan apa yang dia lihat dari pembentangan kita dan kualiti presentasi, kita sebenarnya juga melakukan penyelidikan yang terkini dalam bidang yang dilakukan mengikut niche. Setelah empat kali seminar diadakan sama ada di Malaysia atau di Korea, mereka nampaknya sangat serius dan tidak menganggap kita tidak setaraf dengan mereka. Walaupun kadang-kadang kita merasakan merek datang untuk ambil kesempatan bermain golf, tetapi, kali ini tiada seorang pun yang mahu bermain golf. Mereka datang semat-mata untuk berseminar, dan habis seminar terbang pulang ke Korea. Semuanya ditanggung sendiri oleh mereka. Apa yang mereka bentang bukanlah perkara yang sekadar untuk bentang sahaja, mereka membentangkan apa yang mereka buat sekarang.
Prof. Shin dari KNU dan pertama kali datang ke UKM mencadangkan untuk tanda tangan MOU dengan IMEN. Tetapi, sebenarnya kita telahlah pun tandatangan LOI pada tahun 2007 semasa melawat KNU atas permintaan saya, masa itu beliau bukan pengarah Pusat penyelidikan di KNU.
Tahun hadapan, 2011, SNU akan menjadi tuan rumah untuk seminar bersama yang ke lima. Prof. Kim selaku Pengarah ISRC, SNU sudah pun mencadangkan tarikh iaitu pada bulan Oktober di Seoul, Korea Selatan.
Kita seharusnya menghargai komitmen Korea untuk terus berminat menjalin hubungan penyelidikan dan akademik dengan UKM dalam bidang nanoteknologi khususnya MEMS dan nanoelektronik yang mereka semangnya champion. Aktiviti sebegini harus diteruskan walau pun saya tidak lagi menjadi pengarah kerana kita dapat mengukur kemajuan kita di samping menjadikan Korea model untuk diikuti. Saya melihat hubungan kerjasama dengan Korea dari sudut hubungan dua hala yang sangat penting dan ini selari dengan pakatan diantara Perdana Menteri Najib dan Lee Myung Bak Presiden Korea Selatan yang dinyatakan di Putrajaya seminggu sebelum seminar berlansung.

No comments: