Thursday, October 2, 2008

Ucapan sms Hari Raya pada Hari Raya

Apabila mula sahaja puasa sudah ada yang memberikan ucapan Selamat Hari Raya sehinggalah diakhir Ramadhan. Ucapan selamat hari raya samada melalui kad atau media elektronik seperti yang berlaku sekarang adalah merupakan doa semoga dapat meraya Hari Raya, kerana ada yang belum sempat Hari Raya sudah dipanggil oleh Allah.
Sebenarnya menerima ucapan pada Hari Raya adalah yang paling bermakna, tetapi ianya tidak dapat dilakukan sebelum ini. Sekarang, dengan sms ucapan dengan mudah dihantar dan sampai terus kepada individu tertentu.
Selalunya yang banyak menghantar sms Hari Raya adalah rakan dan pelajar. Ucapan sms dari kenalan bukan Islam tidak pernah tiada setiap tahun. Tahun ini tidak banyak sms Hari Raya yang diterima kecuali dari beberapa rakan dan juga beberapa pelajar. Pelajar wanita biasanya tidak menghantar sms kecuali yang bujang kerana mungkin merasa agak janggal hantar sms kepada lelaki walaupun lebih tua darinya dan kerana sibuk dengan keluarga terutama anak-anak. Tahun ini ramai pelajar dan bekas pelajar yang dah kahwin mungkin itulah sebabnya kurang sms Hari Raya sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

3 comments:

arni said...

To Prof Burhan,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.. =)

From: Msc. Microelectronic 08/09

Pena Biru said...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada Prof Burhan dan keluarga. Terima kasih atas jamuan hari raya tadi
- rahman

RR said...

sedih sangat bila tengok gambar rumah di sebelah tu... rasa nak sangat kembali kanak2. rindu sangat.