Monday, June 15, 2009

Dato' Seri Nizar Jamaluddin semakin keliru

Sebenarnya tajuk ini bukan perkara yang saya mahu poskan untuk kali ini. Tetapi melihat peristiwa yang berlaku dari kaca TV tentang YB Nizar, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen. Melihat gelagat YB Nizar di dalam parlimen selepas mengangkat sumpah dengan menjeritkan "hidup rakyat", "bubar DUN Perak" dan memakai belitan kepala yang bertulis bubar DUN semakin menampakkan ketidaksiuman beliau sebagai wakil rakyat dan ahli dewan. Perbuatan beliau yang disokong oleh beberapa ahli lain yang menumpang keberanian tidak bertempat NIzar. Beliau keliru dengan apa peranannya sebagai ahli parlimen dan ahli politik. Rakayat mahu melihat beliau membahaskan isu pembanganan rakyat dan bukan isu politik lagi. Beliau terus diapit oleh dua wakli rakyat yang mempergunakan statusnya sebagai bekas MB yang dilantik kerana perlembagaan Perak tetapi dengan kekuatan DAP.
Saya masih ingat semasa saya berpeluang sebagai pemerhati dalam Dewan Rakyat pada tahun 1981 (lama dah), perjalanan dewan cukup tertib, jika masuk mahu duduk kita mesti tunduk hormat, begitu juga mahu keluar. Semasa berucap ahli dewan mesti menggunakan Bahasa Malaysia dengan perkataan yang betul dan tidak kasar, jika terpaksa menggunakan bahasa lain mesti menyebut "dengan izin", begitulah pearuran semasa perjalanan mesyuarat dewan. Jika mana-mana ahli dewan yang tidak mengikut peraturan, speaker akan memberi ingat dan jika terus ingkar speaker mempunyai kuasa mengarahkan keluar dewan atau menggantung menyertai mesyuarat. Bergitulah tertip dan adab semasa bermesyuarat di dalam dewan rakyat yang terpelihara, kalau tidak seseorang tersebut memang biadab.
Saya masih ingat semasa Hashim Gera sebagai wakil rakyat PAS mewakili Parlimen Parit yang memukau orang Parit dengan kepetahanya berpantun secara spontan sehingga mengalahkan wakil rakyat Parti Perikatan (sekarang BN). Semasa dalam dewan rakyat beliau telah menari menyebabkan beliau digantung menghadiri mesyuarat. Orang tertipu dengan kepandaiannya berpantun sedangkan tiada apa khidmat yang boleh diberikan.
Dato' Seri Nizar membawa cara berkempen di luar dewan ke dalam dewan. Beliau tidak tahu membezakan cara masa berkempen dengan cara seorang wakil rakyat dalam dewan. Itu menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati kemuliaan dewan. Mewakili parti yang menjadikan agama sebagai pegangan, sikap beliau tidak dapat dijadikan contoh untuk diikuti. Saya rasa malu dengan cara beliau yang didokong oleh dua YB yang sangat bertentangan ideologi dengan parti yang beliau wakili.
Dulu semasa PAS merupakan ketua pembangkang buat pertama kali menggantikan DAP, mereka telah menunjukkan kejahilan dengan mengajak semua ahli pembangkang keluar dewan sedangkan masih belum lagi mengangkat sumpah sebagai ahli dewan. Itu merupakan hari pertama YB Mahfuz sebagai ahli dewan. Yang memalukan ahli DAP masa itu tak mahu keluar kerana mereka tahun belum angkat sumpah lagi. Itulah gaya orang yang tak pernah dapat kuasa dan tak tahu peraturan tetapi mahu tunjuk yang mereka berani. Itu namanya berani tapi jahil. Orang begini senang ditunggang oleh orang lain dan akhirnya dapat dikuasai pihak tertentu dengan mudah.
Walau apa pun alasan beliau, apa yang beliau lakukan adalah tidak betul dan memaparkan sikap yang tidak boleh dijadikan ikutan walaupun beliau mewakili parti Islam. Beliau boleh membangkang dengan mengikut peraturan dewan, jika tidak tak payah jadi ahi dewan dan masuk dewan. Nampaknya wakil rakyat ini dari dulu lagi terus membuat malu, sepatutnya lebih profesional tambahan pula beliau adalah adalah ahli profesional. YB Anwar Ibrahim juga buntu dengan sikap Nizar, dengan tidak membuat sokongan.

11 comments:

AjymNarnia said...

Dengan Jeritan "Hidup Rakyat"...

Malunya saya melihat dan mendgrnya... Nizar ingat selama ni rakyat dah mampus ker.... dgn dia aje ker rakyat boleh hidup... come on la nizar... dah berkurun org hidup aman damai tanpa kau... kau tu pun baru ujud je kat politik ni..

Anonymous said...

Dia cari populariti murahan. Dalam politik kalau dah popular walaupun bodoh bagai pandangan orang normal pengikut fanatik akan pilih juga, kerana mereka pun bodoh.

Cicit Yeop Majlis said...

Isu Nizar dah tak popular lagi. Sekarang isu kerajaan perpaduan. Cubalah Prof ulas sikit..

Prof. Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Terima kasih cadangan Cicit Yeop Majlis atau dengan kata lain cucu saya. Kalau ada kesempatan saya akan ulas sikit nanti.
Dalam politik nama yang baik-baik tidak semestinya tujuan atau apa yang lakukan baik, seperti perpaduan, keadilan, Islam...Ok cukuplah dulu kalau ada masa saya cuba ulas.

Anonymous said...

Memang Nizar dah tak popular lagi, itu sebab dia buat kecoh dalam Parlimen .. dgn hidup, hidup, hidup rakyat ... supaya dapat perhatian semula.

faz said...

kalau ada 10 org mcm nizar... jahanam la malaysia..undang2 tah kemana...ikut suka hati dier saja.

bani said...

salam tuan prof.

maaf saya nak komen AjymNarnia sikit...

ana lagi malu dengan komen enta penuh riak dan takabur... dihabiskan ayat dengan mengatakan nizar baru berkecimpung dalam dunia politik... heheh... enta kenal ke sapa dia sebelum ni???

tolonglah.... ilmiah sikit bila keluarkan komen... apatahlagi dalam blog prof...

saya cuma nak komen sikit je prof.. adakah nizar yang makin keliru atau orang melayu kini yang makin keliru...

mana lebih keliru...

1- nizar bagi tanah dekat cina yg lama dah menetap dekat situ terus cop dia boneka cina...

atau

2- umno bagi :
a) genting higland kat cina dan jadi pusat judi..
b) umno bagi pasir,air dan pulau batu putih dekat singapura
c) umno bagi pulau pinang dekat parti gerakan sebelum DAP ambil alih
d) Umno mematikan sekolah agama rakyat diseluruh malaysia terutama negeri perak bila sekat bantuan.
e) Umno senyap dan takut dengan isu babi di melaka
f) umno matikan bahasa jawi.. dan kini dlm proses bunuh bahasa melayu
g) Umno diam membisu dengan isu perwaja steel
h) Umno dalam ambang kehancuran fikrah dan siasah.. jauh dari semangat perjuang Tuanku abdul rahman...

maaf prof... kalu saya tak sehaluan dengan prof... saya harap perbezaan siasah ini merupakan rahmat... insyaallah...

semoga kita dapat teruskan perbincangan...

Prof. Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Bani,
ersplTerima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

AjymNarnia said...

Bani...

Komen mcm saya pun kau boleh malu....itu sebabla saya katakan puak ni mmg melampau...dah sah2 perangai gila nizar yg amat memalukan negara...

Nizar tu seblum ni org tak kenal pun... siapa dia.... walaupun dia aktif politik seblum ini tetapi setakat akar2 jer....secara umumnya org tidak kenal...

Bila dah jadi menteri besar baru la kenal sikit...dan kini kenal byk after transformasinya yg ala2 3bintang.

Anonymous said...

2- umno bagi :
a) genting higland kat cina dan jadi pusat judi..

Pada masa itu tiada siapa yg teringin dan nak buat apa kat tanah gunung itu...hanya goh tong yg terfikir nak memajukan tanah itu...adalah syarat dan perjanjiannya bukan bagi begitu sahaja.... silap2 saudara Bani pun dah pergi kesana...dan terpegun akan keindahannya...ia dibangun sebagai tempat pelancongan. Jgnlah kita berjudi pulak kesana...sebagai org islam keimanan kan ada...

b) umno bagi pasir,air dan pulau batu putih dekat singapura

Tak pasti...

c) umno bagi pulau pinang dekat parti gerakan sebelum DAP ambil alih

- Umno ke yg bagi....sila buat kajian terperinci...

d) Umno mematikan sekolah agama rakyat diseluruh malaysia terutama negeri perak bila sekat bantuan.

- Setahu saya tidak....sila buat study terperinci...jgn main tuduh saja..

e) Umno senyap dan takut dengan isu babi di melaka

- Terlalu bising..malah hari2 keluar suratkhabar dulu...tak pernah senyap....

f) umno matikan bahasa jawi.. dan kini dlm proses bunuh bahasa melayu

- Anak2 sekarang lagi pandai baca jawi jika dibandingkan dahulu...kat utusan setiap hari ada sisipan jawi...kat sekolah mmg ada pelajaran jawi...siapa kata umno matikan jawi... sila ilmiah sikit jika membuat statement...

g) Umno diam membisu dengan isu perwaja steel

- membisu ke... kan dah masuk mahkamah...

h) Umno dalam ambang kehancuran fikrah dan siasah.. jauh dari semangat perjuang Tuanku abdul rahman...

Ambang kehancuran dari segi apa... semakin maju je tgk...

bani said...

Salam... Prof.. (maaf buat kecoh didalm blog Prof)

Anonymous..(yg mana satu ana tak tau)

so.. betul lah UM-NO bagi tanah@gunung dekat CINA...mmmm nizar juga jadi mangsa...

ada syarat2 dan perjanjian nya umno dengan goh tong... bagi ana teka dua...

1) ketua polis negara beragama islam dialu-alukan menjadi tuan penasihat kat atas tu...

2) duit kasi masuk BN nyer poket lerrrr...

bab-bab lain tu rasanya tak perlulah didebatkan kalu enta rasa enta betul teruskan... kalau ada disini rasa macam tak percaya atau baru tau... boleh mengkaji sendiri...

habis tu apasal mesti takut dengan kaum sepet matanya... kalu kita MELAYU mendabit dada negara kita makin maju...???

Anonymous melayu ker???