Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya pengunjung blog saya. Disini saya sampaikan beberapa rangkap pantun untuk renungan.
Buat baik berpada-pada
Buat jahat sangat bahaya
Balik kampung orang tiada
Di sini sahaja berhari raya

Orang muda kuat berusaha
Orang tua banyak berjasa
Hari Raya Aidiladha
Di Kelantan besar, di sini biasa

Pergi berbelanja di pasararaya
Beli barang tak boleh sedikit
Makan lemang adat berhari raya
Dimakan banyak bawa penyakit

Semakin tua rambut beruban
Kelihatan kacak dan boleh tahan
Di hari raya kita berkorban
Tanda taat perintah Tuhan

Burung terbang dengan kepak
Jatuh ke bumi menjadi sampah
Buat baik orang tak nampak
Buat jahat orang menyampah

Naik kenderaan berjalan perlahan
Bergerak di jalan seperti unta
Hari biasa banyak kesalahan
Di pagi raya maaf dipinta

Menziarah kawan di Singapura
Tak kira kaum tak kira bangsa
Di Hari Raya kita bergembira
Jangan lupa mangsa di Bukit Antarabangsa



Pokok berlubang kerana belatuk
Lubang dikorek ditengah batang
Pelakun Shahrukhan bergelar Datuk
Kerana minat, Melaka memberi bintang

3 comments:

Miss Neddy said...

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Terima Kasih atas segala ingatan:)

Anonymous said...

profesor ni tak balik lagi kut? masih di koria.

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Patut pergi 10 Dec tapi tunda ke 18 Dec sebab istiada pengurniaan bintang J.M.N. di Istana Negara pada 16 Dec.