Friday, February 27, 2009

Di Persada Antarabangsa

Semasa mendapat dana yang besar pada tahun 2002 untuk penyelidikan MEMS, banyak orang mengatakan saya mempunyai rangkaian(network) dengan orang politik atau dengan menteri. Orang tidak mengatakan yang kejayaan itu kerana kemampuan dan kebolehan untuk merperoleh dana tersebut. Sedangkan saya tidak mempunyai hubungan atau kenal langsung dengan orang politik. Saya juga sehingga kini belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik. Begitu juga apabila dahulu seseorang itu berjaya dalam peperiksaan, orang akan tanya pakai bomoh mana. Apabila mendapat anugerah, orang akan tanya, ada cable ke. Itulah sifat orang kita yang tidak mempercayai atau mengiktiraf kejayaan seseorang. Seorang ulama pernah berkata, apabila kita mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang, Tandanya kita bersyukur. Tetapi jika kita berkata, aah tak lah bagus sangat atau memperlekeh sebarang kejayaan, sebenarnya secara tak sedar kita dengki.

Networking
Dengan dana penyelidikan yang besar sehingga tertubuhnya IMEN pada November 2002, usaha membuat rangkaian diperingkat antarabangsa turut dilakukan. Semenjak projek MEMS saya telah terlibat dengan beberapa persidangan dan lawatan kerjasama di peringkat antarabangsa. Di antara negara yang di kunjungan samaada membentangkan kertas kerja atau lain-lain adalah, Indonesia, Singapura, Thailand, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China, Iran, United Kingdom, Sepanyol, Switzland, Jerman, Holand, Autralia. Negara Timur Tengah tidak bergiat banyak dalam bidang teknologi mikroelektronik, oleh itu saya belum pernah berpeluang ke sana dalam tempoh penyelidikan yang lepas. Tetapi InsaAllah dalam masa terdekat ini akan terdapat kemungkina saya ke sana setelah beberapa kunjungan dari Universiti dari Negara-Negara Arab seperti Al-Taibah, Madina, Saudi Arabia, King Saod, Riyad dan Bahrain ke Malaysia khususnya IMEN.
IMEN juga telah menanda tangani LOI dengan beberapa buah universiti di Korea, Singapura dan Indonesia serta MOU dengan MEMS Technology Sdn Bhd. LOI yang paling baru ialah dengan Dr. Munetaka Oyama, Intitute of Nanotechnology, Kyoto, Japan, ketika beliau menjadi profesor pelawat di IMEN. Baru - baru ini pada 18 Februari, IMEN telah dikunjungi oleh Dr. Shahrizad Hussain dari National University of Science and Technology, Rawalpindi, Pakistan untuk mencari peluang bekerjasama dalam penyelidikan.
Sekarang IMEN sudah mempunyai ramai rakan di luar negara dan tempatan. Rakan luar nega sedia untuk berkejasama kerana kita juga menjalankan penyelidikaan yang tidak jauah berbeza atau sama taraf denga mereka. Rakan tempatan atau rakan dari negara yang kurang maju pula mahu mencari peluang untuk bekerjasama. Terdapat profesor dari luar yang mahu menjadi visiting profesor, Prof. Jong Duk Lee darai Seoul National University. Sekarang terdapat profesor dari negara maju Austria yang bertugas sebagai profesor di IMEN. Prof. Dr. Ille Gebeshuber adalah seorang profesor dari Vienna University of Technology Institut für Allgemeine Physik &Austrian Center of Competence for Tribology sekarang bertugas sebagai profesor kontrak di IMEN dalam bidang fizik nanoteknologi dan biomimetik. Beliau menjadi staf UKM untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Prof. Ille Gebeshuber is number 10 in the category Science&Research in the Ranking of the 333 most important women in Austria.

3 comments:

Anonymous said...

Kita patut rasa bertuah dan bersyukur kerana ada master-mind seperti Prof BYM dan universiti nasional UKM-IMEN yang mempunyai teknologi bertaraf antarabangasa.

Anonymous said...

Kenapa orang melayu suka berfikir negatif dahulu sebelum positif khususnya perkara2 untuk bergerak kehadapan & akhirnya keputusan akan diambil lebih banyak peratusannya kepada negatif & hasilnya average...(pendapat saya), apa komen prof?

Rasha_rz said...

tahniah. kejayaan demi kejayaan