Saturday, December 25, 2010

Asia Nano Camp di UKM dan Asia Nano Summit di Hanoi

Asia Nano Forum(ANF) dianggotai oleh kebanyakan negara-negara Asia. Oleh sebab organsiasi ini bukanya organisasi politik, iaitu lebih kepada kegiatan dalam bidang nanoteknologi di Rantau Asia. Penggunaan nama negara digantikan dengan sektor ekonomi. Ini untuk membolehkan wakil dari Taiwan dan China turut terwakil. Wakil dari setiap sektor ekonomi adalah, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, India, Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan, China dan Abu Dabi. Buat masa ini sekretariat ANF adalah di Singapura.
Salah satu aktiviti yang melibatkan setiap negara ekonomi adalah Asia Nano Camp(ANC) yang diadakan pada negara ekonomi yang terpilih. ANC merupkan aktiviti pendedahan untuk saintis muda dalam bentuk penglibatan dalam penyelidikan masing-masing, lawatan, seminar dan sebagainya, yang biasa mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu. Pada tahun 2008 di Jepun, 2009 di Taiwan dan pada tahun 2010 gabungan antara Malaysia dan Singapura. Pada 11 Oktober 2010 UKM telah menjadi salah satu organisasi untuk dilawat oleh peserta Asia Nano Camp yang terdiri dari sainstis muda seramai 40 orang mewakili setiap sektor ekonomi Asia. IMEN selaku tuan rumah telah mengatur aktiviti dan taklimat mengenai nanoteknologi di UKM khususnya IMEN.











Selepas UKM, peserta ANC juga melawat UM, MIMOS, UPM, Malaysia Genome Institute dan akhirnya USM.
Asia Nano Summit Meeting
Pada 9 -11 November Asia Nano Summit Meeting telah diadakan di Hanoi, Vietnam. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua wakil dari semua negara ekonomi Asia, iaitu Vietnam, Korea Selatan, Thailad, Jepun, Iran, India, Australia, New Zealand, Indonesia, Taiwan, China, dan Singapura yang juga merupakan sekretariat ANF. Malaysia di wakili oleh saya sendiri dan Dr. Teh dari MIMOS. Dalam mesyuara tersebut setiap wakil ekonomi akan melaporkan aktiviti nanoteknologi di setiap negara masing-masing. Saya mewakili Malaysia menggantikan Prof. Dr. Halimaton Hamdan melaporkan perkembangan nanoteknologi di Malaysia. Sebelum Asia Nano Summit, Hanoi juga merupakan tuan rumah bagi "5th East Asia Summit" yang dihadiri oleh Dato' Sri Najib. pada 5 Oktober.
Pertama kali menjejakkan kaki di Hanoi, saya merasakan taraf hidup di sana sama seperti di Malaysia 30 tahun dahulu. Jalan raya dipenuhi dengan motosikal, dan tiada peraturan. Keadaan udara berdebu dan berbau asap, maka memakai topeng muka merupakan pemandangan biasa. Tetapi, tidak bermakna mereka tidak terdedah kepada teknologi moden, cuma penguat kuasaan peraturan tidak begitu tegas seperti negara-negara maju.
Walau bagimanapun penglibatan dari segi penyelidikan, terutama bidang ilmu baru seperti nanoteknologi, Vietnam tidak mahu ketinggalan, malah dalam setengah hal lebih baik dari kita. Mereka mempunyai tenaga akademik yang ramai dan berkualiti. Summit tersebut diadakan sempena "The 5th International Workshop on Advanced Materials Science and Nanotechnology (IWAMSN2010)", 9 -n12 November 2010. di Universiti Teknologi Hanoi.

No comments: